Beautiful cover by _MeiLyMay_
Aisha menghentikan lariannya lalu duduk di bangku yang disediakan di taman rekreasi itu. Fuh!!! Penat. Akibat dah lama tak berjoging, inilah jadinya.
Dia memerhati tasik di hadapannya itu lama. Kemudian, matanya beralih pula ke arah salah satu pasangan yang sedang bergurau senda itu. Haih... Kalaulah dia dengan Heykal boleh sebahagia tu.
Aisha menoleh ke tasik kembali lalu menarik dalam nafasnya. Menghirup udara segar ini sepuasnya. Nak keluar joging pun bukan main susahnya. Pujuk cara itu, tak jalan. Cara ini, pun tak jalan juga. Akhir sekali, dia dibenarkan keluar berjoging dengan syarat, esok dia kena keluar dengan Ariz untuk cari baju kahwin.
Aduii... Malas betullah. Tak boleh ke kalau Ariz tu pergi sendiri. Menyusahkan. Dah la acah cool. Lepastu, macam ada muslihat tertentu je dia tu. Risau juga kalau Ariz tu sekadar nak mempergunakan dia.
Kalau betullah Ariz tu memang nak pergunakan dia, memang dia tak akan maafkan Ariz dan Firhad. Sebab apa kena arah Firhad sekali? Sebab Firhad yang beria-ria nak dia kahwin dengan si Ariz tu. Kenapalah abang berubah sampai macam tu. Ni mesti sebab ego.
Kononnya tak nak adik kesayangan dia ni kahwin dengan lelaki yang dah musnahkan masa depannya. Masalahnya, dia sendiri dah terima perkara tu, kenapa orang yang tak terlibat pulak yang kena sakit hati lebih-lebih.
Hishh... Macam nak kahwin lari je dengan Heykal. Tapi, tak mungkinlah. Heykal masih ada ibu dan ayah. Dan dia masih lagi ada nenek dan abang. Tak mungkin dia buat sesuatu yang akan merosakkan segalanya nanti. Kita kena berfikir dulu sebelum bertindak.
Setelah beberapa minit dia termenung, kedengaran satu suara menegurnya. Macam kenal. Perlahan-lahan dia memusingkan kepalanya ke belah kiri. Dan... Ommo!!!
" Hi, Aisha... Awak buat apa kat sini. " Ariz dengan selambanya melabuhkan duduk di sebelahnya. Suka hati dia je!
" Tengah berkelah ni. Tak nampak?! " Aisha membalas dengan sarkastik. Dah terang-terang dia ada dekat taman rekreasi, mestilah nak joging.
" Ouh... Hehe. Saja je tanya. " Ariz menggosokkan belakang lehernya. Malulah tu!!
" Tak suruh tanya pun. Yang awak sibuk-sibuk datang duduk sebelah saya ni kenapa. Kan banyak lagi kerusi dekat taman ni diorang sediakan. " marah Aisha. Dia baru saja nak lepaskan tekanan. Datang pulak mamat bajet cool ni.
" Saja... Takkan tak boleh nak duduk tepi bakal isteri sendiri. Kenalah jugak practice untuk duduk atas pelamin nanti. " Dia ketawa usai berkata.
Aisha mengetap kuat bibirnya. Geramnya dengan Ariz ni!!
" Excuse me. Apa kena mengena dengan pelamin pulak ni. And... Kita tak tahu lagi sama ada perkahwinan kita tu akan terjadi atau tak. "
" Kenapa awak cakap macam tu? Bukan awak dah bagi kata putus ke? Yang awak akan kahwin dengan saya? " tanya-nya bertalu-talu.
" Memang saya dah bagi kata putus. But... Who know, anything will be happen. Cuma kita je tak tahu apa yang akan terjadi dan bila akan terjadi. " Aisha berkata sambil tersenyum kepada Ariz. Lebih kepada tersenyum sinis sebenarnya.
