CHAPTER 30

6.6K 262 3
                                    


In case ada yg tk tahu topng penyamaran muka tu mcm mna, bleh tgok media dkat atas. 😚

......

Hajar Shopia berzikir perlahan sambil menggunting pokok-pokok liar yang melilit batang pokok orkidnya. Mindanya mengerawang memikirkan menantunya Rihanna Zarith, iaitu ibu kepada Aisha dan Firhad. Sayu hatinya bila mengenangkan anak dan menantunya itu.

Rihanna adalah seorang perempuan warga Malaysia yang amat baik. Beruntung anaknya Alberto Adani mendapat isteri sebaik Rihanna. Dia masih ingat lagi tatkala Rihanna yang membawanya berjumpa dengan ustazah yang terdapat di bumi Australia itu. Tujuannya adalah, ingin menunaikan hasrat majikannya yang hendak menukar agama.

Lirih rasa hatinya ketika itu. Apabila dia sudah mengenali Islam sedikit demi sedikit, barulah Rihanna berjumpa dengan Alberto. Dan sejak daripada tu, Alberto berminat untuk menganut agama Islam sepertinya juga. Rihanna dan Alberto saling jatuh cinta apabila kerap meluangkan masa untuk belajar tentang Islam. Setahun selepas itu, mereka telah melangsungkan perkahwinan dan telah dikurniai sepasang anak. Firhad Amran dan Aisha Raihana. Tapi, ajal mereka awal. Mereka berdua disahkan meninggal akibat kemalangan.

Dan sejak itulah, Aisha dan Firhad membesar dengannya. Hajar Shopia mengesat air matanya.

❤❤❤

" Bos. Sumua maklumat ada dalam ni. Complete macam bos nak. " ujar Amin yang memakai hoodie hitam.

"Good. Ni upah kau. Kalau tak cukup cakap dekat aku. Nanti kalau ada apa-apa lagi aku roger kau. "

"Alright, bos. "

Heykal tersenyum sinis melihat sampul putih yang berada di tangannya itu. Dia membuka sampul tersebut. Helaian pertama adalah gambar Aisha yang sedang menarik sebuah bagasi di airport. Gambar kedua gambar seorang perempuan yang tak dikenalinya sedang berpelukan dengan beberapa lelaki.

Heykal mengerutkan dahinya. Apa kaitan perempuan ni dengan Aisha, girlfriend-nya ? Dia berfikir sekejap. Wait.. Wait!! Ni bukan ke Maira ? Umairah Haziqah yang Shafikal suka tu ? Asal dia ada dalam gambar ni ? And.. Asal si Amin ni pergi intip Maira sedangkan dia suruh Amin intip kedua-dua Aisha tu ? Pelik!!! Dia mengambil sehelai kertas yang disertakan sekali dalam gambar tersebut.

Nama: Aisha Raihana binti Alberto Adani.
Umur: 24 tahun
Status: Bujang
Pangkat: CEO of Christine Holding.
Bapa: Alberto Adani bin Stephen.
Ibu: Rihanna Zarith binti Mohammad.
Mempunyai Ijazah dalam pengurusan perniagaan di Kolej Tengku Arafiah.
Mempunyai seorang abang yang bernama Firhad Amran bin Alberto Adani.
Pekerjaan abang: Peguam dan mempunyai firma guaman di beberapa negara lain dan salah satunya dia Seksyen 2,Shah Alam.
Anak yatim piatu.
Berdarah kacukan, Malaysia mix Spanish.

Heykal mengeluh lalu menyandarkan badannya di kerusi rodanya. Dia memicit pelipis kepalanya. Tak sangka Aisha datang dari keluarga yang sangat hebat. Mempunyai company yang sangat dikagumi di serara dunia. Dan.. Dia tak pernah tahu pun tentang tu. Huh!! Aisha berdarah campuran dan that's why mata dia sangat cantik. Biru keabu-abuan. How beautiful you're, Aisha.

Helaian kertas yang kedua pula diambil dan bibaca.

Nama: Umairah Haziqah binti Hisyam.
Umur: 24 tahun.
Status: Bujang
Mempunyai ijazah dalam bidang fesyen di Kolej Tengku Arafiah.
Pangkat: Tiada pekerjaan.
Bapa: Hisyam bin Ahmed
Ibu: Kartini binti Anuar Abdullah.
Anak tunggal.
Anak yatim piatu.
100 % Malaysia.

