CHAPTER 41

4.9K 184 0
                                    

" Sayang, kenapa seksi sangat ni. Kan saya dah pesan, jangan pakai baju yang seksi-seksi dah. Saya tak suka lah orang lain tengok badan awak. Awak tolong lah dengar cakap saya. Ni untuk kebaikan awak jugak. " bebel Heykal. Panas betul hati dia bila tengok Aisha dengan pakaiannya itu.

" Mana ada. Tak seksi pun. Tak ikut bentuk badan pun. Awak je yang melebih. " jawab Aisha sambil tubuhnya . Takde lah seksi mana pun. Dia hanya pakai dress paras lutut.

" Tak seksi awak cakap. Tak seksi apanya kalau nampak betis. Ya Allah, sakit mata saya tengok. Awak pergi tukar sekarang. "

" Heykal!! Tak kan nak naik penthouse balik semata-mata nak tukar baju. Penat lah. " bentak Aisha. Hey, sebelum ni lagi seksi dia pakai tau.

" Penthouse awak ada lift kan? Bukannya saya suruh awak naik tangga pun. Now, pergi tukar. Pakai yang sopan sikit. " arah Heykal.

" Erghh... Fine. Awak tunggu kejap. " Aisha mengalah jugak akhirnya. Macam ni lah Heykal, bila dah berubah. Semua tak kena dekat mata dia. Huh! Nasib baik sayang.

" Ya, saya tunggu. Ingat, pakai yang sopan sikit. " laung Heykal sedikit kuat kerana Aisha sudah jauh daripada kereta.

❤❤❤

" Kan cantik pakai macam ni. Sejuk mata memandang. " ujar Heykal apabila Aisha masuk ke dalam kereta dengan baju yang lebih sopan.

" Ye, saya tahu saya cantik. Dah la, tadi awak cakap awak nak bawak saya jumpa someone kan? Baik gerak sekarang, nanti dia tertunggu-tunggu pulak. " kata Aisha.

" Orite, miss. " kata Heykal sambil membuat gaya tabik.

❤❤❤


Heykal berjalan masuk ke dalam sebuah restoran. Dia berhenti sebentar sambil matanya melilau-lilau mencari seseorang. Seketika kemudian, kami berdua ternampak seorang lelaki sedang melambai-lambaikan tanganya ke arah kami.

Heykal tanpa berlengah terus menarik lengan Aisha menuju ke arah meja yang diduduki lelaki tadi. Di sebelah lelaki tadi terdapat seorang perempuan yang memakai tudung.

" Hey bro. Lama tak jumpa. Duduklah. " lelaki itu memulakan perbualan.

Heykal menarik perlahan kerusi buat Aisha dan apabila Aisha melabuhkan duduknya barulah Heykal melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan dengan Aisha.

" Haah. Lama tak jumpa kau. Itulah kau, kursus je memanjang. " Heykal tersengih sambil berkata.

" Alahh... Dah kerja aku, nak buat macam mana. Syira pun tak merungut, kau yang melebih. " jawab lelaki itu pula.

Kenapa Aisha rasa macam dia kenal dengan lelaki itu? Tapi, dia tak ingat sangat.

" Eh kenalkan Aisha, bakal isteri aku. Dan sayang, ni Shafikal and his fiance, Syira. " ujar Heykal memperkenalkan Aisha kepada Shafikal.

" Ouh... Shafikal yang kawan awak dekat kolej dulu eh? " Tanya Aisha.

Heykal dan Shafikal hanya berbalas pandangan lalu tersenyum kekok kepada Aisha.

" Yeah, it's me. Saya lah yang bagi cabaran bodoh tu dekat Heykal." kata Shafikal perlahan.

Aisha hanya diam. Sesekali matanya melirik ke arah tunang Shafikal yang bernama Syira itu. Diam je.

" Sayang, kenapa diam je ni? " tiba-tiba Heykal bersuara.

" Hah!! Tak de apalah. Hehe. " Aisha tersenyum malu. Lama sangat ke dia termenung.

" Aisha, saya nak mintak maaf sebab bagi cabaran bodoh tu dekat Heykal. Dan, saya tak sangka pun yang Heykal akan bertindak sampai sejauh tu. "

Heykal menjeling Shafikal apabila Shafikal berkata begitu.

" Eh, takpe lah. Benda dah lama jadi. Saya pun dah lupakan benda tu. Lagipun, saya dah nak kahwin dengan Heykal. " Aisha tersenyum manis kepada Shafikal. Tanda dia sudah memaafkan lelaki itu.

Shafikal hanya mengeluh lega. Hilang sudah rasa serba salahnya terhadap Aisha.

" Erm... Hai, Syira. Umur awak berapa?" Aisha bertanya kepada Syira bagi menghilangkan suasana kekok tersebut.

" Saya umur 21. Awak pula? "

" Ouh, saya pula umur 24. Tak jauh sangat lah perbezaan umur kita. " Aisha senyum lagi.

" Hehe, kalau macam saya panggil awak kak Aisha la eh? " ujar Syira.

" Sure, no problem. Eh, korang dah order? " tanya Aisha.

Heykal dan Shafikal yang sedari tadi hanya melihat Aisha berbual dengan Syira tersentak.

" Haahlah, kak Aisha. Kita berborak sampai lupa nak order makanan. Tadi, kitorang ingat nak tunggu korang sampai baru nak order. Alih-alih terlupa pulak. " Syira menggaru kepalanya perlahan. Comel je tunang Shafikal ni.

" Kalau macam jomlah kita order. Awak, tolong panggilkan waiter. " Aisha menyuruh Heykal dengan manja. Hehe, bukan selalu dia manja-manja dengan Heykal.

Heykal hanya senyum lalu mengangkat sedikit tangan untuk memanggil waiter.

















Disebabkan ada orang suruh update so, sy update hari ni.
Sorry sebab chapter ni pendek dan agak hambar. Hehe!!

Vote!! 🌟

Misi Memikat Miss CEO ✔Where stories live. Discover now