Media: Mata biru keabu-abuan, Aisha."Kal. Sini kejap papa nak cakap" panggil Tan Sri Hisyam.
"Yes, papa. "
"Papa nak minggu depan Kal masuk office. Papa tak kira sama ada Kal ready ke tak, papa tetap nak Kal masuk office jugak. No excuse. " Tan Sri Hisyam berkata serius.
"What ? But, papa. Kan papa dah janji nak bagi Kal masa. Apa ni papa, Kal tak puas lagi la nak jadi doktor. Papa boleh tak jangan atur hidup Kal. " Heykal membantah. Dia still lagi tak puas jadi doktor. Haih.
"I said no excuse. Kal nak ataupun tak nak, Kal tetap kena masuk office jugak. I don't care. Dah cukup lama papa bagi masa untuk Kal kerja sebagai doktor. And, why not kalau lepas ni Kal jadi CEO company pulak kan ? " Tan Sri Hisyam berkata dengan tenang. Bercakap dengan anaknya itu memerlukan kesabaran yang tinggi. Degil!
"Urghh.. Fine. Papa suka paksa-paksa Kal." Heykal mengalah. Dia dah takde idea nak membantah arahan papanya itu. Lagipun dah 2 tahun dia jadi doktor. Tanpa berkata apa-apa, dia terus melangkah keluar dari rumah agam tersebut.
❤❤❤
"Bro. Asal stress je aku tengok kau ni ? " tanya Shafikal. Manalah tahu dia terlepas apa-apa berita. Maklumlah, dia kan outstation selama sebulan. Mana sempat nak jumpa kawan dia ni.
"Papa aku, dia nak aku masuk office minggu depan. Nak tak nak, aku kena resign dalam minggu ni jugak. " Heykal berkata sedih. Masih tak bersedia untuk tinggalkan kerjayanya lagi. Berhempas pulas dia belajar medical, end up jadi CEO syarikat.
"Wohoo. Baguslah tu. Eh, bukan senang tau kita nak jadi CEO ni. Kau jangan tolak tuah, Heykal. " Shafikal berseloroh. Apalah Heykal ni ! Rezeki dah ada depan mata, ambil je laa.
"Aku tak hairanlah dengan jawatan tu semua. Aku tak ready lagi nak berhenti jadi doktor."
" Apa-apa jelah Heykal. "
Mereka berdua diam sambil menikmati minuman masing-masing. Shafikal hanya membiarkan kawannya itu melayan perasaan. Mungkin sedih sebab tak lama lagi dah nak resign daripada jadi doktor.
"Eh bro, ada apa-apa yang jadi tak selama aku takde kat sini ? " Shafikal bersuara. Lemas dia duduk diam-diam macam ni.
" Hmm... Banyak benda yang jadi. Aku tak tahu nak mula dari mana." Heykal berkata. Minda melayang membayangkan wajah mulus milik Aisha. Rambutnya yang coklat kemerah-merahan. Matanya yang biru keabu-abuan. Ahh.. You make me crazy, Aisha Raihana !
" Benda apa ? " Shafikal dah tak sabar nak tahu. Dah macam gaya pakcik-pakcik bawang dah.
" Hmm.. Aku dapat tahu yang Aisha yang selama ni bercinta dengan aku bukan Aisha yang sebenar. "
"Eh. Kau cakap apa ni ? Aku tak faham. " Shafikal pening. Apa benda lah yang si Heykal ni merapu. Cakap berbelit-belit.
"Betullah. Aisha yang aku couple dua tahun ni sebenarnya bukan Aisha, tapi Maira. Aku pun tak sangka nak jadi macam ni. "Heykal bersuara lirih. Tak sangka yang Maira sanggup menyamar menjadi Aisha untuk meraih cintanya.
"What !! Maira yang aku pernah crush tu ke ? "
"Yelah. Maira yang tulah. " Heykal menjulingkan mata keatas. Dah tahu tanya lagi !
Shafikal terdiam. Tak sangka Maira yang selama ni macam belangkas dengan Aisha dekat kolej boleh buat macam tu. And.. nasib jugak la dia tak tangkap cintan tahap nak jadikan partner life dengan Maira tu. Kalau tak serabutlah life dia.
" Macam mana muka dia boleh sama dengan Aisha ? Dia buat plastic surgery ke ? " Shafikal bertanya. Malam ni dia nak korek habis-habisan tentang hal ni.