Asal biodata Maira ada sekali ? Helaian ketiga pula diambil.

Nama: Umairah Hazikah
Jenis barangan: Topeng penyamaran muka.
Harga: Rm 15 000.
From: Europe

Heykal terkedu. Topeng penyamaran muka ? Jangan cakap yang...
Satu pita rakaman yang diberi oleh Amin tadi diambil dan dipasang.

"Heykal tu bodoh jugak ek ? Ingatkan kerja doktor, cerdik. Tapi, hampeh ! You menyamar jadi Aisha pun dia tak tau. Hahaha !! "

" Hey. Jangan cakap dia macam tu eh. I buat semua ni sebab I cintakan dia. Dari dulu lagi. Waktu kolej dulu, dia langsung tak pandang I. Yang dia tahu Aisha, Aisha, Aisha je. " kedengaran suara Maira menggantikan suara lelaki tadi.

" Hahaha. Sekarang pun apa kurangnya, baby.. Dia pandang you pun sebab you pakai topeng muka Aisha. So, dia hanya pandang Aisha, bukan you. "

" Whatever. I don't care at all. Yang I tahu dia dah jatuh dalam genggaman I. Hahaha!! "

Rakaman suara terhenti di situ sahaja. Heykal yang masih tergamam di kerusi rodanya mengurut sedikit pelipisnya. Jadi, selama 2 tahun ni, dia bukan bercinta dengan Aisha. Tapi, dia bercinta dengan Maira. Shit! Berani perempuan tu perbodohkan dia. Patutlah bila Heykal sentuh tentang peristiwa malam tu Aisha macam tak kisah. Rupa-rupanya, tu bukan Aisha. Takpe. Janji dia dah tahu semuanya, dan misi memikat cik CEO akan dijalankan.

Telefon pintar jenama iPhone itu diambil lalu mendail number Amin. Dia nak tahu lebih lanjut tentang Aisha dan Maira ni. Kalau boleh satu pun dia tak nak tinggal.

"Hello. Ada apa bos call ni ? "

"Assalamualaikum, Amin" Heykal menyindir. Budak ni, main terjah je.

"Erk.. Waalaikumsalam bos. Hehe, ada apa ni bos. "

Heykal dah tersengih. Mesti si Amin tu tengah gosok-gosok tengkuk dia sebab malu. Hahaha.

"Tak ada. Aku cuma nak tahu, Maira ni sebenarnya siapa ? Setahu aku waktu kolej dulu, Maira ni anak yatim piatu and dia hanya ada nenek je. Then, dia ambil mana duit untuk beli topeng tu ? " Aisha pernah bercerita tentang Maira kepadanya dulu. Tentang Maira tinggal dengan ibu saudaranya ketika zaman kolej lah, apa lah. Dia pasrah je bila Aisha bukak cerita tentang Maira.

"Tak kan lah bos tak dapat detect lagi. Sah-sah la dari sugar daddy dia yang banyak tu. And, saya dapat tahu yang dia dapat harga topeng tu dengan murah sebab pemilik syarikat topeng penyamaran tu salah satu sugar daddy dia. "

"Ouh.. Tak sangka pulak aku. Hebat dia kan sampai hartawan Europe pun dia boleh goda. " Heykal tersenyum sinis. Tak sangka Maira mempunyai akal yang selicik tu.

"Yela... Kalau dia tak hebat, macam mana bos pun boleh tergoda dengan dia, ya tak ? "

Tawa Amin kedengaran di corong telinganya. Tak guna punya Amin !!

"Eh, kau baik-baik sikit eh. Aku tergoda sebab fizikal dia sama dengan Aisha je. " Herm.. Tak sangka dia terkena dengan Maira.

"Apa-apa je lah, bos. Dah, aku chau dulu. Ada kerja sikit. "

Tanpa apa-apa, Amin terus matikan talian. Huh !! Suka hati dia je. Dah lah salam pun tak bagi.






Nk Bintang byak-byak boleh? 😉

Misi Memikat Miss CEO ✔Where stories live. Discover now