CHAPTER 54

5.7K 180 0
                                    

" Assalamualaikum Tan Sri. Saya abang kepada Aisha. " kata Firhad sambil menghulurkan tangan untuk bejabat tangan.

" Ouh... Aisha yang kawan Heykal tu kan? " tanya Tan Sri Haris Hisyam.

" Ye saya. Tan Sri dah masuk tengok Heykal? "

" Dah. Kamu panggil je uncle. Tak perlu panggil saya Tan sri. "

Firhad menarik senyum. Sama macam isteri dia, tak sombong. Desisnya di dalam hati.

" Baik uncle. "

Mereka bersua diam beberapa ketika. Masing-masing bersandar di kerusi yang dikhaskan di ruangan menunggu itu.

" Sebenarnya uncle, saya ni peguam. Jadi, kalau uncle tak kisah, saya boleh tolong untuk kendalikan kes Heykal. Lagipun kes ni dikira sebagai jenayah. " Firhad bersuara .

" Oh ya? Kalau macam tu baguslah. Senang sikit kerja uncle. Tak perlulah uncle susah-susah cari peguam lain. "

" Perkara kecil je uncle. Lagipun saya nak tebus segala kesilapan saya dekat Heykal dan Aisha. " katanya sayu. Menyesal kerana cuba menghalang hubungan Aisha dan Heykal. Sekarang, sudah terbukti bahawa Heykal sangat sayangkan Aisha sehingga sanggup gadaikan nyawanya sendiri demi Aisha.

" Apa maksud kamu? " Tan Sri Haris Hisyam bertanya.

" Sebenarnya, dulu saya cuba halang hubungan Heykal dengan Aisha, uncle. Sebab tu saya rasa bersalah sangat dengan dioarang. "

" Kenapa kamu cuba untuk halang hubungan diorang berdua? "

" Se-sebab saya dah ada lelaki lain untuk dijodohkan dengan Aisha. Sedangkan waktu tu, saya tahu yang Aisha sangat sayangkan Heykal. " dia bersuara sayu.

" Astaghfirullah al-azim. Kamu tak patut buat macam tu Firhad. Ini soal masa depan diorang. Tak baik kamu buat macam tu dekat diorang. Sedangkan, jodoh kamu pun kamu yang tetapkan sendiri, kenapa jodoh adik kamu, dia tak boleh cari sendiri. "nasihat Tan Sri Haris panjang lebar.

" Saya ta-tahu uncle. Selama ni saya khilaf. Saya ego. Walaupun saya dengar tangisan Aisha setiap hari, saya kekalkan ego saya untuk kahwinkan dia dengan orang yang dia tak suka. " Firhad mengalirkan air matanya.

" Sudahlah, Firhad. Setiap orang pernah melakukan kesalahan termasuklah diri kamu sendiri. Cuma uncle nak ingatkan, lepas ni tolong jangan buat lagi. "

" Sa-saya janji uncle. Saya tak akan masuk campur soal peribadi adik saya. Saya khilaf. " Firhad menekup tapak tangan ke mukanya. Dia menangis teresak-esak mengenangkan silapnya.

" Sudah Firhad. Berhenti nangis. Malu lah lelaki macam kita menangis. Come on. " Tan sri Haris cuba untuk menceriakan keadaan.

Firhad yang seakan tersedar bahawa dirinya telah menagis bersungguh-sungguh terus mengelap air matanya kasar. Telinganya juga sudah memerah. Malu.

" Hahahaha. Tak perlu lah nak malu Firhad. Kita lelaki ni, kena turunkan juga ego tu. " nasihat Tan Sri Haris lagi.

" Baik uncle. Saya janji tak kan ulangi kesilapan saya lagi dan saya janji takkan menangis dekat tempat awam lagi. " ujarnya sambil menggosok-gosok belakang lehernya. Malu dia tak habis lagi.




❤❤❤




" Herm... Dekat sini kita boleh nampak yang Cik Aisha dan Encik Heykal berjalan ke arah kereta and orang tu dekat arah bertentangan dengan diorang. " ujar penjaga bilik cctv itu.

" And... Susuk tubuh orang tu nampak macam seoarang perempuan. Am I right? " tanyanya lagi untuk meminta kepastian kepada Firhad dan Tan sri Haris.

