CHAPTER 42

4.8K 165 2
                                    

Maira tersenyum puas. Yes, dia puas. Dia puas kerana tak lama lagi, Heykal akan jadi milik dia.

❤❤❤

Hajar Sophia membuka peti surat dan mengambil surat- surat yang ada di dalamnya. Dahinya berkerut saat terlihat sampul surat yang lain daripada yang lain. Surat ni nampak macam bukan daripada posman.

Tanpa berlengah, Hajar Sophia bergegas masuk ke dalam rumah untuk melihat isi surat tersebut. Dia terus melabuhkan punggungnya di atas sofa lalu membuka sampul surat tersebut.

Tangan Hajar Sophia terketar-ketar menekup mulutnya. Tak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang. Gambar Aisha dan Heykal sedang tidur di atas katil. Namun, gambar itu kelihatan sedikit kabur seperti ianya di screenshot daripada video.

Tangan tuanya kembali mengambil sampul surat berwarna koko itu. Sampul surat itu didapati mempunyai isi lagi. Ianya sebuah pendrive. Hajar Sophia terus melaungkan nama pembantu rumahnya.

" Imah!! Tolong ambilkan laptop saya dekat dalam bilik." laungnya.

Seketika kemudian, Imah datang mendekatinya lalu menyerahkan laptop kepada Hajar Sophia.

Air mata Hajar Sophia terus menitis apabila melihat video yang terdapat di dalam pendrive itu. Dia tak sangka yang cucunya, Aisha sanggup melakukan perkara terkutuk itu.

Tangannya terus mencapai telefon pintar yang berada di sebelahnya. Dia mendail nombor Aisha sambil mengelap air matanya.


❤❤❤

Suapan Aisha tergendala apabila telefon pintar berbunyi. Dia terus menyelongkar sling bag-nya lalu apabila menjumpai telefon pintarnya, dia terus mengangkat panggilan daripada neneknya itu.

" Aisha, balik sekarang. Nenek ada hal nak bincang dengan Aisha. " kata Hajar Sophia dengan nada yang mendatar.

" Tapi nek, Aisha tengah makan dengan ka... " kata-katanya terhenti apabila Hajar Sophia memotong percakapannya.

" Nenek cakap balik sekarang. No excuse, Aisha Raihana. Balik, now!! " Hajar Sophia terus mematikan panggilan. Aisha terkedu kerana ini kali pertama neneknya menaikkan suara kepadanya. Ada apa sebenarnya ni?

" Sayang, kenapa ni? " tanya Heykal apabila melihat Aisha yang diam setelah menjawab panggilan tersebut.

" Heykal, saya rasa saya kena balik sekarang. Nenek suruh balik. "

" Okay, saya hantar awak. Jom. " ujar Heykal lalu meminta maaf kepada Shafikal kerana perlu pulang awal.

Aisha hanya mengikut langkah Heykal tanpa suara memandangkan dia masih lagi bingung dengan apa yang terjadi. Kenapa nenek marah sangat ni?

❤❤❤

" Nenek, kenapa ni? " tanya Aisha bila melihat raut tegang di wajah neneknya itu.

" Aisha tengok apa yang ada dalam sampul surat tu sekarang. "

Aisha yang masih keliru terus mencapai sampul surat tersebut. Air matanya terus minitis apabila melihat isi sampul surat tersebut. Ma-macam mana nenek boleh ada gambar ni?!

" Kenapa menangis? Terkejut? Ke takut sebab perbuatan terkutuk Aisha ni terbongkar. " Hajar Sophia bersuara keras.

" Ne-nenek. Semua ni tak betul nenek. Ne-nenek tolong lah dengar penjelasan Aisha dulu. Please, nenek. " Rayu Aisha. Esak tangisnya semakin kuat kedengaran.

" Nak explain apa lagi, Aisha!! Nenek tak sangka yang perangai Aisha teruk sampai macam ni. " Aisha semakin terkedu apabila suara neneknya semakin kuat.

" Tak. Aisha bo.. "

" Baby? Nenek? Apa bising- bising ni? " tanya Firhad yang melangkah masuk ke dalam rumah diikuti dengan Heykal.

" Kamu tanya adik kamu ni. Tanya apa yang dia dah buat!! " kata Hajar Sophia kepada Firhad. Mukanya langsung tidak dipalingkan ke arah Firhad mahupun Aisha.

Heykal yang keliru terus mendapatkan Aisha. Sebenarnya, sewaktu dia hendak pulang selepas menghantar Aisha, dia terserempak dengan Firhad di pintu pagar villa itu. Mereka berborak sebentar dan perbualan mereka terhenti apabila mendengar kekecohan di dalam rumah.

Heykal tergamam apabila melihat gambarnya dan Aisha yang sedang berada di atas katil.

" Heykal!! Nenek tak sangka kamu buat nenek macam ni. Selama ni nenek percayakan Heykal. Tapi, macam ni Heykal balas dekat nenek? "

" Nenek. Jangan macam ni. Kita bincang elok-elok, okay? " ujar Firhad bagi menenangkan keadaan.

" Nak bincang elok-elok macam mana lagi Firhad. Kamu tengok apa yang adik kamu dah buat. Kamu tengok video yang ada dalam laptop nenek sekarang. "

Firhad memangdang sekilas adiknya yang sedang tersedu-sedan menangis itu. Tanpa berlengah dia terus membuka video yang dikatakan neneknya itu.

" Aisha, Heykal. Apa ni? " tanya Firhad keliru. Video yang berdurasi 5 minit itu menunjukkan keadaan Aisha dan Heykal yang enak beradu asmara.

" Fir, kau dengan nenek dah salah faham ni. " percakapannya terhenti seketika. Dia sanggup. Dia sanggup dibenci oleh Hajar Sophia dan Firhad apabila memberitahu perkara ini. Dia cuma tak sanggup apabila Aisha dituduh sebegitu rupa.

" Se-sebenarnya, semua tu bukan kehendak Aisha. " sekali lagi percakapannya terhenti apabila Aisha memegang tangannya sambil menggelengkan kepalanya.

" He-Heykal. Ja-jangan, please... " rayu Aisha kepda Heykal. Dia tak nak Firhad dan nenek benci Heykal nanti. Kalau diaorang benci Heykal, dia macam mana nanti. Diaorang baru je berbaik. Nanti mesti nenek tak restu hubungan diorang.

" No, Aisha. Saya tak nak nenek dengan Firhad fikir bukan-bukan tentang awak. " Heykal menatap sayu wajah Aisha yang sudah lencun dengan air mata itu.

Kemudian, dia melihat pula wajah Firhad yang masih keliru dan wajah Hajar Sophia yang bengis.

" Se-sebenarnya..."










Bersambung...

Klau sy rajin malam nanti sy update lg. 😉

Vote! Vote! Vote! 🌟

Misi Memikat Miss CEO ✔Where stories live. Discover now