" Hai, sayang. Kenapa tak join diorang? " tanya Heykal sambil melabuhkan duduk diatas pasir bersebelahan dengan Aisha.
" Saja. Saya nak ambil angin je. Lagipun seronok tengok diorang mandi-manda dengan family diorang. " Aisha tersenyum sambil memeluk lututnya.
" Ouh... Kenapa sayang tak ajak nenek datang sekali? "
" Nenek ada acara persatuan. So, nenek tak dapat datang. Abang pulak macam biasa la, sibuk je. " Aisha mendengus.
" Hey, tu tanggungjawab dia kan. Takpe, saya kan ada untuk teman awak. Awak tak kan sunyi selagi saya ada dekat sisi awak. Okay? " Heykal berkata lembut.
" Macam mana awak boleh berubah sampai ke tahap ni? "
" Tahap ni? Maksud sayang? " berkerut-kerut dahi Heykal apabila mendengar pertanyaan Aisha.
" Yeah... Macam mana awak boleh berubah untuk jadi diri awak yang sekarang. Macam solat? " teragak-agak Aisha berkata.
Heykal tersenyum.
" Actually, lepas saya jumpa awak balik, saya terfikir kenapa Allah turunkan ujian macam ni dekat saya. Awak hilangkan diri dan bila saya jumpa awak balik, saya rasa happy sangat. Mungkin Allah nak bagi peluang untuk saya menghargai awak. Tapi, bila dapat tahu yang Maira menyamar menjadi awak, saya rasa terkilan sangat. That time, saya terfikir apa dosa saya sampai dapat ujian yang macam tu. Saya fikir dan saya rasa, mungkin ni balasan Allah dekat saya sebab dah banyak mempermainkan hati perempuan termasuk awak, Aisha. " ucap Heykal dengan mata yang bergenang.
" Saya tak pernah bersyukur dengan apa yang saya ada. Dengan kekayaan yang saya ada, saya umpan perempuan untuk dekati saya dan end up, saya tinggalkan diorang. And the worst thing is, saya sanggup nodai awak semata-mata demi satu cabaran. Saya menyesal buat macam tu dekat perempuan-perempuan yang pernah dekat dengan saya. Tapi, saya paling menyesal bila awak tinggalkan saya. Dan saya buat keputusan untuk berubah kepada yang lebih baik. Saya pergi belajar solat, mengaji dekat seorang ustaz ni. Dan alhamdullilah, saya semakin dekat dengan Allah sekarang ni. Cuma saya ada satu lagi impian yang tak tercapai. " Heykal senyum.
Hambar.Aisha yang mendengar kata-kata Heykal telah menitiskan air matanya.
" Apa impian awak yang tak tercapai tu? Boleh saya tahu? " tanya Aisha.
" Bila tiba masanya dan impian tu dah tercapai, saya akan bagitau awak. "
Kami berjeda seketika. Masing-masing melayan perasaan sambil merenung lautan yang membiru.
" Okaylah. Saya nak masuk bilik. Awak okay tak duduk sini sorang-sorang? " Tanya Heykal.
" I'm okay. Dont worry. " Aisha senyum sedikit. Dia masih memikirkan tentang Heykal.
" Okay... Petang nanti kita buat aktiviti sama-sama okay. See you this evening. Bye, sayang. " Heykal bangun dan melambaikan tangannya lalu melanglah pergi ke arah hotel.
Aisha hanya memandang langkah Heykal yang semakin menjauh. Dia kemudiannya merenung kembali pantai yang berada di hadapannya itu.
❤❤❤
" So, apa aktiviti yang kita nak buat? " Aisha bersuara. Matanya ralit memerhati Heykal yang santai memakai seluar tracksuit yang separas lutut, t-shirt berwarna putih dan memakai kaca mata hitam itu.
" Done checking me out, hmm? " Heykal tersenyum manis.
" Eh, mana ada. Awak jangan perasan eh. " muka Aisha sudah membahang.
" Yeah, that's right. Awak tak kan mengaku yang awak kusyuk sangat perhatikan saya. Tapi takpe, awak nak tenung muka saya sampai esok pun boleh. " Heykal tergelak kecil bila melihat muka Aisha yang semakin memerah itu.
" Malu lah tu. " Heykal berkata lagi.
" Eeii... Stop teasing me lah. " Aisha menjeling Heykal. Geram bila lelaki itu dari tadi lagi mengekek ketawa.
" Okay okay. So, jom ikut naik jetski. "
" Eeii... Tak nak lah awak. Saya takut. Nanti kalau jatuh macam mana? "
" Hey, don't worry okay. Kalau jatuh pun, saya ada untuk selamatkan awak. Alright? " Heykal berkata lembut. Matanya yang redup itu menjamah seluruh wajah Aisha.
" Ok-okay. Dah lah, jom. " kata Aisha gugup apabila menyedari bahawa Heykal sedang merenungnya. Dia terus berjalan laju meninggalkan Heykal di belakang.
Heykal tergelak kecil. Comel!!
" Sayang... Tunggu lah saya. " katanya lalu berlari mengejar langkah Aisha yang semakin menjauh.
❤❤❤
Aisha terduduk keletihan di atas pasir pantai.
" Seriously, Aisha? Penat awak ni macam awak yang bawak jetski tu. "
" Hey, memangla saya tak bawak jetski tu. Tapi, cara awak bawak jetski yang buatkan saya penat. " Aisha menghela nafasnya. Dia masih lagi termengah-mengah akibat menjerit semasa menaiki jetski bersama Heykal tadi.
" Eh, saya pulak. Orang bawak jetski memang macam tu lah. Mana ada orang bawak jetski slow. Eh,tapi untung dekat awaklah sebab dapat peluk saya tadi. " balas Heykal lagi.
" Eeii... Awak memang sengaja kan? Benci lah macam ni. " Aisha terus memasamkan mukanya. Sebal dengan Heykal yang tak habis-habis menyakatnya.
" Alololo. Tak nak merajuk. Nanti malam saya belanja dinner eh? " Heykal menarik tangan Aisha perlahan untuk bangun berdiri.
" Malam ni pukul 8, okay? "
" Saya tak cakap pun yang saya setuju nak dinner dengan awak. "
" Erm... Kalau macam tu, saya tak kisah. Sama ada awak sudi ataupun tak, awak tetap kena dinner dengan saya. " Heykal mengenyitkan matanya kepada Aisha.
" And... One more, petang nanti akan ada orang datang hantar baju dekat bilik awak. Pakai malam nanti okay? Bye, see you tonight. " ujar Heykal lalu melangkah pergi.
Aisha hanya menghentakkan kakinya ke pasir. Dah lah suka hati paksa orang, lepastu tinggalkan orang sorang-sorang pulak. Erghh... Annoying.
Hai!! Haritu ada yang tanya bila sy nk update lg kan. So, nah... Harap dapat memuaskan hati readers sekalian. 😉😉
YOU ARE READING
Misi Memikat Miss CEO ✔
RomansaFirst romance by rosebiru12. Cover by @rosebiru12 ⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga! "Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...