SPECIAL CHAPTER V

7.5K 185 7
                                    

Mengucap panjang Hajar Sophia apabila melihat Aisha sedang melahap 3 paket maggie pedas giler dalam satu mangkuk. Di tepi mangkuk terdapat dua kotak jus oren dan beberapa potong buah sengkuang.

" Heykal!!! " Hajar Sophia melaung memanggil cucu menantunya itu.

Aisha yang sedang seronok menikmati maggie berpaling apabila terdengar suara nyaring nenek memanggil nama suaminya.

" Ye nek. Ada apa ni? " Soal Heykal sesudah tiba di hadapan Hajar Sophia.

" Ni. Kenapa bagi Aisha beli dan makan maggie pedas macam ni? Kamu tahu tak yang instant noodle ni tak baik untuk kesihatan ibu mengandung. Kamu ni langsung tak ambil tahu tentang pantang larang orang mengandung. " Bebel Hajar Sophia. Tangan dicekak ke pinggang dan memandang Heykal dengan tidak puas hati.

" M-mengandung? " Heykal bersuara terkejut. Terkelip-kelip matanya memandang Aisha.

" Ya Allah. Astaghfirullah al-azim, Aisha Raihana! Kamu masih tak bagitahu suami kamu yang kamu mengandung ke Aisha? Haishh... Pening lah nenek dengan kamu berdua ni. " Hajar Sophia menggeleng kepala tanda kesal lalu berlalu pergi dari dapur meninggalkan Aisha dan Heykal bersendirian.

" Sayang... mengandung? "

Perlahan-lahan Aisha menganggukkan kepalanya. Dia melihat wajah Heykal dengan serba salah.

" Aisha... Mintak maaf sebab tak bagitahu dekat abang awal-awal. " Ujarnya perlahan.

" It's okay. Yang penting, abang happy sangat-sangat sebab tak lama lagi kita akan jadi ibu dan ayah. " Heykal memeluk Aisha kejap. Dicium serata muka Aisha dengan perasaan yang gembira.

Aisha tersenyum di dalam pelukan Heykal. Seketika kemudian, dia menolak kembali tubuh kekar Heykal yang sedang memeluknya itu.

" Kenapa? " Soal Heykal dengan keliru. Tak kan merajuk lagi kot?

" Aisha nak habiskan maggie ni. Abang nak? " Dan dia terus menyambung menyuap maggie pedas itu ke dalam mulutnya.

" Sayang... Berhenti eh? Nanti nenek nampak, kang sayang kena marah lagi. Dah, stop! " Heykal menarik perlahan mangkuk maggie milik Aisha.

" No!!! Aisha nak makan jugak. Abang tak kesian ke dekat baby teringin nak makan pedas-pedas? " Dia bersuara sayu. Cuba untuk meraih simpati Heykal.

Heykal mengeluh perlahan. Mangkuk maggie yang diambil tadi ditolak kembali ke hadapan Aisha.

" Last eh. Lepas ni, jangan harap nak makan instant noodle ni lagi. Cepat habiskan sebelum nenek datang balik. " Gesa Heykal.

" Okay. " Aisha tersenyum gembira sebelum menyambung menyuap maggie ke dalam mulutnya.


Heykal melabuhkan duduk di atas sofa bersebelahan dengan Aisha. Aisha yang sedang membaca komik itu dipandang dengan aneh.

" Sejak bila sayang suka baca komik ni? " Soalnya sambil memeluk Aisha dari tepi.

" Sejak mengandung. " Balas Aisha sepatah. Tumpuannya masih lagi 100% pada komik di tangannya.

" Ouh... " Balas Heykal kekok. Dia dapat merasakan bahawa Aisha masih lagi marah dengannya.

" I'm sorry. " Pintanya perlahan.

" Hmm? "

" I'm sorry kalau sayang rasa abang duakan sayang. Abang tahu alasan abang memang bodoh. Abang share masalah abang dengan perempuan lain. Abang tahu sayang sedih sebab abang tak share masalah abang dengan sayang. I'm really sorry. "

Misi Memikat Miss CEO ✔Where stories live. Discover now