First romance by rosebiru12.
Cover by @rosebiru12
⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga!
"Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...
MEREKA berdua berjalan menuju ke arah butik mewah di Pavilion itu. Pada mulanya Aisha tidak berasa selesa apabila Heykal memegang tangannya.
Walaupun dia tidak memakai tudung, dia tetap tahu batas agama yang telah diajarkan oleh neneknya. Tambahan pula, dirinya hanya pernah dipegang oleh abangnya sahaja. Tetapi, lama kelamaan,dirinya berasa selesa apabila tangannya berada di dalam genggaman hangat Heykal. Dia berasa selamat ketika tangannya berada di dalam genggaman tangan Heykal. Ya, dirinya sudah jatuh cinta dengan Heykal.
Mereka masuk kedalam butik mewah itu dan Heykal memintanya menunggu sebentar diruang menunggu. Dia pergi mana entah. Aisha ada nampak dia memanggil seorang pekerja perempuan di situ, tapi untuk apa pun entah.
Heykal berjalan kembali ke arahnya bersama beberapa dress yang menjolok mata. Sexy!!
"Nah.. Awak ambil dress ni, and then awak pergi try dress ni dekat fittingroom. Saya nak tengok awak pakai baju ni." jari telunjuknya menghala kearah fitting room yang bertentangan dengan ruang menunggu itu.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Tapi awak, saya mana pernah pakai baju macam ni. Singkat sangat la. Dress paling singkat yang saya pernah pakai pun paras lutut je, tapi dress ni paras paha. Lengan baju pun takde. Saya tak selesa. "mimik mukanya jelas menunjukkan riak yang tidak selesa. Apa motif Heykal menyuruhnya mencuba baju seperti itu?
"Please Aisha.. Saya nak sangat tengok awak pakai dress tu. Awak tak sayang saya ke? " ujarnya dengan mata yang sengaja dikerdipkan. Menunjukkan riak simpatinya kepada Aisha kerana dia tahu riak mukanya ini dapat mencairkan Aisha.
"Yelah yelah, saya cuba. " Aisha akhirnya mengalah dan terus berjalan menuju ke fitting room yang ditunjuk Heykal tadi. Heykal hanya tersenyum sinis. Kan dia dah cakap.
Sedang aisha menukar baju yang dipakainya kepada dress tersebut, fikirannya kembali mengingati adegan yang berlaku di restoren tadi. Adegan di mana dirinya dilamar untuk menjadi kekasih Heykal. Dan, dia telah menerimanya. Goshh.. Perempuan mana yang tak nak dekat Heykal tu, memang gila.
- FLASHBACK -
Sedang mereka bergelak ketawa, Haikal bangun dari duduknya lalu melutut di depan Aisha. Aisha yang terkejut dengan tingkah Heykal hanya memandang Heykal dengan mata terbuntang.
"Aisha.. Saya tahu ni bukan kali pertama saya keluar dengan perempuan, and awak pun tahu pasal tu.Tapi kali ni, jujur saya nak cakap yang saya memang dah jatuh cinta dengan awak, Aisha.Awak tak sama dengan perempuan yang selalu keluar dengan saya.You are very different.Dan disebabkan awak lain daripada yang lain la,saya jatuh cinta dengan awak" Heykal berjeda seketika manakala Aisha sudah terkelu. Dia tak tahu nak cakap apa dah. Baginya, perkara ini terlalu cepat.
" Saya harap awak terima lamaran saya, Aisha. Saya tak pernah serius macam ni dengan perempuan lain. Dengan awak je." ujarnya separuh merayu.
Aisha yang tadi terkelu terus mengukirkan senyuman lalu mengangguk tanda menerima. Apa salahnya kan. Heykal cintakannya dan dirinya juga cintakan Heykal.
- END FLASHBACK -
Tok!! Tok!! Tok!!
"Aisha, lambat lagi ke. " Aisha tersedar daripada lamunannya apabila mendengar ketukan di pintu fitting room itu. Dia keluar apabila sudah siap mengenakan dress tersebut di tubuhnya. Gugup la pulak.
Heykal yang melihat sudah terlopong kerana melihat Aisha yang baginya sangat - sangat cantik apabila mengenakan dress tersebut. Aisha hanya menarik - narik hujung dress tersebut supaya turun kebawah sedikit. Tetapi usahanya sia - sia kerana Heykal memegang kedua belah tangannya.
"You are so beautiful, sayang. I'm speechless. " Ujar Heykal dengan suara yang menggoda. Heykal menarik tubuh Aisha memasuki kedalam fitting room dan menguncinya. Mereka berdiri dihadapan cermin sambil tangan heykal perlahan lahan bergerak untuk memeluk pinggang Aisha dari belakang. Dirinya sangat tergoda dengan tubuh Aisha yang dibaluti dress berwarna navy blue separas paha itu. Dicium haruman yang terhasil dari rambut Aisha yang berwarna coklat kemerah - merahan itu. Wangi..
"Erk.. Awak buat apa ni, Heykal. "Aisha sudah menggelabah apabila sebelah tangan Heykal memeluk pinggangnya manakala sebelah lagi tangannya lagi mengusap perlahan pipinya.
"Just rileks, sayang. Saya tak buat apa - apa pon. Saya just peluk pinggang awak je. "tangannya leka mengusap - ngusap pinggang Aisha. Matanya pula memerhati mata Aisha dari biasan cermin dihadapan. 'Huh, mata pon warna coklat biasa je. Sama dengan perempuan - perempuan yang lain. Dia ni memang takde keistimewaan langsung. Nasib body dia lawa,sexy. 'Aisha semakin hanyut dan leka dengan usapan tangan Heykal.
"Dahlaa. Jom kita keluar and bayar semua dress ni. " seraya itu bibirnya mencium sekilas pipi gebu Aisha.
Aisha terkelu dan hanya menuruti langkah Heykal bagai lembu dicucuk hidung. Dirinya masih terkejut dengan tindakan Heykal terhadap dirinya. Mereka keluar dari butik tersebut dan menuju kearah butik lain pula. Semalaman itu, mereka meluangkan masa bersama - sama dan perkara itu membuatkan diri mereka semakin akrab dan mesra. Tidak memikirkan dosa mahupun pahala, mereka bersentuhan ibarat pasangan yang telah halal. Namun, hakikatnya tidak.