"Nahh...kunci" Firhad memberikan segugus kunci kepada Aisha.
"Kunci apa ni? "pandangan hairan diberikan kepada abangnya yang sedang menghulurkan kunci kepadanya.
" Baby... Baby tahu kan yang company jauh sikit daripada rumah kita. So, abang dah sediakan penthouse yang dekat dengan company. So, baby tak payah ulang-alik jauh-jauh. " rumah agam mereka memang agak jauh daripada company Aisha yang berdekatan dengan KLCC, jadi dia membeli sebuah penthouse untuk Aisha yang berdekatan dengan KLCC juga.
" Serius? Wah.. Abang tak cakap pun. " Aisha dah teruja. Tak sangka yang Firhad belikan dia penthouse.
"Eh.. Bukan tengah cakap ke ni? " Firhad gelak dihujung katanya. Suka tengok muka Aisha yang tengah teruja.
"Alaa.. Tapi nanti baby jauh dengan abang dan nenek. Nanti baby rindu la. " mimik muka Aisha yang gembira dan teruja tadi bertukar muram.
"Don't worry. Bila-bila pun Aisha boleh balik rumah kita, okey? Hujung minggu ke? "
"Yelah.. By the way, thank you abang for this penthouse. Mesti cantik kan? " Aisha berkata teruja. Dia sudah dapat membayangkan kecantikan penthouse-nya. Seperti yang diidam-idamkan.
"Of course. Abang sendiri tau yang design untuk baby. " Firhad sudah tersenyum bangga. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk adiknya itu. Termasuk tolong design-kan penthouse untuk Aisha, walaupun benda tu luar daripada bidang kerja dia.
"Hehehe. Tau dah yang abang baby ni berbakat. Tak sabar nak tengok. " dia terus memeluk abangnya. Matanya mengerling ke arah seat depan dan melihat neneknya sedang tidur. Patutlah senyap je. Penatlah tu.
❤❤❤
Aisha membuka pintu penthouse barunya dengan perlahan. Apabila pintu sederhana besar itu terbuka sepenuhnya, mulutnya terlopong. Yes.. Cantik sangat.
Ruang tamu yang berwarna merah digabungkan dengan warna grey. Aauuu... My favorite colour!! Dengan 1 set sofa mewah terletak di hadapan TV yang berukuran 60 inci. Diruang sebelah pula, terdapat satu set meja makan dan terdapat chandelier Yang kedudukannya betul-betul di atas meja makan.
Ruangan dapur yang mempunyai kombinasi berwarna ungu lembut dan kelabu. Disebelah kiri adalah dapur kering manakala di sebelah kanan dapur basah.
Aisha berjalan mengikuti langkah Firhad menaiki ruangan atas yang mempunyai master room, bilik gym, mini library dan beberapa buah bilik lagi. Ruang rehat di tingkat atas kelihatan lebih privasi kerana suasana yang suram dan malap. Dan, disebelah kiri pula terdapat balkoni yang luas menghadap bangun klcc. What a nice view...
Aisha memasuki master room yang bakal didudukinya. Navy blue and black.. I like it!! Dia berjalan masuk ke dalam walk in closet dan wouu!! Dia terpaku.. Banyak giler baju. Dress, baju kurung, formal blouse semua ada. Aisha membuka pintu gelongsor dan berjalan kearah kolam renang. Unik sangat sebab selalunya kolam renang orang buat dekat bawah, tapi ni.. Betul-betul luar bilik Aisha. Dia rasa macam tengah mimpi.
" Thank you, abang.. I really appreciate it. I love you..." ujarnya sambil memeluk Firhad yang sentiasa mengekorinya dari tadi.
" Hahaha. I know that you will like it. Untuk Aisha, semua abang akan buat."
❤❤❤
Nat tak pandai nak describe macam mana penthouse Aisha. Hehehe, sorry. 😢😙
Next chap?? Kalau bleh nk 10 vote dkat chap ni. Amacam? 😉
YOU ARE READING
Misi Memikat Miss CEO ✔
Storie d'amoreFirst romance by rosebiru12. Cover by @rosebiru12 ⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga! "Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...