CHAPTER 8

6.6K 214 3
                                    

SEDANG Aisha dan Heykal berjalan sambil berpegangan tangan, Aisha terdengar seseorang melaung namanya dari belakang. Dia menoleh untuk melihat siapa yang memanggilnya.

" Kau Maira. Aku ingat siapalah tadi. Ada apa kau panggil aku ni. "

" Erm, Heykal, kau boleh pergi dulu tak. Aku nak cakap berdua dengan Aisha kejap. " Maira menyuruh Heykal pergi.

" Okaylah, sayang. Saya tunggu dekat kereta eh? Awak cakaplah dulu dengan Maira. Bye " Aisha hanya membuat simbol 'ok' kepada Heykal.

Heykal terus berlalu ke tempat parking kereta kolej Tengku Arafiah itu. Entah apa je yang hendak dibicarakan mereka berdua. Biarlah, every women need some privacy while they talking each others.

" Hah.. Kau nak cakap apa dengan aku, Maira. Macam penting je. "

" Eh, jomla duduk dulu dekat situ. Takkan nak bercakap tengah - tengah jalan ni. " ujar Maira seraya menarik tangan Aisha untuk ke kerusi batu berhampiran mereka.

" Aku nak tanya kau, betul ke aku dengar yang kau tengah couple dengan Heykal. "

" Haah. Betullah tu. "

" Aisha... Kan aku dah cakap, jangan dekat dengan Heykal tu. Kau tak ingat ke yang aku cakap, Heykal tu playboy. Kau memang tak nak dengar cakap aku kan." Maira bercakap dengan kesal. Menyesal kerana tidak menegah Aisha daripada berkawan dengan Heykal, tup tup, dengar cerita dah couple. Haihh...

" Hahaha. Chill la Maira. Dia ikhlas la couple dengan aku. Dia sendiri yang cakap dia sayang dekat aku. Dia nak buang perangai dia yang playboy tu. Dia cintakan aku, Maira. Dan, aku pun cintakan dia. " Aisha memberitahu Maira dengan gembira.

Dia sudah lama hendak memberitahu perkara ini kepada Maira, tetapi kebelakangan ini Maira agak sibuk menyiapkan assignment. Jadi, mereka tidak mempunyai masa untuk berjumpa. Maira ambil jurusan fashion so, assignment diorang selalunya kena buat baju,dress dan seumpama dengannya mengikut tema ataupun cabut undi. Sebab itulah, kalau Maira ada assignment, diorang jarang keluar. Buzy menjahit.

" Kau yakin yang Heykal betul - betul akan buang perangai playboy dia tu. Kau yakin yang dia betul - betul cintakan dia. Aku bukan apa Aisha, aku cuma tak nak kau menyesal kemudian hari. Kau je satu - satunya kawan baik aku. " hatinya walang memikirkan tentang Aisha.

Bukan dia tak tahu, Heykal tu kalau dengan perempuan, ayat memang manis. Berjanji macam - macam, akhirnya tinggalkan juga. Dia tak nak benda macam tu terjadi dekat kawan baik dia. Dia sayang Aisha..

" Tak lah, Maira. Kali ni, dia betul - betul serius. Dia dah tak main - main sebab dia dah jatuh sayang dekat aku. Dia dah cintakan aku. So, aku boleh jamin yang dia tak kan tinggalkan aku. Buktinya,dia mana ada keluar dengan perempuan lain lepas couple dengan aku." Aisha berkata sambil tersenyum. Bahagia kerana Heykal sanggup berubah ke arah yang lebih baik hanya untuk dirinya.

Maira mengeluh. Tak tahu dah macam mana nak nasihatkan Aisha. Hendak dilawan, nanti tercetus pergaduhan pulak. Now, dia hanya serahkan semuanya pada takdir dan berharap Heykal betul-betul mencintai Aisha.

" Oklah, kalau macam tu. Aku bahagia kalau kau pun bahagia. Tapi ingat, kalau dia buat benda tak elok dekat kau, sakitkan hati kau ke, kau bagitahu aku, biar aku pergi debik dia sekali. " ujarnya sambil tergelak. Lucu apabila mendengar kata - katanya sendiri. Diri sendiri pun kecik, ada hati nak pergi debik orang lelaki.

Aisha tergelak kecil mendengar kata - kata Maira. Dia tahu Maira sayangkannya, sebab tu dia tak kesah Maira bertanya macam - macam terhadapnya tentang Heykal. Mereka berdua diibaratkan adik beradik.

" Yelah.. Ni yang buat aku makin sayang dekat kau ni. Hehe. Eh okaylah, Heykal tunggu lama dah dalam kereta tu. Aku pergi dulu. Bye. " Aisha meminta diri. Risau jikalau Heykal penat menunggunya.

" Okay. Aku pon sayang kau. Bye. " Maira melambai - lambaikan tangannya kepada Aisha yang makin menjauh.

' Aisha.. Aisha.. Cepat sangat percayakan orang. Haihh... Apa-apapun, aku harap kau bahagia.'

♡♡♡♡♡

PASAL JURUSAN APA BENDA TU, NAT TAK PASTI BETUL ATAU PUN TAK SEBAB NAT BELUM MASUK UNIVERSITI LAGI. SO, NAT TAK TAHU. TU PUN MAIN TULIS JE APA YANG TERLINTAS. KALAU ADA SALAH APA-APA, SORRY.

Misi Memikat Miss CEO ✔Where stories live. Discover now