CHAPTER 58

6.2K 231 4
                                    

Here you go!! Akan surprise dekat chapter ni. So, sebelum baca sila tekan butang vote dulu okay?







































" Maaf, Encik Heykal tidak dapat di selamatkan pada mulanya, tapi dengan kuasa Allah, jantungnya kembali berdegup semula dan Alhamdulillah, keadaannya semakin membaik. Malahan, dia sudah sedarkan diri sebentar tadi, tapi kami telah memberi suntikan kepada Encik Heykal untuk memberikan Encik Heykal tenaga. Dan sekarang, Encik Heykal sedang tidur akibat kesan daripada suntikan yang kami beri. " jelas doktor itu panjang lebar. Dia mengukirkan senyuman apabila melihat raut wajah kelegaan daripada keluarga pesakitnya itu.

Air mata Aisha kembali menitis apabila mendengar penerangan doktor itu tadi. Dia memeluk neneknya sambil menitiskan air mata kegembiraan.

" Alhamdulillah... Boleh kami masuk melawat Heykal? "

"Boleh. Tapi, jangan terlalu lama sebab pesakit perlukan rehat yang secukupnya. Kalau boleh jangan ganggu tidur pesakit. Saya minta diri dulu. "


❤❤❤



Aisha megusap perlahan rambut lebat Heykal yang masih tidur nyenyak itu. Dia beralih ke meja kecil di tepi katil untuk mengambil air untuk membasahkan tekaknya yang kering.

Perlahan-lahan dia menuang air dari jug ke dalam cawan. Sedang dia minum, dia terasa seperti ada seorang yang menyentuh lengannya.

" Sayang... "

" Awak. Awak dah bangun? Kejap eh saya pergi panggil doktor. " kata Aisha kepada Heykal yang masih lagi lemah itu.

Dia tidak jadi hendak berlalu apabila Heykal menahan lengannya.

" Don't go. Just stay with me. " ucap Heykal lemah. Matanya kelihatan kuyu penangan suntikan yang diberikan oleh doktor.

" Tapi awak... Saya kena panggil doktor untuk check keadaan awak. Kejap lagi saya datang balik. Kejap je okay? " Aisha mengelus perlahan tangan Heykal. Heykal hanya mengangguk sebagai balasan.


❤❤❤


"Macam mana Heykal? Ada rasa sakit dekat mana-mana lagi tak? " tanya Firhad. Ketika itu, semua sedang berada di dalam wad Heykal untuk melawatnya.

" Okay... Tapi, rasa macam takde tenaga sikit. Nak buat apa pun tak boleh, tak larat. "

" Biasalah tu. Kau kan baru sedar. Badan kau cuma dapat susu dan air je selama sebulan ni tau. " jelas Firhad.

Heykal hanya mengangguk dan senyum kepada Firhad.

" Sayang... Saya nak air. Tolong ambilkan. " pinta Heykal manja. Tidak dihiraukan mata-mata yang memandang.

" Nahh, awak minum elok-elok. Nanti tersedak. " kata Aisha perlahan.

" Amboi... Sweet nya dua orang ni. Boleh dah ni kalau nak kahwin. Ye tak Kak Hajar? " seloroh Puan Sri Qairina sambil tersenyum-senyum kepada Hajar Sophia.

" Akak okay je, Rina... Lagipun, tak elok tangguh-tangguhkan perkara yang baik ni. Kan Aisha? "

Aisha tidak menjawab malah hanya tersenyum malu. Dia menunduk tatkala semua mata tertumpu kepadanya.

" Aisha okay je. " jawabnya perlahan.

" Heykal pun okay. Nak nikah esok pun boleh. " kata Heykal sambil tersengih-sengih.

" Amboi... Baru je sedar harini, ada hati nak nikah esok. Badan kamu tu lemah lagi Heykal. " Tan Sri Haris Hisyam yang diam sedari tadi mula menyampuk.

Misi Memikat Miss CEO ✔Where stories live. Discover now