" Seronok honeymoon? " Soal Puan Sri Qairina kepada Heykal dan Aisha yang baru sampai daripada airport.
" Best!!! Dekat sana pemandangan dia cantik sangat. " Cerita Aisha dengan teruja.
" Iya? Mummy nak kena ajak daddy pergi sana jugak lah kalau macam tu." Seloroh Puan Sri Qairina.
" Ouh ya, Aisha ada belikan mummy and daddy hadiah tau. " Dua beg kertas diberikan kepada Puan Sri Qairina. Sebenarnya satu lagi untuk Tan Sri Haris Hisyam, tapi Tan Sri Haris tiada di rumah ketika itu.
" Cantiknya... Mummy suka! Pandai Aisha pilih." Tutur Puan Sri Qairina dengan gembira sambil membelek-belek satu set aksesori keluaran terbaru di New Zealand.
" Abang yang tolong pilih sama Mummy. " Beritahu Aisha sambil mengerling ke arah Heykal yang hanya diam memerhati telatah mereka berdua.
" Pandai Kal pilih. Tahu-tahu je taste mummy macam mana. "
" Mummy, see the hand laa! " Ujar Heykal dengan bangga.
Puan Sri Qairina membuat muka yang kononnya menyampah. Tidak dihiraukan Aisha dan Heykal di hadapannya, dia hanya selamba mencuba rantai di lehernya.
" Mummy, kitorang naik dulu lah. Penat. Lagipun, mummy nampak sibuk je. " Heykal sudah menarik tangan Aisha untuk berdiri.
" Okay. Pergilah rehat. I want to try this first. " Dia menunjukkan anting-anting pula kepada Aisha dan Heykal.
Heykal hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah mummynya itu. Ditarik tangan Aisha menaiki tangga untuk ke bilik mereka. Dia tahu, Aisha masih lagi kekok dengan keadaan rumah itu memandangkan mereka baru sahaja berkahwin.
❤
" Sayang penat? " Tanya Heykal apabila melihat muka Aisha yang begitu lesu.
" Sangat! " Getus Aisha dan terus membaringkan dirinya ke atas katil.
" Kesian dia... Penat, tapi tak boleh tidur lagi. Kena mandi dulu, nanti badan sayang gatal-gatal. "
" Kejap je. Aisha nak tidur kejap je. 5 minit. " Lima jarinya di tunjukkan di hadapan muka Heykal.
" No, sayang... Tak boleh! Wake up. Ke nak abang mandikan ni? " Heykal mengangkat keningnya gatal.
" Boleh? Aisha penat sangat sampai nak mandi sendiri pun tak larat. "
" Okay. Abang mandikan sayang. Jangan menyesal! " Dan Heykal terus mencempung Aisha ke bilik air.
❤
2 bulan kemudian.
Kening Aisha bertaut tatkala panggilan telefonnya tidak diangkat oleh Heykal. Busy sangat ke? Dia tersenyum lebar di saat satu idea datang menjengah kepalanya. Memandangkan Heykal sibuk, apa salahnya dia bawakan Heykal lunch kan?
Dia turun ke bawah dan di lihatnya Puan Sri Qairina sedang membantu bik Ana memasak.
" Hai mummy, bik Ana. " Sapa Aisha mesra. Tools ditarik dan melabuhkan duduk diatasnya.
" Hai... Kenapa datang dapur ni, Aisha? Nak apa-apa ke? " Soal Puan Sri Qairina.
" Tak nak apa-apa pun. Aisha cuma nak masak lunch untuk Heykal. " Ujarnya memberitahu niat sebenarnya datang ke dapur.
" Heykal nak balik lunch ke? " Dahi Puan Sri Qairini berkerut. Jaranglah anak lelakinya itu pulang makan tengahari di rumah.
" Eh tak lah! Aisha yang nak bawak lunch tu pergi office abang. Boleh kan mummy? "
" Apa pulak tak boleh. Baguslah kalau macam tu, boleh eratkan lagi hubungan antara suami isteri. Kamu nak masak apa? "
" Urm... Aisha rasa nak masak ikan sweet sour lah. Ikan ada tak mummy?"
