CHAPTER 51

5K 171 0
                                    

Kalau dua hari yang lepas dia keluar dengan Ariz, hari ni dia nak keluar dengan Heykal pula. Biarlah kalau nenek tahu pun. Lagipun, dia dah berjanji dengan Heykal.

Flashback

" Aisha? Awak buat apa dekat sini? "

Terbuntang mata Aisha melihat Heykal berada di depan matanya itu.

" Erk... Say-saya... "

" What's wrong Aisha? Kenapa sampai tergagap-gagap ni? "

" Awak... Sebenarnya, saya datang sini nak fitting baju pengantin. " jelasnya kepada Heykal. Sesekali matanya mengerling ke arah Ariz yang sedang membayar bil di kaunter butik itu. Bukan apa, dia takut kalau-kalau Heykal bertembung dengan Ariz.

" Huh!! Dah agak dah. Mana lelaki tu, saya nak jumpa dia. " kata Heykal kepada Aisha.

" Awak, jangan please... Saya tak nak kecoh-kecoh dekat sini. " Aisha membuat muka comelnya kepada Heykal.

" Fine!! Tapi, dengan satu syarat. " Heykal tersenyum penuh makna.

" Apa syaratnya? "

" Esok awak kena keluar dengan saya pula. No excuse! "

" Ta-tapi awak... Esok nenek nak bawa saya jumpa dengan kawan dia. Kalau esok lusa boleh tak? Pleasee... " serba-salah Aisha hendak menuturkan kata-kata itu kepada Heykal.

" Okay. Janji awak setuju nak keluar dengan saya. I miss you so badly, sayang. " Heykal merenung wajah cantik Aisha. Sudah lama dia tidak menatap wajah itu. Saban hari, dia hanya menyibukkan diri dengan syarikat yang baru dipegangnya. Cuba untuk melupakan masalah walaupun hanya untuk seketika.

" I miss you too. Tapi, kita tak boleh jumpa selalu. "

" Takpe. Nanti saya usahakan jugak untuk cari jalan supaya perkahwinan awak dibatalkan. Okay? "

Aisha hanya mengangguk perlahan.

" Okaylah. Sebenarnya saya ada meeting dekat restoren hujung tu. Saya pergi dulu. Jaga diri. "

" Ye. Awak pun jaga diri. "

End flashback

Aisha melihat cermin buat kali terakhir sebelum melangkah keluar dari biliknya.

❤❤❤


" Kita buat apa datang sini? " Aisha bertanya sambil melihat sisi muka Heykal yang sedang berjalan di sebelahnya itu.

" Hmm... Sebenarnya saya nak belikan awak sesuatu. Sebab tu saya bawa awak datang mall ni. "

" Awak nak belikan apa untuk saya? Awak tak payah lah susah-susah belikan macam-macam dekat saya."

" Hey... Tak susah mana pun. Lagipun, saya memang rancang lama dah untuk belikan awak sesuatu. Dah, jom masuk kedai tu. "

Aisha hanya termangu-mangu melihat kedai di hadapannya itu. Kedai yang menjual barangan solat mahupun untuk lelaki atau wanita.

" Awak... Kita buat apa datang sini? " Aisha memegang lengan Heykal yang berlapikkan kemeja-t itu.

" Saya nak belikan awak barang untuk solat. Saya nak kita berdua berubah bersama-sama. Awak okay kan? " Heykal bertanya lembut. Risau sekiranya Aisha terasa hati dengan kata-katanya itu.

Aisha pula hampir menitiskan air matanya. Dia terharu kerana Heykal mengajak dia untuk berubah ke arah kebaikan bersama-sama.

" Terima kasih. Saya suka sangat. Sebab nenek dengan abang pun jarang suruh saya tunaikan perintah Allah. " Ya. Walaupun nenek boleh dikatakan solat cukup lima waktu, nenek tak jarang sekali menegurnya untuk menunaikan solat. Mungkin nenek fikir yang dia sudah besar, jadi boleh berfikir dengan sendir. Sedangkan dia semakin hanyut kerana tidak ada sesiapa pun yang menyuruhnya untuk solat. Dan, salahnya juga kerana lalai selama ini. Dia sudah besar, jadi dia boleh fikir yang mana patut dia buat dan yang mana tak patut dia buat.