" Yes... Nampak macam perempuan sebab body dia ada shape. " balas Firhad pula. Tiba-tiba dia perasan bahawa ada seseorang yang tidak lepas memandangnya.

" Why uncle? "

"Ehem. Nothing. Just, lelaki tak pernah berubah. " Tan Sri Haris senyum sedikit dan kembali menumpukan pandanganya ke arah screen komputer itu.

Firhad yang memahami kata-kata Tan Sri Haris itu hanya sengih tidak bersalah.

" Tolong buatkan saya beberapa salinan cctv ni. " arah Firhad dengan serius.

" Baik encik. " penjaga bilik cctv itu hanya akur kerana Firhad adalah seorang peguam yang mengendalikan kes jenayah yang berlaku di mall itu.

" Uncle, jom kita balik. And... Saya akan datang ambil salinan tu semula esok. Boleh? "

" Boleh encik. "

" Jom uncle. " Ajaknya.

" Macam mana Firhad nak tahu siapa pelaku tu? " tanya Tan Sri Haris.

" Firhad kena tanya Aisha dulu. Manalah tahu kalau-kalau Aisha or Heykal ada musuh. Ataupun ada orang yang tak puas hati dengan diorang ke. And dari situ kita akan mulakan siasatan dekat orang yang diberitahu Aisha. Mungkin memang orang tu yang lalukan perkara tersebut. Who knows." terang Firhad panjang lebar. Penglibatan dirinya dalam bidang itu selama 6 tahun membuatkan dirinya sudah arif.

" Okay... Tak sia-sia Firhad jadi peguam Heykal. Sampaikan, yang sepatutnya kerja polis pun Firhad tahu. " puji Tan Sri Haris ikhlas. Sungguh, dia bangga dengan pemuda tersebut.

" Benda biasa je uncle. Firhad dah lama dalam bidang ni. Jadi, Firhad tahu lah serba sedikit tentang tu walaupun ia bukannya termasuk di dalam bidang Firhad. Tapi, demi adik Firhad, Firhad sanggup cemarkan diri untuk bekerjasama dengan polis. "

" Sebelum ni skop kerja Firhad bukan macam ni ke? I mean siasat kes-kes yang Firhad kendalikan. " tanya Tan Sri Haris lagi. Yelah, dia bukannya dalam guaman, tetapi dia dalam bidang bisnes. Manalah dia tahu tentang semua tu.

" Actually uncle, skop kerja peguam ni hanya berdebat di dalam mahkamah, bukannya melakukan siasatan. Kerja siasat apa semua ni, kami serahkan kepada polis dan polis yang akan serahkan bukti kepada kami untuk diperdebatkan. " terang Firhad panjang lebar.

" Ohh... Baru uncle tahu. Eh, kita nak balik terus ke nak pergi hospital dulu? "

" Kita pergi hospital dulu boleh, uncle? Sebab saya nak hantarkan pakaian dekat Aisha. Dia cakap dia nak jaga Heykal malam ni. "

" Boleh je. Kalau macam boleh lah uncle bawa aunty balik berehat kejap. Dari semalam tak henti jaga Heykal. " katanya. Dia faham perasaan isterinya itu. Risau dengan keadaan anak tunggal mereka yang masih tidak sedarkan diri itu.

" Baguslah macam tu. Firhad bukan apa, Firhad takut aunty pulak yang jatuh sakit. Nanti makin rumit pulak keadaan. " dia sudah menganggap Tan Sri Haris dan Puan Sri Qairina itu seperti ibu bapanya. Mereka juga tidak kisah kerana Heykal merupakan anak tunggal.

" Yelah. Aunty tu, kalau tak disuruh berehat, bukannya nak berehat. " kata Tan Sri Haris. Nadanya berbaur risau.

" Biasalah uncle. Pengorbanan seorang ibu. "











Maaf kalau hambar.

Btw, pasal peguam apa semua tu, tk tahu btul ke tak. Sebab saya main tulis je apa yg terlints dkat fikiran. So, jgn percaya maklumat ttg peguam tu. Entah betul ke tak.😅❤

Misi Memikat Miss CEO ✔Where stories live. Discover now