" Ada. Pergi tengok dalam fridge. Aisha pilih je nak ikan apa. Bik Ana baru je restock kelmarin."
" Okay. "
❤
" Aisha? Buat apa datang sini ni? " Tanya Tan Sri Haris kepada Aisha apabila mereka berdua terserempak di lobi utama syarikat.
Aisha tersengih. Beg ditangan diangkat untuk ditunjukkan kepada bapa mertuanya.
" Nak bawak lunch dekat Heykal. "
Tan Sri Haris mengangguk faham.
" Pergilah naik. Heykal ada dalam office dia. Daddy dah nak balik. Daddy datang tengok company sekejap je. Daddy pergi dulu. "
" Okay, daddy. Hati-hati. " Dia menyoroti langkah kaki bapa mertuanya itu. Tanpa berlengah, butang lift ditekan dan dia terus masuk ke dalamnya.
❤
" Maaf, Puan Aisha. Encik Heykal ada tetamu dekat dalam dan dia tak nak diganggu. " Ujar PA Heykal, Kak Farina.
" Kalau macam tu, akak tolong bagi ni dekat dia boleh? " Aisha menunjukkan beg yang terisi mangkuk tingkat di dalamnya.
" Eh, kenapa? Puan Aisha tak nak tunggu ke? Akak rasa tetamu Encik Heykal datang sekejap je tu. "
" Kalau macam tu, saya tunggu lah. "
" Okay. Puan boleh duduk dekat sofa tu dulu "
Dia melangkah ke arah sofa yang ditunjukkan oleh Kak Farina. Nasib baik sofa itu agak tersorok, kalau tak mesti orang pelik tengok dia datang sini. Telefon dikeluarkan lalu melihat isi-isi di dalamnya.
Fokusnya bermain dengan telefon terganggu tatkala bunyi suara manusia sedang bergelak ketawa. Aisha menoleh dan dia terkedu tatkala melihat Heykal yang sedang bergelak ketawa bersama seorang perempuan yang tidak kurang cantiknya.
" Encik Heykal, ada–" Percakapan Kak Farina terhenti apabila Heykal menyampuk.
" Kak Farina, saya nak keluar lunch dengan cik Auni. Kalau siapa-siapa nak jumpa bagitahu yang saya sibuk hari ni. "
Aisha hanya diam memerhati. Seronok sangat bergelak ketawa sampai isteri tengah duduk dekat sofa tepi bilik dia pun tak perasan. Sibuk buat apa? Dating?
Dan mereka berdua terus berlalu dari situ. Aisha bangun dari duduknya dengan wajah kecewa. Dihampiri meja Kak Farina.
" Nah, akak ambil lah bekal yang Aisha bawa ni. " Disua beg itu kepada Farina.
" Tapi bukan ke Puan nak lunch dengan Encik Heykal? "
" Boss akak keluar lunch kan tadi? Perempuan tu siapa eh? Saya dengar Heykal sebut nama dia Auni. "
" Err... Itu salah seorang klien company. Sepatutnya hari ni dia tak ada apa-apa appoinment pun dengan Encik Heykal. Tapi itulah, tiba-tiba je pagi tadi dia muncul." Terang Farina tanpa sempat Aisha bertanya.
" Ouh... Boss akak ada appoinment ke lepas lunch nanti? " Soalnya lagi.
" Sepatutnya tak ada. Encik Heykal free je lepas lunch, tapi entah kenapa lah dia cakap yang lepas lunch dia busy. Kenapa Puan? " Soal Farina tidak mengerti.
" Tak ada apalah. Akak makan eh bekal tu. Ada nasi dan ikan sweet sour. Saya balik dulu lah kalau macam tu. "
" Okay. Hati-hati Puan. " Farina senyum. Dia langsung tidak perasankan riak wajah Aisha yang sudah bertukar keruh.
Bersambung...
Sementara nk tunggu update special chapter ii, reader semua boleh lah pergi baca story kedua saya. Tajuknya Pemilik Hati Mr. Handsome, ouh ya, story tu dh complete tau! 😉
YOU ARE READING
Misi Memikat Miss CEO ✔
RomanceFirst romance by rosebiru12. Cover by @rosebiru12 ⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga! "Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...