CHAPTER 53

5.2K 172 1
                                    

Thanks for the 10k reader. 😙😙

°
°

Bunyi kuakan pintu operation room itu telah membuatkan bertiga bangkit dan menuju ke arah doktor itu.

" Doktor. Macam mana dengan keadaan Heykal? " tanya Aisha.

" Sebelum tu, cik ni siapa kepada pesakit ye? " Doktor yang bernama Khairul itu bertanya.

" Err... Saya tunang kepada pesakit. " dia mengerling kepada abang dan neneknya. Muka abangnya kelihatan sedikit berkerut manakala muka nenek hanya seperti biasa.

" Ouh... Macam ni, pembedahan Encik Heykal berjalan dengan lancar. Syukur sebab tikaman pada pesakit tak terlalu dalam dan tidak mengenai pada organ penting pesakit. Cuma, pesakit tak dibenarkan berjalan selagi luka tak sembuh. " terang doktor Khairul.

" Alhamdulillah. Terima kasih doktor."

" Sama-sama. Saya minta diri dulu. "



❤❤❤



" Puan Sri, saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak tahu yang benda ni akan terjadi. " ucap Aisha sambil menangis. Yelah, mummy Heykal datang mestilah dia takut.

" Macam mana keadaan Heykal sekarang? " tanya Puan Sri Qairina tanpa menghiraukan kata maaf dari Aisha.

" Keadaan Heykal tak terlalu teruk sebab tikaman tak dalam. Cuma, bila dia sedar nanti, dia tak dibenarkan berjalan dalam masa yang tertentu. " terang Firhad.

" Puan Sri, saya dari pihak adik saya nak minta maaf atas kejadian ini. Harap Puan sri dapat maafkan adik saya. " kata Firhad lagi. Tidak betah melihat adiknya itu menangis.

" It's okay. Benda dah nak jadi. Lagipun ni bukan salah sesiapa. Aisha jangan risau okay." kata Puan Sri Qairina sambil mengusap perlahan rambut Heykal yang masih tidak sedarkan diri itu.

" Te-terima kasih, Puan Sri." balas Aisha.

" Aisha panggil je aunty. Jangan panggil Puan Sri. " Puan Sri Qairina senyum untuk menghilangkan gusar di hati Aisha.

" Okay aunty. Kalau aunty nak balik, aunty cakap dekat Aisha. Aisha boleh tengok-tengokkan Heykal. "

" It's okay, Aisha. Aunty tak rasa nak balik lagi. Lagipun dekat rumah bukan ada sesiapa pun. Uncle outstation. Aunty rasa Aisha yang perlu balik dulu. Mandi, rehatkan diri dulu, okay. "

" Baik, aunty. Terima kasih sebab dah maafkan Aisha. " Aisha menyalam tangan Puan Sri Qairina sebelum pulang.

" Takpe. Dah, Aisha pergi balik dulu. Nanti datang balik. " Puan Sri Qairina mengusap perlahan rambut Aisha. Meskipun tidak bertudung, tetapi sifat sopan itu tetap ada.




❤❤❤




" Arghhh... Macam mana boleh kena Heykal pulak ni. Macam mana ni? Kalau diorang report polis macam mana? Aku tak nak masuk penjara. " dia menggigit jari telunjuknya sedikit.

" Tapi, diorang bukan ada bukti pun nak tangkap aku. Yeah... Betul, aku tak kan kena tangkap. Aku kena lari. Lari!! " dengan tangan yang terketar-ketar, dia mengambil telefon bimbitnya. Dia mendail nombor seseorang.

" He-hello. " sapanya.

" Hello baby... Why? Tiba-tiba je call ni. " tanya suara yang berada di talian.

" Sayang... You transferkan duit dalam akuan I sikit boleh tak? I ingat nak fly pergi balik sana lah... " ujar Maira.

Yes, MAIRA!!!

" Sure. I happy you nak balik sini. Nanti I transfer duit eh. You nak berapa? "

" Tak kisah. Ikut you lah. " dia tak kisah kerana dia tahu, Datuk Ismail yang berada di talian itu tidak akan pernah memberi duit yang sedikit kepadanya. Semuanya kerana servisnya yang tiptop.

" Okay. Can' t wait you to come here, baby. "

" Me too. Okaylah sayang, I ada something nak kena buat. Jumpa you dekat sana. "

" Okay. Bye baby boo. Love you. "

" Yeah... Love you too. " sambut Maira. Dia sedikit pun tidak mempunyai rasa geli untuk melangsungkan hubungan dengan orang yang sudah mempunyai cucu itu. Janji duit sentiasa masuk.


❤❤❤

DONE!!!

Misi Memikat Miss CEO ✔Where stories live. Discover now