SPECIAL CHAPTER IV

5.3K 203 6
                                    

" Nek... Masak apa? " Dia menjenguk ke dalam periuk yang sedang berasap kecil di atas dapur gas.

" Asam pedas ikan pari. Kenapa? Baby nak makan benda lain ke? " Soal Hajar Sophia sambil tangan sibuk mencuci sayur kangkung untuk digoreng sebentar lagi.

" Hmm, terasa nak makan nasi ayam." Rengeknya perlahan.

" Tapi nenek dah masak asam pedas untuk tengahari ni. Kita buat nasi ayam malam ni eh? "

Walaupun tekaknya begitu teringin akan nasi ayam, dia hanya mengangguk dengan akur. Tak nak lah susahkan nenek masak sampai dua kali.

" Takpe lah nek. Biar Kal yang pergi beli nasi ayam tu. Aisha nampak teringin sangat dekat nasi ayam. " Ujar Heykal yang baru memasuki dapur.

" Tak payah! Biar nenek je yang buatkan malam ni. Abang pergi lah keluar. Semalam kan kan tak dapat keluar sekali. " Ujar Aisha sambil memerli dalam diam.

" Sayang... Kan abang dah jelaskan semalam. " Dia mengeluh. Keras betul hati isterinya.

" Sudah-sudah. Heykal pergi belikan ayam, biar nenek yang buatkan nasi ayam untuk Aisha malam ni. " Arah Hajar Sophia kepada Heykal dengan tegas. Tiada hati untuk berlembut dengan lelaki yang telah melukakan hati cucunya.

" Yelah... " Dia akur. Dipandang Aisha yang sedang termenung itu. Hendak menegur lagi, tapi biarlah dulu.

Seekor ayam yang besaiz sederhana diambil lalu diserahkan kepada pekerja supermarket itu untuk ditimbang berat dan harganya. Dia memerhati sekeliling kawasan barang basah itu untuk mencari kelibat Aisha. Entah kenapa tadi di rumah, Aisha tiba-tiba sahaja hendak mengikutnya ke supermarket.

" Mana sayang pergi ni? " Dia berkata perlahan sambil huluran plastik berisi ayam yang sudah dipotong di sambut perlahan.

Heykal berjalan ke arah makanan segera pula. Dia mengeluh lega apabila kelihatan Aisha sedang memilih beberapa paket mi segera.

" Beli maggie lagi? " Dipandang dua paket besar maggie pedas giler berperisa ayam Bakar dan tomyam di tangan Aisha. Digeleng perlahan kepalanya.

" Ambil satu pun dah cukup. Maggie ni tak elok untuk kesihatan sayang. Demam sayang kan tak berapa elok lagi. " Nasihat Heykal dengan lembut.

" Biarlah. Saya craving nak makan makanan pedas. Abang jangan nak halang Aisha. " Dijeling Heykal dan terus berlalu meninggalkan Heykal bersendirian di bahagian instant food itu.

" Eh, sayang. Tunggulah abang! " Baru sahaja dia hendak membuka langkah untuk membuntuti Aisha, dia ditegur dengan satu suara yang cukup dikenalinya.

" Auni? Apa you buat dekat sini? "

Auni tersenyum. Dia berjalan dan berdiri berhadapan dengan Heykal.

" Kenapa kelmarin I call you tak jawab? You ada masalah ke? " Tanya Auni lembut. Matanya tertunak memandang lembut wajah Heykal.

Heykal menggaru-garu lehernya. Janganlah Aisha patah balik ke sini. Kalau tak, habislah dia.

" Tak. I tak ada masalah. I cuma... luangkan masa dengan isteri I semalam. Dia kurang sihat sikit. "

" Ouh... Wife you pregnant ke? "

" I don't think so. Ada apa-apa lagi je ni? I dah nak balik. "

" Boleh kita keluar lagi petang ni? " Auni mencuba lagi walaupun Heykal kelihatan tidak berminat untuk berborak lama dengannya.

" Sorry Auni. But, I anggap you tak lebih dari seorang kawan. I mintak maaf kalau layanan I dekat you selama ni telah membuatkan you taruh harapan dekat I. "

Wajah Auni berubah keruh.

" Tapi I sayangkan you. " Ujarnya lirih.

" I cintakan isteri I. I sayangkan rumah tangga kami. I mantak maaf, I tak boleh jumpa you lagi lepas. I harap you faham yang I dah ada isteri. " Ujar Heykal dengan serba salah. Salahnya juga kerana telah memberi harapan kepada Auni.

" Kalau itu yang you nak, I tak akan kacau you lagi. But, kalau lagi sekali you datang cari I, that time I tak akan lepaskan you lagi. Okaylah, I pergi dulu. " Dan dia terus berlalu pergi.

Heykal menelan liurnya kesat. Matanya terhala pada satu lorong dan dia terpaku tatkala ada Aisha yang sedang berdiri tegak memandangnya dengan tajam sebelum berlalu pergi.

" Sayang... marah abang lagi? " Tanya Heykal teragak-agak apabila muka Aisha masih lagi ketat seperti di dalam supermarket tadi.

Aisha hanya diam tidak membalas. Dia memusiangkan dirinya menghadap tingkap.

" Sayang... I'm asking you. " Digenggam tangan Aisha yang berada di atas peha.

" Yes! Aisha marah abang! Abang keluar dengan perempuan tu siang malam, and then abang cakap macam tu dekat dia. Aisha perempuan, Aisha faham apa yang dia rasa bila abang cakap macam tu dekat dia. " Hambur Aisha tidak puas hati.

" Habis tu? Sayang nak abang buat apa? Abang tak cintakan dia, abang hanya cintakan sayang seorang saja."

" Kalau abang tak cintakan dia, perlu ke abang keluar dengan dia siang dan malam seolah-olah abang beri harapan dekat dia. "

" Okay fine! Abang dah mintak maaf dekat dia soal tu. Abang dah bagitahu dia yang abang tak akan keluar dengan dia lagi. And dia faham yang abang dah beristeri. " Jelas Heykal lagi.

" I won't forgive you kalau abang buat balik perangai lama abang. Kalau abang buat perangai suka mainkan perasaan perempuan lagi, abang tak akan jumpa Aisha lagi. Sampai bila-bila. " Ugut Aisha.

" Okay. I promise. Abang tak akan buat lagi. Abang hanya akan keluar dengan sayang je lepas ni. Abang janji tak akan keluar dengan perempuan lain lagi kecuali isteri abang yang tercinta ni. Abang minta maaf sangat-sangat sebab dah sakitkan hati sayang. "

" Hurm... "

" Sayang dah maafkan abang? Dah tak marahkan abang? "

" Kenapa? Abang nak ke kalau Aisha tak maafkan abang? "

" Eh mana ada! " Balas Heykal laju.

" Then, just shut up. Bawak kereta tu elok-elok. Nanti terbabas pulak. "

" Thank you sebab dah maafkan abang. Abang janji tak akan buat sayang marah lagi. " Janji Heykal bersungguh-sungguh.

" Hmm... " Aisha memalingkan wajah menghadap tingkap, dan perlahan-lahan bibirnya menarik senyuman kecil.






Sebenarnya nk update semalam, tp celcom buat hal pulak. Line tak nk naik. So, Aisha dh pelan ii nk maafkan Heykal. Tk nak lah buat diorang gaduh lama ii, nnti jd book 2 pulak😝

60 vote for the last special chapter. Can you? 😏

Misi Memikat Miss CEO ✔Where stories live. Discover now