CHAPTER 47

4.7K 155 2
                                    

Aisha berjalan perlahan menuruni tangga untuk ke ruang tamu. Sudah seminggu dia berkurung di dalam bilik. Mogok dengan abang dan nenek!

Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa berhadapan dengan Firhad dan Hajar Sophia.

" Ada apa suruh Aisha turun? " tanya-nya tidak mesra.

" Hm... Kitorang nak bagitahu Aisha benda penting. " jelas Firhad kepada Aisha.

" Apa yang penting sangat tu? Tentang nenek dengan abang tak restukan hubungan Aisha dan Heykal? Tentang tu ke? Kalau tentang tu, Aisha tak nak dengar. " usai berkata, Aisha berura-ura untuk bangun dan melangkah masuk ke biliknya. Tapi, di tahan dengan suara neneknya yang kedengaran.

" Aisha duduk balik!! Sejak bila jadi kurang ajar ni? Dengar dulu apa yang abang dan nenek nak cakap. "

"Fine!! Now, tell me what it is? "

Hajar Sophia dan Firhad berpandangan sesama mereka lalu kedengaran keluhan berat dari mulut Firhad.

" Abang dengan nenek nak Aisha kahwin. Bukan dengan Heykal tapi dengan pilihan kami. " jawab Firhad tenang. Hajar Sophia pula hanya menarik senyum sambil memandang Aisha.

" What!!! Tak nak! Aisha tak nak. Aisha hanya akan kahwin dengan Heykal je. Full stop!! " ujar Aisha marah. Kenapa diorang buat dia macam ni? Tak cukup lagi ke bila diorang tak izinkan dia berjumpa dengan Heykal.

" AISHA RAIHANA!!! Nenek tak pernah ajar Aisha tinggikan suara dekat abang. " Hajar Sophia bersuara lantang. Mukanya yang tadi tenang kini bertukar merah menahan marah.

" Memang! Memang nenek tak pernah ajar Aisha tunggikan suara dekat abang. Tapi, lepas apa yang nenek dan abang buat dekat Aisha, nenek ingat Aisha nak berdiam diri je ke? Aisha bukan patung yang boleh diarahkan sesuka hati oleh abang dan nenek!! " dia bersuara marah. Tak sangka yang darah dagingnya sendiri sanggup melakukannya sebegini.

Kelihatan Hajar Sophia mengurut perlahan pelipisnya. Mungkin runsing dengan perangai Aisha yang makin menjadi-jadi sekarang ni.

" Aisha tetap akan kahwin dengan lelaki pilihan kami. Dia yang terbaik untuk Aisha. Dan, abang ada letakkan telefon dan sim card baru dekat atas meja bilik Aisha. Telefon lama Aisha abang dah buang. Aisha boleh guna telefon dan nombor baru yang abang beli tu. Jangan sesekali Aisha berhubung dengan Heykal. " Firhad berkata serius. Dikerling neneknya yang dari tadi mengurut pelipisnya.

" Dah, nenek. Jom, Fir bawak nenek naik atas dan berehat. Jangan fikir tentang semua ni lagi, okay? " Firhad memapah Hajar Sophia perlahan lalu meninggalkan Aisha sendirian di ruang tamu itu.

Air matanya kembali menitis. Kenapa?! Kenapa semua ni jadi dekat dia? Kenapa abang dengan nenek tak faham dia?! Arghhhhh... Dia benci semua orang!!


❤❤❤


Firhad mengeluh tatkala mengingatkan perkara yang terjadi di ruang tamu tadi. Perkara di mana, Aisha dipaksa untuk menerima jodoh yang telah ditetapkan oleh nenek.

Masih dia ingat lagi bagaimana riak wajah Aisha bila dikhabarkan bahawa dia bakal berkahwin. Firhad mengeluh lagi. Cuma, keluhannya kali ini lebih kuat daripada tadi. Huh!! Ni semuanya Heykal punya pasal. Kalau tak sebab dia, nenek takkan paksa-paksa Aisha.

Dia tak sanggup tengok muka muram dan sedih Aisha. Tapi, dia terpaksa buat semua ni untuk kebahagiaan diri Aisha sendiri. Takkan lah dia nak benarkan adiknya berkahwin dengan Heykal, lelaki yang pernah merogol Aisha.

Semua tu tak masuk akal. Entah ubat apa yang Heykal bagi dekat Aisha sampai Aisha dah tak nak dengar cakap dia dengan nenek. Nampaknya, malam ni mesti akan terjadi pergaduhan lagi. Huh!


❤❤❤


" Bik, pergi panggil Aisha. Suruh dia turun makan." arah Firhad senada.

" Baik, tuan. " jawab salah seorang bibik indonesia itu.

Seketika kemudian, kelihatan Aisha berjalan ke arah meja makan dengan muka yang masam.

" Duduk Aisha. Jangan buat muka macam tu depan rezeki. Tak baik. " kata Hajar Sophia perlahan.

Aisha hanya menurut tanpa berkata apa-apa.

" Malam esok, Ariz akan datang dinner dekat sini. Abang nak Aisha pakai baju yang sopan dan cantik. Jangan nak buat perangai pulak. "

" Ariz? Siapa abang? " Aisha mengerutkan dahinya apabila mendengar nama asing yang disebut oleh abangnya itu.

" Ariz, your future husband. " jawab Firhad bersahaja. Dengan Aisha ni, dia bukan boleh melayan sangat. Nanti makin naik lemak.

" What?! Bila Aisha cakap yang Aisha setuju nak kahwin dengan lelaki tu. Aisha dah cakap dekat abang dengan nenek kan, yang Aisha hanya akan berkahwin dengan Heykal je!! " ujar Aisha dengan tertahan-tahan nadanya. Walaupun dia sedang marah, dia masih lagi menghormati abang dan neneknya.

" No excuse, Aisha. Dah banyak kali abang cakap, Aisha takkan kahwn dengan orang yang dah rogol Aisha. Orang yang dah rosakkan masa depan Aisha! " suara Firhad makin meninggi. Geram dengan sifat keras kepala Aisha.

" Lepastu, abang nak bila Aisha kahwin dengan Ariz tu, dia tak dapat terima Aisha sebab Aisha dah tak suci? Abang nak ke macam tu?! " Aisha melirik sedikit ke arah neneknya yang berdiam diri dari tadi. Hanya mendengar sahaja pertelingkahan dia dan Firhad.

" Dia akan faham keadaan Aisha. Abang akan bagitahu dia dengan elok nanti. Aisha jangan berani-berani nak keruhkan keadaan. I warn you! "

" Nenek!! Nenek tengoklah abang tu. Aisha tak nak kahwin dengan dia lah. Aisha tak kenal dengan Ariz tu. " rayunya kepada Hajar Sophia.

" Aisha... Nanti lepas kahwin boleh kenal-kenal kan? Bercinta selepas kahwin lebih baik dari bercinta sebelum kahwin. Nenek tak nak paksa Aisha dengan kekerasan. Tapi, nenek harap sangat yang Aisha tak kan hampakan nenek. " kata Hajar Sophia dengan lembut.

Aisha yang mendengar kata-kata neneknya itu terus terdiam. Kenapa semua orang tak faham dia?!














Please vote and share. 😉😊

Misi Memikat Miss CEO ✔Where stories live. Discover now