Aisha menguak perlahan pintu bilik neneknya. Dia melangkah masuk lalu meletakkan dulang yang dibawanya ke atas almari kecil di tepi katil. Dia memandang lama ke arah neneknya yang sedang beradu itu.
Seketika kemudian, dia mengeluh. Ya Allah, kau permudahkanlah urusan ku. Jangan lah bagi nenek bencikan dia. Dia tak sanggup kalau nenek bencikan dia.
" Nenek. Bangun kejap, makan ubat dulu, lepastu Aisha bawak nenek bersihkan diri. " ujarnya sambil menggerakkan perlahan bahu Hajar Sophia.
Hajar Sophia terpisat-pisat bangun apabila tidurnya dikejutkan. Matanya terus terpaku pada Aisha yang berada di sebelahnya itu.
" Ne-nenek. Ke-kenapa? Nenek marahkan Aisha lagi ke? Aisha mintak maaf dekat nenek. Aisha tak nak pun semua benda ni terjadi. " jawab Aisha sambil mengalirkan air mata. Dua hari ni, air matanya asyok keluar je. Sensitif sangat.
" Nenek... " Aisha menggenggam tangan Hajar Sophia apabila Hajar Sophia hanya diam tanpa membalas pertanyaannya.
" Aisha mintak maaf, nenek. " ujarmya lagi sambil menciup tangan neneknya berkali-kali.
Tiba-tiba, tubuhnya ditarik masuk ke dalam pelukan Hajar Sophia. Matanya terkelip-kelip akibat terkejut dengan tindakan spontan tersebut.
" Nenek mintak maaf, baby. Nenek dah tuduh baby macam-macam. Nenek tak percayakan baby. Nenek mintak maaf. " ujar Hajar Sophia sambil menangis.
" Nenek, baby tak marah nenek pun. Baby tahu yang nenek dah salah faham. Baby pun nak mintak maaf sebab tak pernah bagitahu semua benda ni dekat nenek. " ujarnya sayu.
" Takpe. Tapi satu je yang nenek nak mintak dekat baby. Tolong putuskan hubungan dengan Heykal. Jangan ada apa-apa hubungan lagi dengan lelaki tu. " tegas Hajar Sophia.
" Ta-tapi nek, Aisha tak boleh sebab..."
" I said no, Aisha. Kalau Aisha sayangkan nenek, Aisha putuskan hubungan dengan lelaki tu. Tapi, kalau Aisha tak sayangkan nenek, Aisha pergi lah dengan lelaki tu." usai berkata, Hajar Sophia terus bangun lalu memasuki bilik air yang terdapat di dalam bilik itu.
Aisha yang mendengar kata-kata neneknya itu hanya tersedu-sedan di tepi katil. Kenapa semua benda ni jadi dekat dia? Kenapa semua orang tak faham dia? Nenek dengan abang memang tak sayangkan dia. Dia nak kan Heykal. Dia nak Heykal je!!
❤❤❤
Aisha hanya menguis-nguis nasi di dalam pinggannya pada tengah hari itu. Dia takde selera. Dia rindu dekat Heykal.
" Aisha, kenapa dimainkan je nasi tu? Tak sedap ke? " Tanya Hajar Sophia.
Aisha hanya menggeleng sebagai jawapan lalu terus bangun dan membawa pinggan ke singki. Air mata yang bergenang diseka olehnya.
Dia lalu melintasi meja makan tanpa menghiraukan nenek dan abangnya yang sedang memerhatinya.
Dia masuk ke dalam bilik dan terus berbaring di atas katil sambil mendail nombor Heykal. Tut... Tut... Dan tak lama kemudian, kedengaran suara Heykal di corong telefon.
" Assalamualaikum, sayang. "
" Waalaikumsalam, awak. Awak tengah buat apa? " tanya -nya perlahan. Masih di dalam mood di meja makan tadi.
" Saya baru sudah mandi. Awak dah makan? "
" Dah. Tapi, sikit je. Saya takde selera sebab rindukan awak. "
Kedengaran Heykal menghela nafasmya perlahan.
" Sayang... Awak sabar okay? Nanti saya cuba pujuk Firhad dengan nenek untuk terima hubungan kita. Saya yakin lama-kelamaan diorang akan terima jugak hubungan kita. " kata Heykal lembut. Tipulah jika dia kata yang dia tak rindukan Aisha. Dia rindu sangat, tapi keadaan tak mengizinkan mereka untuk berjumpa.
YOU ARE READING
Misi Memikat Miss CEO ✔
Lãng mạnFirst romance by rosebiru12. Cover by @rosebiru12 ⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga! "Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...