" HI girls." Heykal terus melabuhkan punggung di sebelah Aisha sebaik sahaja menegur Aisha dan Maira walaupun tidak dijemput. Lantak la orang nak cakap apa pon. Pikir dia kesah.
" Erkk.. Ada apa awak duduk dekat sini."mata Aisha terus meliar - liar ke sekeliling cafe, dan dia mendapati bahawa banyak mata yang sedang terhala ke meja mereka. Yelah... Mereka duduk dengan hotstuff a.k.a buaya darat kolej Tengku Arafiah kot. Memang akan dapat perhatian la meja mereka. Kemudian, matanya terhala ke arah Maira pulak.
"Saje.. Kan semalam saya dah cakap yang saya nak berkenalan dengan awak. Ohh by the way, my name is Heykal Hakimie. "dia menghulurkan tangannya sambil tersenyum manis. Maira hanya diam sambil matanya memberi isyarat 'lepas ni cerita apa benda yang terjadi'.
'Haihh.. Mesti lepas ni aku kena bebel. Huh. ' Aisha berkata di dalam hati.
"Erkk.. Aisha Raihana. Just call me Aisha. "Aisha menyambut tangan Heykal tanda berkenalan. Dia berasa tidak selesa apabila Heykal seperti tidak mahu melepaskan tangannya. Umairah pulak hanya diam di hadapan kami berdua. Melihat apa yang sedang terjadi.
"Aisha, aku pergi dululaa. Kelas aku dah nak start. Byee" Heykal terus melepaskan tangan Aisha apabila mendengar suara Maira. Maira mengundurkan diri apabila terasa dirinya tidak diperlukan di situ. ' Pelik. Sejak bila Heykal tu kenal Aisha.'
" By the way, awak student ape? " Heykal bertanya walaupun dia sudah tentang itu dengan lebih awal. Acah je.
"Saya student bisnes. Awak pula? "dengan kekoknya Aisha bertanya.
" Ouh.. Saya student medic. Family saya ada syarikat tapi saya tak berminat nak uruskan syarikat tu. "
'Perluke beritahu family dia ada syarikat ke tak.'
Aisha berkata di dalam hati."Aaa.. Pasal semalam, saya nak mintak maaf sebab tak reply mesej awak. Saya memang mengantuk sangat - sangat waktu tu. " padahal dia malas nak reply. Haha.
"Hahaha, takde ape - ape lah. Saya tak ambil hati pon. Saya tahu saya tak patut kacau anak dara orang tengah - tengah malam. "katanya apabila melihat muka Aisha yang serba salah.
Aisha merasakan dirinya sudah selesa dengan Heykal. Cara Heykal bercakap membuatkan dirinya tersenyum. Mereka terus melanjutkan perbualan sehinggalah Aisha meminta diri untuk pulang kerana sudah hampi 2 jam mereka berbual di cafe itu. Tak sangka pulak yang mereka boleh mempunyai banyak topik untuk diceritakan.
"Eh,Aisha wait.Malam ni awak free tak. Klau awak free saya nak ajak awak dinner dengan saya."
"Erm..bolehlaa, lagipun malam ni saya tak de pergi mana - mana." Aisha menerima pelawaan Heykal. Apa salahnya dia terima kan, duduk rumah bukan buat apa pon.
"Yes..nanti saya chat awak okay." Heykal tersenyum lebar apabila pelawaannya diterima.
Aisha hanya mengangguk dan terus beredar setelah meminta diri daripada Heykal.
❤❤❤
'HEH..nampaknya,plan aku dah nak berjaya. Umpan dah terkena. Kita tengok apa jadi lepas ni.' Heykal berkata di dalam hati.
Dia tersenyum puas kerana telah berjaya menjalankan misinya yang pertama. Tidak sabar hendak tunggu malam ni. Pelan-pelan, Aisha akan jadi milik dia.

ANDA SEDANG MEMBACA
Misi Memikat Miss CEO ✔
RomanceFirst romance by rosebiru12. Cover by @rosebiru12 ⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga! "Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...