" No matter what, you will be mine!! Kita tetap akan berkahwin. Note that! " Ariz berkata marah. Matanya mencerlung memandang Aisha.
" Yeah... We'll see. Bye... " Aisha bangun lalu meneruskan jogingnya. Malas layan orang macam Ariz tu.
Ariz pula sudah menggenggam kuat tangannya. Tak kira apa pun yang terjadi, dia dan Aisha tetap akan berkahwin. Dan, sesiapa yang cuba untuk rosakkan perkahwinan diorang, siaplah nanti.
❤❤❤
Aisha menyarung heels di kakinya perlahan-lahan. Sengaja nak melambatkan masa supaya lelaki tu bengang dengan dia. Kenapalah mesti keluar dengan dia ni!!
Dia berjalan perlahan ke arah kereta Ariz, lalu Ariz membukakan pintu di sebelah penumpang untuknya.
" Tak perlu nak bukakan pintu untuk saya. Saya masih ada tangan untuk buat semua tu sendiri. "
" It's okay. Walaupun awak ada tangan sendiri, saya sebagai bakal suami awak tetap akan bukakan pintu kereta dekat awak. " Ariz menarik senyum.
" Whatever!! "
Ariz senyum lagi lalu memasuki kereta.
Macam mana sekalipun, Aisha kena jatuh hati pada dia!" Awak dah lunch? " tanya Ariz.
" Dah. "
" Okay... Apa kata kita pergi minum-minum dulu sebelum pergi fitting baju. Nak tak? "
" Tak nak. Pergi je fitting baju terus. Saya malas nak keluar dengan awak lama-lama. " Aisha membuang pandang keluar tingkap.
" Awak memang tak boleh terima perkahwinan ni ke, Aisha? " setelah beberapa minit mendiamkan diri, Ariz memberanikan diri untuk bertanya kepada Aisha.
" Yes! Saya memang tak dapat terima perkahwinan ni. Sebab apa? Sebab saya dah ada seseorang yang istimewa di hati saya. So, saya tak perlukan orang lain termasuk awak. " lancar Aisha membalas pertanyaan Ariz. Tidak dihiraukan kemungkinan bahawa hati Ariz akan terluka.
" Jadi... Awak nak saya batalkan perkahwinan ni? " Ariz bertanya perlahan.
" Kalau boleh, memang itu yang saya nak. "
Tiba-tiba, Aisha mendengar suara lelaki itu mendengus.
" Jangan harap yang saya akan batalkan perkahwinan ni. Sebab awak milik saya, Aisha. Tak kira sama ada awak suka ataupun tak, awak tetap akan berkahwin dengan saya. " Aruz mengetap giginya kuat.
Aisha hanya terdiam mendengar kata-kata Ariz. Tak sangka yang lelaki itu boleh berbicara sebegitu kerana selama ini lelaki itu seorang yang jenis menjaga hati orang lain.
" Dah sampai. Jom turun. " Ariz melangkah keluar dari kereta dan pergi membukakan pintu kereta kepada Aisha.
Aisha memerhati butik pakaian pengantin yang berada di hadapannya itu. ' Faras Boutique '. Bukan calang-calang butik yang dipilih oleh nenekmya ini.
" Sorry sebab tertinggikan suara dekat awal tadi. I- I just lost my control. " Ariz meraup mukanya. Runsing jikalau Aisha semakin membenci dengan dirinya.
" It's okay. " Aisha membalas pendek lalu berjalan ke arah pekerja butik yang memanggilnya untuk mencuba baju pengantin itu.
Saya update cepat ii sebelum data habis. So, happy reading. 😘🌟
![](https://img.wattpad.com/cover/152738337-288-k359238.jpg)
YOU ARE READING
Misi Memikat Miss CEO ✔
RomansaFirst romance by rosebiru12. Cover by @rosebiru12 ⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga! "Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...