" Sebenarnya, ni semua salah saya dan bukan salah Aisha. Saya yang ro-rogol Aisha nenek. Benda ni terjadi sewaktu Aisha belajar dekat Malaysia dulu. " Heykal menunduk.
" Kurang ajar kau!! Kau rupanya yang rogol adik aku. " Firhad terus meluru mendapatkan Heykal lalu menumbuk kuat wajah Heykal.
Tangis Aisha semakin kuat kedengaran.
" Ab-abang. Dah lah tu. Ja-jangan pu-pukul Heykal lagi, please... " Aisha terus memeluk Firhad apabila Firhad hendak menumbuk Heykal sekali lagi.
" Abang!!! Nenek, abang. Nenek! " terbuntang matanya apabila melihat neneknya yang sudah jatuh pengsan itu.
" Ya Allah, nenek. " Firhad terus melepaskan Heykal lalu pergi ke arah neneknya.
" He-Heykal. Aw-awak balik du-dulu, okay. " kata Aisha kepada Heykal.
" Tapi, nenek... "
" Nenek, takpe. Aw-awak balik d-dulu,okay? Saya tak nak kalau nanti abang Firhad sambung tumbuk awak. Please... Dengar cakap saya. " rayu Aisha.
" Okay, saya balik dulu. Jaga diri awak baik-baik. " Heykal terus melangkah keluar dari villa itu dengan hati yang remuk. Berkemungkinan hubungannya dengan Aisha akan ditentang oleh Hajar Sophia dan Firhad.
" Aisha, call doktor Amri cepat. Suruh dia datang sini. " Ujar Firhad cemas lalu mengangkat tubuh layu neneknya untuk membawa memasuki bilik.
" O-okay. "
❤❤❤
" Baby... Dah-dah la tu. Pergi masuk bilik, tidur. Abang tak nak nanti baby pulak yang sakit. " kata Firhad yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik Hajar Sophia itu.
Aisha yang leka melihat neneknya sedang diulit mimpi itu tersentak. Dia memusingkan badannya ke belakang untuk melihat Firhad.
" And... One more thing. Abang tak nak baby ada apa-apa hubungan lagi dengan Heykal. Putuskan hubungan korang. " Kata Firhad tegas.
" Ta-tapi, abang... "
" No tapi-tapi, Aisha. Kalau Aisha sayangkan abang dan nenek, putuskan hubungan Aisha dengan Heykal. Full stop. " kata Firhad lagi lalu melangkah keluar dari bilik Hajar Sophia itu.
Aisha hanya mampu mengalirkan air matanya. Perkara ini yang paling ditakutinya sekali. Hubungannya tidak direstui nenek dan abangnya. Sebab itu dia tak benarkan Heykal bagitahu perkara yang sebenar.
Aisha melangkah keluar dari bilik neneknya dengan longlai. Dia menutup perlahan pintu biliknya lalu mangambil telefonnya untuk melihat jika ada sebarang panggilan ataupun tidak.
Ada 3 miss call daripada Heykal. Mesti lelaki itu risau bila dia tak angkat telefon tadi. Tanpa berlengah, dia terus mendail nombor Heykal.
" Hello, Assalamualaikum. Siapa ni? " jawab suara yang serak itu. Ni mesti tengah tidur.
" Waalaikumsalam, awak. Ni saya lah, Aisha. "
" Ouh, Aisha. Kejap eh, saya nak pergi basuh muka dulu. Awak jangan end call lagi tau. " kata Heykal dan selepas itu kedengaran pintu dikuak dan ditutup.
" Sayang... Macam mana keadaan nenek? Okay tak? "
" Nenek okay. Cuma dia pengsan sebab terkejut. " balas Aisha.
" Ouh... " dan, perbualan mereka terus menjadi sunyi sepi.
Setelah beberapa minit mereka mendiamkan diri, Aisha akhirnya bersuara.
" Awak... " panggil Aisha sebak.
" Ye, sayang. Kenapa ni? " tanya Heykal bila mendengar suara sebak Aisha.
" Abang Firhad. Di-dia suruh sa-saya putuskan hu-hubungan dengan awak. " jelas Aisha sambil menangis.
" Aisha, sayang... Jangan nangis, okay? Nanti saya akan cari jalan untuk buatkan nenek dan Firhad terima hubungan kita. Don't worry, okay? " kata Heykal lembut.
" Awak janji? " tanya Aisha perlahan.
" Ye... Saya janji dengan awak. Now, awak pergi tidur. Dengar dari suara awak pun, saya tahu yang awak penat sekarang ni. "
" Okay. Saya tidur dulu. I love you. " ujar Aisha.
" I love you too, sayang. "
❤❤❤
Heykal mengetap bibirnya geram selepas menamatkan panggilan dari Aisha tersebut.
Dia tahu semua ni kerja siapa. Ni mesti kerja Maira. Dulu, sewaktu peristiwa hitam tersebut berlaku, memang dia ada buat rakaman. Dia buat rakaman tu untuk ugut Aisha kalau Aisha tak nak terima dia.
Tapi, lepas Aisha hilang dan Maira datang menyamar jadi Aisha, dia serahkan rakaman video tu dekat Maira. Disebabkan rasa bersalah, dia suruh Maira yang disangkakan Aisha itu hapuskan sendiri video tu. Dan, dia tak sangka yang Maira simpan video tu sampai sekarang.
Argh... Damn you, Maira!!!
YOU ARE READING
Misi Memikat Miss CEO ✔
Roman d'amourFirst romance by rosebiru12. Cover by @rosebiru12 ⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga! "Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...