" Tak. Dia just pakai topeng penyamaran muka. Yang macam dalam movie tu. Aku pun tak sangka yang dia boleh dapat topeng tu. "
"Serius ?! Wah... Hebat jugak Maira tukan ? Eh, tapi aku tengok dia orang biasa-biasa je waktu kolej dulu. Macam mana dia boleh dapat topeng penyamaran muka yang boleh dikatakan beratus-ratus ribu tu ? " Shafikal mengerutkan dahinya. Cuba memikir kemungkinan yang berlaku.
" Haih... dia banyak sugar daddy la, Pikal. And, CEO syarikat topeng penyamaran tu pun salah satu sugar daddy dia. So, it's does'nt matter. Aku pun tak sangka, perempuan yang nampak macam tak bergaul dengan orang lain waktu kolej dulu boleh jadi seliar ni ! Aku tak boleh bayangkan kalau Aisha dapat tahu yang membe rapat dia waktu kolej buat dia macam ni. " dia menyedut sedikit nescafe ais yang di pesan tadi. Hilang sedikit haus dia.
" Wait, wait. Apa maksud kau yang kau tak dapat bayangkan kalau Aisha dapat tahu semua ni ? Cara kau cakap macam kau dah jumpa Aisha yang sebenar je. " dia musykil. Rupanya sepanjang dia outstation ni, banyak benda yang jadi dekat kawan baik dia ni. Haih !
" Haah... aku jumpa Aisha dekat airport. Waktu tu, aku ingatkan dia Maira yang bermuka Aisha tu, rupanya Aisha yang betul. Tapi, waktu tu aku tak tahu lagi la yang Maira tu tipu aku. And, aku pun tak tahu lagi yang ada dua orang Aisha. Satu yang real, satu lagi yang fake. " pening dia nak menjelaskan kepada Shafikal.
" Ya Allah. Apa kebenda yang berbelit-belit sangat kehidupan kau ni Heykal. Aku simpati dekat kau. By the way, Maira tahu tak yang kau dah tahu dia tu bukan Aisha yang sebenar ? "
" Belum. Maira tak tahu lagi. Dia fly pergi mana entah dua minggu ni. Jumpa sugar daddy dia la tu. Hah, and Amin ada bagitahu aku yang Maira ni sebenarnya bukan pramugari, sebab dia dah check semua syarikat penerbangan tapi takde pun pramugari yang bernama Maira Haziqah mahupun Aisha Raihana. Selama ni dia hanya hidup dengan duit-duit sugar daddy dia yang entah berapa puluh orang tu. " Heykal rasa menyesal gila sebab tak selidik Maira sebelum ni. Mungkin mata dia dah ditutup dengan perasaan bersalah dan cinta dekat Aisha. Tapi, perasaan tu hanya ada dekat aisha Raihana bukan Maira Haziqah !!
" Hmm... Apa-apa pun kau sabar je okay ? Kau tak de fikir nak bertanggungjawab dengan Aisha ? Maybe kau nak kahwin dengan dia ke ? "
" Haih.. Macam mana aku nak bertanggungjawab dekat Aisha kalau dia pun kerja nak lari je daripada aku ? Asal nampak aku je dia lari. Aku pun dah buntu macam mana nak dekat dengan dia. " dia berdecit perlahan. Pening memikirkan perihal Aisha. Walaupun Aisha dah start cakap baik-baik dekat dia, dia still dapat rasakan yang Aisha tak maafkan dia lagi. And, baru-baru ni diorang ada terserempak tapi, Aisha lari dari dia. Haih... Haritu elok je cakap dalam telefon.
" Kau tak boleh give up, bro. Perempuan ni, keras-keras diorang pun, diorang akan cair jugak nanti. Kau kena la ambik hati dia, pujuk dia pelan-pelan. Jangan paksa dia untuk buat benda yang dia tak suka. Kau percaya la, lama kelamaan dia akan cair punya. " Shafikal berkata yakin. Yelah, dia kan dah bertunang. So, sedikit sebanyak dia tahu ragam perempuan sebab tunang dia pun selalu merajuk.
Heykal diam seketika memikirkan cadangan Shafikal. Betul jugak tu, hati perempuan ni ibarat kerak nasi. Mula-mula memang la keras, tapi kalau rendam dalam air, lama-lama lembut jugak. Mungkin dia patut pujuk Aisha pelan-pelan. Bincang baik-baik. Kalau boleh, treat her like a princes!!
And yeah !! Misi memikat miss CEO akan bermula.
❤❤❤
1141 words!! Tapi, asal aku rasa yg story ni makin merapu? Hahahah. 😂
Lagipun, story ni mcm tk dpt smbutan je... Patut ke aku unpublish??
YOU ARE READING
Misi Memikat Miss CEO ✔
RomansaFirst romance by rosebiru12. Cover by @rosebiru12 ⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga! "Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...