Mak andam yang sedang menyolek mukanya itu tak habis-habis memujinya dari tadi. Aisha cantiklah, itulah inilah. Haih... Naik jemu Aisha dengar pujian-pujian itu.
Hari ini dimana adalah hari kedua istimewanya. Kalau kelmarin, majlis akad nikah, hari ni pula majlis bersanding. Dia tergelak kecil apabila mengingati peristiwa semalam. Muka Heykal yang monyok apabila dipaksa pulang ke rumah mummy dan daddy. Kata mummy dan nenek, kami berdua tak boleh sebilik sebelum majlis bersanding, nanti hilang seri. Apa-apa je lah...
"Okay done!!! Dengan hasil tangan Kak Bety, muka kau yang dah sedia flawless ni makin cantik tau. Cuba kau tengok cermin ni. Cantik benorr perempuan sorang ni!! " seloroh Kak Bety iaitu mak andam yang diupah untuk menyoleknya.
Dia melihat ke arah cermin yang berada di hadapannya. Wow!!! Betul cakap Kak Bety, dia macam tak percaya yang dalam cermin itu diri dia sendiri. Cantik sangat hasil tangan Kak Bety.
" Okay now, meh Kak Bety pakaikan kau tudung pulak. Kau nak pakai style apa ni? Akak rasa baju kau semua jenis style tudung sesuai. Kejap akak tunjuk gambar. Kau pilihlah yang mana kau berkenan. " Kak Bety menekan-nekan telefon pintarnya lalu menghulurkan kepada Aisha. And yup, dia mengambil keputusan untuk bertudung ketika majlis bersandingnya itu. Dan mungkin, dia akan kekalkan imejnya yang baru itu sampai bila-bila.
"Style ni cantiklah, kak. Aisha nak yang macam ni, boleh? "
" Boleh sangat. Pandai kau pilih, nyah!! " kata Kak Vety sambil melentokkan tangan.
Aisha hanya tersenyum melihat gelagat Kak Bety yang terlebih teruja itu. Haih... Orang lain yang nak bersanding, orang lain yang happy terlebih.
" Nanti sebelum akak balik, akak makan dulu tau. Makan kenyang-kenyang, baru boleh balik. " kata Aisha.
" Okay, no problem. Tapi akak tak boleh lama, lepas ni ada lagi pengantin yang akak kena solek ni. "
" Ouh... Takpe lah kalau macam tu. Janji akak makan dulu, okay. " balas Aisha sambil memerhati figuranya yang sedang dipakaikan tudung oleh Kak Bety di cermin.
Tiba-tiba dia rasa macam dialah perempuan paling cantik sekali. Ahakss!!!
" Okay siap. Cantiknya kau Aisha. Untuk suami kau. Suami kau pun hansome, macam pinang dibelah dua lah korang ni. Akak suka!! "
" Mana adalah kak. Aisha biasa-biasa je. Akak pun cantik apa. Muka ada iras-iras Ayu Raudhah gituu. " pujiku kepada Kak Bety. Kak Bety apa lagi, tersengih-sengih lah dia bila orang puji. Hahahaha!!!
" Eh, Aisha. Mana satu heels yang kau nak pakai ni. Ada tiga pasang dekat sini. "
" Yang tengah tu Akak. Yang lain tu, Aisha saja je bawak, manalah tahu kalau-kalau heels yang Aisha nak pakai harini tu rosak ke. " Dia bangun lalu mengambil heels lalu menyarungkan ke kakinya.
YOU ARE READING
Misi Memikat Miss CEO ✔
RomanceFirst romance by rosebiru12. Cover by @rosebiru12 ⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga! "Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...