CHAPTER 46

4.7K 163 2
                                    

Heykal melangkah masuk ke dalam butik pakaian perempuan itu lalu menarik Maira yang sedang memilih baju. Tidak dihiraukan Maira yang sedang mengaduh kesakitan itu.

Usai sampai di kawasan yang agak sunyi iaitu tempat parking kereta, Heykal terus melepaskan tangan Maira dengan kasar.

" Hey, you ni kenapa, hah?! Tau tak sakit. " Maira merengus kuat sambil menggosok lengannya.

" Aku ada benda nak bincang dengan kau. " Heykal berkata serius. Mukanya diketatkan.

" Nak bincang apa tu, baby? You nak get back dengan I ke? " ujar Maira sambil tersenyum sinis. Tangannya memintal-mintal rambut berwarnanya itu.

" Kenapa you ingat I nak get back dengan you. " tanya Heykal.

" Yelah... Kan nenek Aisha dah tak restukan hubungan kor-- " percakapan Maira terhenti di situ. Dia tak sedar yang dia telah membocorkan rahsianya sendiri.

" Gotcha!! Memang kau yang plan semua ni kan? Apa yang kau nak sebenarnya hah?! Kau dah cukup bertuah bila aku tak report polis pasal kau tipu aku. Kau, aku boleh saman malu tau tak?! " kata Heykal dengan marah.

" Er... Well, em I tak kisah kalau you nak saman malu dekat I. Sebab, I yakin yang I boleh menang. Lagipun, korang memang layak berpisah. " ujar Aisha dengan sinis. Matanya galak memerhati wajah Heykal yang dirasakan semakin kacak itu.

" Memang lah kau tak takut. Kau tak takut sebab one of your sugar daddy adalah pemilik syarikat guaman kan? Am I right, Maira? "

Mata Maira terbuntang mendengar kata-kata Heykal. Ma- macam mana dia boleh tahu, ni?!

" Kenapa diam?! Terkejut sebab aku tahu siapa sugar daddy kau? Heh, aku tahu lah siapa sugar daddy kau. Sama ada dalam ataupun luar negara semua aku tahu. " Heykal tergelak sinis apabila melihat muka pucat Maira.

" You!! Mana you tahu semua ni hah?! You boleh dikira ceroboh privasi I tahu tak?! " ujar Maira dengan suara yang sedang menahan marah.

" Well, apa yang kau buat dekat aku dengan Aisha bukan dikira ceroboh privasi orang ke? " Heykal berkata tenang. Dilihat lagi muka Maira yang disolek tebal itu.

Dada Maira sudah berombak kasar. Tanpa sedar, tangan sudah naik untuk menampar pipi Heykal.

Heykal yang menyedari perkara itu, terus mencengkam kuat tangan Maira bagi mengelakkan pipinya ditampar. Direnung tajam mata Maira yang sudah bergenang dengan air mata itu.

"Huh!!! Kau ingat aku nak kesiankan kau lepas apa yang kau dah buat dekat aku?! No way!! Kau jangan ingat yang kau perempuan, aku tak berani nak cederakan kau. Lebih dari tu aku boleh buat dekat kau. Kau tunggu surat mahkamah daripada aku!!! Kau nak guna kuasa sugar daddy kau untuk lawan aku dekat mahkamah, go on. Aku sikit pun tak kisah. Kita tengok siapa yang menang!! " usai berkata, Heykal terus melepaskan tangan Maira lalu berjalan meninggalkan Maira yang sedang teresak-esak itu. Fikir dia kisah!



❤❤❤


" Arghh... Tak guna!! Tak guna punya Heykal!! " dia menjerit bagaikan orang terkena histeria sambil menolak barang-barang yang berada di atas meja soleknya.

Dia mengambil gambar Heykal dan Aisha yang sedang senyum bersama. Dia mengukirkan senyuman sinis. Pisau kecil diambil lalu dimainkan perlahan diatas gambar itu.

" Just wait and see. Korang akan dapat balasan sebab buat aku macam. And kau Aisha, kalau aku tak dapat Heykal, kau pun tak kan dapat Heykal. Biar kita sama-sama merana. " Dia ketawa bagaikan orang gila lalu mencucuk-cucuk kasar gambar Heykal dan Aisha dengan pisau kecilnya itu. Tidak dihiraukan tangan yang luka akibat pisau tersebut.

Dia mencampak gambar itu ke lantai apabila gambar itu sudah tidak kelihatan muka Heykal dan Aisha. Dia berjalan perlahan ke arah katilnya lalu memakan beberapa biji pil dan terus merebahkan badannya di atas katil.

" Korang akan dapat balasannya... " ujarnya perlahan dan matanya terus tertutup dan tidak sedarkan diri.










Do vote, comment and share. Thank you 😊

Misi Memikat Miss CEO ✔Where stories live. Discover now