CHAPTER 24

6.2K 214 2
                                    

"Erm...abang. Lepas ni abang sibuk tak ?  " tanya Aisha teragak-agak.

" Tak rasanya. Asal ? "

"Yeayy... Baby nak ajak abang teman baby pergi beli barang dapur. Barang dapur dekat penthouse ni satu pun takde. " Aisha membuat muka sedih. Minta-minta Firhad cair dengan muka sedih dia ni. Hahaha.

"Yelah-yelah. Lepas kemas barang ni kita pergi. Tapi kena cepat la sebab abang risau tinggalkan nenek sorang-sorang dekat rumah. " Kata Firhad risau. Neneknya pulang ke rumah agam milik mereka terlebih dahulu, manakala dia terus ke penthouse untuk membantu Aisha mengemas barang.

" Orite abang. "

                            ❤❤❤

"Baby... Abang nak pergi sana kejap. Nak cari barang." beritahu Firhad kepada Aisha. Risau kalau Aisha terkial-kial mencarinya jika dia tidak memberitahu Aisha apa-apa.

"Okay.. Tapi jangan lama sangat tau. " pesan Aisha. Dia sudah la tak biasa lagi dengan mall ni. Firhad pula pergi mencari barang. Maunya dia sesat nanti, tak ke naya.

" Yelah. Tak lama pun. " ujar Firhad dan terus berlalu.

AISHA berjalan perlahan sambil menolak troli. Dia berhenti di tempat yang menempatkan aiskrim. Dua bekas aiskrim diambil lalu dimasukkan ke dalam troli. Baru sahaja hendak memulakan langkah, Aisha terasa pinggangnya dipeluk dari tepi.

"Abang dah habis cari barang ke? " tanya Aisha sambil mengambil sekotak aiskrim magnum.

" Belum lah sayang. "

Berkerur dahi Aisha apabila merasakan bahawa yang disebelahnya ini bukan suara abangnya. Tapi, mungkin itu perasaannya sahaja kot. Beberapa saat mendiamkan diri, Aisha terasa yang pipinya dicukup. Hairan dengan tingkah abangnya, dia terus memalingkan muka ke arah Firhad. Dan... Terus katanya terbuntang apabila melihat gerangan yang berada di sebelahnya.

"How dare you kiss me. Dekat public pulak tu. Apa masalah kau sebenarnya ni. Tiba-tiba je datang and then,peluk cium aku. Kau ingat kau siapa ? " ujar Aisha sambil tangannya menggosok kasar pipinya. Berharap agar kesan ciuman itu hilang. Bukan sahaja hilang di pipi, malah dia berharap agar kesan ciuman itu hilang di hatinya sekali.

" Then, kalau bukan dekat public, I boleh cium you  la kan? Maybe, I boleh buat lebih daripada tu." tanya Heykal sambil tersenyum sinis. Sengaja dia memutar belitkan percakapan Aisha sebentar tadi. Tak sia-sia dia datang giant untuk membeli barang hari ini.

"Herghh.. I hate you. " dengan terburu-buru Aisha melangkah sambil menolak troli meninggalkan Heykal yang masih tersenyum di belakang.

" I love you too. " Heykal membalas. Dia tahu yang Aisha mendengar kata-katanya itu kerana Aisha berpaling dan menghiahkannya jelingan tajam. Hahaha, you are so cute, sayang !

                          ❤❤❤

Aisha mengesat pipinya berkali-kali. Jijik pula rasa kena cium dengan Mamat tu. Erhh.. Stress. Firhad pun satu, waktu-waktu Aisha nak balik rumah la, dia sibuk nak tawaf satu giant ni cari barang dia. Barang apa yang dicarinya pun tak tahu. Sudahnya, Aisha hanya menunggu Firhad di parking basement je.

"Sorry baby. Baby tak cakap dekat abang yang baby tunggu dekat kereta. Kalau tak, takde la abang tawaf satu giant tu cari baby. " kelihatan peluh merenik di dahinya.

"Pulak... Ingatkan tawaf satu giant sebab cari barang tak jumpa. Hairan juga, barang apa yang you cari tu. And.. One more, better tak payah guna fon kalau tak pandai nak check inbox mesej. " usai menyudahkan kata-katanya, Aisha terus memasuki ke dalam kereta.

"Eh, eh. Dah kenapa pulak aku yang kena marah. Sensitif betul la. Tunggu kejap pun tak boleh, aku yang tawaf satu giant sebab cari dia, tak pula marahkan dia. Yang kau pun satu, Firhad. Tak check dulu fon tu. Kan dah kena. " Firhad mengomel-ngomel sendirian sambil memasukkan barang ke dalam bonet kereta.

Habis letak barang dalam bonet kereta, terus dihempasnya bonet kereta tu. Bengang sebab kena marah dengan Aisha satu. Nak pujuk Aisha satu lagi. Aduh... Masalah betul.

Misi Memikat Miss CEO ✔Where stories live. Discover now