"AISHA!!!! sini sini." panggil Umairah Haziqah atau lebih mesra dipanggil Maira. Mereka sudah sepakat untuk berjumpa di cafe Kolej Tengku Arafiah ini untuk berborak. Tidak kisahlah berborak tentang apa pun, yang penting mereka sudah lama tidak berjumpa kerana sibuk dengan kelas masing-masing.
"Hoi engkau nikan, habis orang tengok." Maira ni kalau ya pun nak panggil, jangan la sampai macam tu. Dengan muka cemberut Aisha mengambil tempat berhadapan dengan Maira.
"Alaa.. Sorry la, aku tak sengaja"
" Yela tu tak sengaja" balas Aisha acuh tak acuh. Terang-terang diorang ada dekat cafe celah mananya tak sengaja.
"Awal pulak kelas kau habis harini." Segera dia menukar topik perbualan. Yelah.. Tak sanggup nak marah Maira lama-lama. Maira je kawan yang dia pernah ada dekat Malaysia ni. Itupun berlainan course. Maira mengambil course fashion, manakala dia mengambil course business di kolej Tengku Arafiah.
Orang lain? Huh, diorang tak nak berkawan dengannya. Mungkin mereka menganggap bahawa dirinya bukan anak orang kaya ataupun orang ternama dan boleh memasuki kolej ini hanya dengan bantuan biasiswa. Ditambah pula, pakaian yang sering dikenakannya, hanya skinny jeans dan blouse yang membuat dirinya kelihatan biasa-biasa sahaja.
Dia tetap tidak kisah tentang pandangan orang lain terhadap dirinya kerana dirinya lebih mengetahui siapa dirinya sendiri. Dan hanya Umairah Haziqah sahaja yang mahu berkawan dengannya dan mengetahui segala-galanya tentang dirinya.
"Madam Aina lepas awal. Katanya ada emergency. "Balas Maira sambil membuat muka bosannya. Maira ni memang anti dengan Madam Aina tu. Asal bercerita tentang Madam Aina confirm dia buat muka bosan.
Yang dia tahu daripada Maira, Madam Aina selalu tak puas hati dengannya ketika di dalam kelas. Selalu memarahinya jika terdapat sedikit kesalahan, walhal orang lain pun ada buat salah, tapi tak la kena marah teruk macam Maira.
" Ouh.. Aku ingatkan kau ponteng." Balas Aisha sambil tergelak pendek.
" Eh, sorry sikit eh.. Aku ni mahasiswi yang bertatasusila tau. Belum pernah aku ponteng kalau takde sebab." Dia tidak berkecil hati tentang apa yang dikatakan Aisha. Baginya, itu sekadar gurauan. Tak perlu kot nak ambil serious.
" Hehe. Aku tahu la. Kawan aku memang baik. Bertatasusila. Aku saja je nak gurau-gurau manja dengan kau. " Ujar Aisha sambil tersengih.
" Yelah yelah " Mereka diam apabila tidak mempunyai topik untuk dibual.
Sedang matanya melilau - lilau ke sekeliling cafe, matanya tertumpu kepada seorang lelaki yang sedang berjalan menuju ke kaunter pembayaran. Diakuinya, lelaki tersebut memang mempunyai fizikal yang menarik. Dengan badannya yang sedikit berketak-ketak, alis mata yang menawan, senyuman yang manis, sedikit sebanyak membuatkan hati Aisha mencair.
" Hoi, menung ja kau tau. Kau tengok siapa tu?" Tanya Maira.
Aisha tidak menjawab manakala matanya kembali menghala ke arah jejaka tadi.
" Ouh.. Kau tengok Heykal ehh?" Tanya Maira lagi.
"Eh, kau kenal ke mamat tu?" Dengan muka hairan Aisha bertanya.
"Gila kau tak kenal. Siapa je yang tak kenal Heykal Hakimi anak Tan Sri Haris Hisyam tu. Top student pulak tu. Hensem kan?" Seloroh Maira dengan senyuman gatal.
"A'ah, hensem. " Jawab Aisha dengan senyuman di bibir. Membayangkan muka jejaka yang telah mencuri hatinya sebentar tadi. Hatinya sudah terpaut. Love at the first sight gitu.
"Tapi kau jangan tangkap cintan dengan dia pulak. Kalau kau nak tahu, Heykal tu buaya darat. Semua perempuan dia nak try. Lepas bagi fakehope dekat perempuan-perempuan tu, dia terus blah. " Kali ini Maira memberitahunya dengan mimik muka yang menyampah.
Aisha tersentak dari lamunannya. Punah harapannya. Lupakan jela love at the first sight kau tu Aisha. Ingat dia nk pandang kau. Entah-entah kewujudan kau dekat kolej ni pun dia tak tahu.
" Ouh, yeke. Takpe lah. Kita lupakan je tentang dia. Now, kita borak tentang lain pulak. Macam mana study kau. Okay? " Aisha mula mengalih topik. Tidak mahu bercakap tentang Heykal lagi sedangkan hatinya sudah terpaut dengan jejaka kacak tersebut.
YOU ARE READING
Misi Memikat Miss CEO ✔
RomanceFirst romance by rosebiru12. Cover by @rosebiru12 ⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga! "Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...