" Sama-sama. Lagipun, mungkin ini kali terakhir saya hadiahkan sesuatu dekat awak. "

" Kenapa awak cakap macam tu? " Aisha mengerut dahinya. Tiba-tiba, hatinya terasa seperti akan ada sesuatu yang akan berlaku. Sesuatu yang buruk... Mungkin.

" Hey... Janganlah buat muka macam tu. Awak buatkan saya makin geram dengan kecomelan awak tu. Maksud saya, awak kan dah nak berkahwin, jadi... Mungkin lepas ni saya tak kan dapat jumpa awak lagi. " Heykal tersenyum kelat. Hatinya sudah berasa tidak enak dari semalam lagi. Dan, dia tak nak Aisha dapat tahu apa yang dia tengah gusarkan.

" Ouh... Kita jangan cakap pasal perkahwinan tu eh? Sekarang, masa saya dengan awak. Just two of us, okay? "

" Okay, sayang. Jom masuk. " Heykal dan Aisha melangkah masuk ke dalam kedai itu bersama-sama.


❤❤❤


Aisha tersenyum lebar sejak keluar daripada kedai itu tadi. Mana taknya, Heykal belikan dia sepasang telekung, senaskah al-quran, biji tasbih dan dan macam-macam lagi.

" Sayang... Dah-dah la tu senyum. " Heykal turut tersenyum bila melihatkan senyuman gembira di bibir wanita kesayangannya itu.

" Saya happy sangat-sangat. Terima kasih awak. Insyaallah, saya akan belajar untuk berubah dengan bersungguh-sungguh. " Aisha senyum lagi. Entah kenapa, dia rasa gembira sangat hari ni.

" Macam tu lah sayang saya. Lepas ni, saya tak nak awak tinggikan suara dekat abang dengan nenek dah. Hormat diorang walaupun diorang paksa sayang buat benda yang sayang tak suka. " pesan Heykal lagi. Umpama mereka tidak akan berjumpa lagi selepas ini.

" Kenapa awak cakap macam tu? Kita dah janji nak kahwin. Jadi, kita tetap kena batalkan perkahwinan antara saya dengan Ariz. Awak bercakap seolah-olah awak benarkan saya kahwin dengan Ariz. " kalau tadi mata dan bibirnya memancarkan kegembiraan, tetapi kini sudah menjadi sebek.

" No. Bukan macam tu. Kalau nak diikutkan, saya tak rela kalau awak kahwin dengan Ariz tu. Tapi, kalau kita berdua tak berjodoh, kita tetap takkan dapat bersama sayang. " jawab Heykal lembut. Matanya tunak memerhati ragam manusia yang berada di sekitar mall itu.

" Awak bercakap macam awak nak tinggalkan saya. Saya tak benarkan awak tinggalkan saya. Awak hanya untuk saya, dan saya hanya untuk awak. Sata harap awak takkan tinggalkan saya. " Aisha mengalirkan air matanya. Entah kenapa dia berasa sangat sedih mendengar kata-kata Heykal.

" Jangan nangis, please... Saya janji takkan tinggalkan awak. Dah, lap air mata tu. Orang dah tengok, nanti diorang ingat saya dera awak pulak. " Heykal ketawa kecil untuk menutup keresahan di hatinya.

" Awak janji takkan tinggalkan saya? " tanya sambil mengelap air matanya.

" Sayang... Saya dah cakap yang saya janji takkan tinggalkan awak. "

" Okaylah kalau macam tu. Jom kita pergi tengok wayang nak? Dah lama kita tak keluar berdua macam ni. " Aisha kembali tersenyum. Cepat betul mood-nya berubah.

" Boleh. Anything for you, sayang... "

Tanpa mereka sedari, ada satu susuk tubuh yang memerhati tindak-tanduk mereka. Susuk tubuh itu tersenyum sinis saat melihat Heykal dan Aisha melangkah ke arah panggung wayang.

" Beberapa jam lagi, aku akan tamatkan riwayat hidup kau, perempuan!! "

Misi Memikat Miss CEO ✔Where stories live. Discover now