" Jaga diri baik-baik tau. Saya takde nak tengok-tengokkan awak. "
" Ye. Dah banyak kali awak ulang benda yang sama. I'm not a kid, okay. " Aisha menggulingkan matanya ke atas.
" Hey,ini untuk keselamatan awak juga tau." kata Heykal lagi. Ya,dia sanggup balik KL lewat sikit semata-mata nak jumpa sweetheart dia ni dulu. Nanti rindu.
" Yelah, abang sayang. Now, masuk dalam kereta and balik KL. Nanti terlepas meeting karang, saya tak nak tanggung. "
" Awak macam halau saya je. " Heykal monyok.
" Eeii... Banyak tengok drama lah dia ni. " Aisha berkata geram.
" Hahaha. Just joking, sayang. Janganlah marah. Nanti makin comel, lagi susah saya nal tinggalkan awak. " Heykal tersenyum nakal.
" Kenapa pulak susah? "
" Yelah. Sebab saya rasa nak gigit-gigit je pipi awak bila merah. "
" Eeii... Pervert. Dah lah, masuk kereta cepat. " Aisha cepat-cepat membukakan Heykal pintu kereta dan terus menolak Heykal masuk kedalamnya.
Dia menutup pintu kereta Heykal lalu mengibas-ngibas pipinya yang semakin merah itu.
" Sayang, dah lah kibas pipi tu. By the way, I'm gonna miss you. "
" I'm gonna miss you too. " Aisha bersuara perlahan. Dia masih lagi berasa segan dengan Heykal.
" Hahaha, okaylah saya gerak dulu. Bye. Assalamualaikum. "
Usai Aisha menjawab salam Heykal, Aisha terus berlalu masuk kedalam hotel kembali. Nak rehat, petang ni ada aktiviti lagi.
❤❤❤
"Assalamualaikum. Nenek! Abang! Where are you? Baby dah balik ni!! " Aisha menjerit memanggil nenek dan abangnya.
" Eloklah tu. Anak dara terpekik terlolong macam tarzan. Cuba lah sopan sikit perangai tu. " kata nenek yang baru melangkah keluar dari dapur.
" Entah lah dia ni. Umur dah masuk 24 tahun pun perangai still macam budak-budak. " tambah Firhad yang sedang bermain ps4 di ruang tamu itu.
Macam mana dia boleh tak perasan yang abangnya ada dekat situ eh? Hehe, mungkin dia excited sangat kot.
" Eh, biarlah. Sibuk je dia. Nenek I miss you.. " tanpa menghiraukan Firhad, Aisha terus meluru memeluk Hajar Sophia.
" Ye sayang. Nenek pun rindukan Aisha. Macam mana family day, okay tak? "
" Well, semua berjalan dengan lancar. " kata Aisha.
" Good then. Dah lah, nenek nak sambung masak. " Hajar Sophia terus melangkah masuk ke dalam dapur kembali.
Aisha tanpa berlengah terus berjalan ke arah sofa yang diduduki Firhad.
" Abang... Tak rindu baby ke? Dah-dah la main ps4 tu. " kata Aisha sambil melentokkan kepalanya ke atas bahu Firhad.
" Ye, I miss you so much. Now, naik atas pergi mandi. Jangan kacau abang nak main game. " ucap Firhad tanpa memandangnya.
" Eeii, dia ni memang kan. Malang betul siapa yang jadi isteri abang nanti. Asyik main game je kalau cuti. Huh!! " Aisha merengus kecil lalu naik ke biliknya. Sengaja dia balik villa mereka kerana rindukan nenek dan abangnya.
Lagipun, kalau dia balik pent house dia, bukannya ada siapa-siapa pun. Boleh mati kebosanan dalam tu.
" Eh Baby, kalau abang dah kahwin, abang tak main game dah lah, abang layan wife abang je. Sekarang ni sebab abang rasa abang malas nak layan baby sebab tu abang main game. " laung Firhad sedikit kuat kepada Aisha yang sedang menaiki tangga.
" Yeah... Whatever lah abang. " balas Aisha selamba.
❤❤❤
" Hello, Assalamualaikum sayang. " setelah Aisha mengangkat panggilan telefonnya, terus kedengaran suara Heykal.
" Waalaikumsalam. Ada apa awak call saya malam-malam macam ni? "
" Saja je. I miss you. Awak tengah buat apa tu?" tanya Heykal manja.
" Takde buat apa-apa pun. Kenapa? "
Jawab Aisha sambil menggolek-golekkan badannya di atas katil." Sebenarnya, saya nak ajak awak keluar esok. Awak free tak? "
" Esok? Hm... Rasanya esok saya free. Awak nak ajak saya keluar pukul berapa? " tanya Aisha.
" Good then. Kita keluar dalam pukul 10 pagi macam tu. Saya ambil awak dekat rumah. "
" Okay. Tapi, saya bukan dekat villa nenek tau. Saya dah balik pent house. Awak datang ambil dekat sini eh."
" Okay, sayang. Saya ada kerja nak siapkan ni. Jumpa awak esok. Bye, Assalamualaikum. " ujar Heykal.
" Yelah. Waalaikumsalam. " jawab Aisha perlahan. Heykal memang dah banyak berubah. Kalau dulu main terjah je tanpa salam bila telefon, tapi sekarang sopan je. Ni yang makin sayang ni!!
❤❤❤
Heykal menghela nafasnya perlahan
Dia lega! Dia lega bila semuanya dah berakhir. Akhirnya, Aisha terima dia semula.Heykal lantas mengeluarkan buku notanya. Dia menyelak-nyelak helaian kertas untuk mencari muka surat yang dikehendakinya.
' Misi Memikat Miss CEO. '
1) Pujuk rayu Aisha untuk sebuah kemaafan and peluang kedua. ✔
2) Luangkan lebih masa dengan Aisha. ( contoh : bawa Aisha pergi mall. Tengok wayang, ice skating and etc.) ✔
3) Goda Aisha habis-habisan. ( contoh : nyanyikan Aisha lagu, pikat Aisha dengan masakan kau and etc.) ✔
4) Surprise -kan Aisha. ( like candle light dinner.) ✔
5). Last step, terima keputusan Aisha seadanya. Yeah. ✔
P/s: yang penting mulut mesti manis macam honey. ³)
Alhamdulillah. Akhirnya berjaya juga misi memikat miss CEO -nya itu. Aisha pun dah terima dia kembali, tinggal nak halalkan je.
Heykal tersenyum lalu menutup bulu notanya itu lalu melangkah ke arah. Dia melambungkan badannya ke atas katil dan terus melelapkan mata.
Good Night, Aisha.
YOU ARE READING
Misi Memikat Miss CEO ✔
Storie d'amoreFirst romance by rosebiru12. Cover by @rosebiru12 ⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga! "Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...