BAB 1

12.8K 158 3
                                    



✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔟𝔞𝔯𝔩𝔞𝔥 𝔇𝔲𝔥𝔞𝔦 ℌ𝔞𝔱𝔦
✧══════•❁❀❁•══════✧







Lampu picit di halakan ke depan sambil kaki melangkah pantas mengejar bayang hitam yang laju masuk ke dalam kebun orang.

"Hoi pencuri! Jangan lari! " Suara rakannya berteriak cuba menghentikan pencuri yang baru saja merompak salah sebuah rumah milik orang kampung disitu.

"Tu dia! Kejar-kejar!! " Arah seseorang. Serentak lampu picit mereka di halakan ke satu tempat.

"Jangan nak buat kerja gila! " Rakan yang lain bersuara menahan lelaki yang memakai topeng yang berdiri tidak jauh dari mereka. Mereka risau andai pencuri itu nekad terjun ke dalam sungai semata-mata tidak mahu tertangkap.

Belum sempat mereka bertindak, pencuri itu sudah menghumban dirinya ke dalam sungai. Aidan yang melihatnya turut terjun ke dalam sungai menyelamatkan pencuri itu yang sudah terkapai-kapai. Lampu picitnya sudah hilang entah ke mana. Berbekalkan cahaya bulan dan suara pencuri itu yang meminta tolong, dia berenang menghampiri pencuri itu.

Leher si pencuri di peluk erat sebelah tangan sebelum dia berenang ke tebing. Pokok kecil yang ada di tebing sungai itu di jadikan tempatnya berpaut.

"Hoi!! Dekat sini!! " Teriaknya beberapa kali. Bergegas rakannya yang lain menghampirinya. Pencuri itu di tarik ke atas di ikutinya.

Naik saja ke atas darat, Aidan dan pencuri itu menerima ketukan maha kuat dari Tok Ketua kerana nekad terjun ke dalam sungai.

"Sakitlah Tok.... " Adu Aidan sambil mengusap kepalanya yang di ketuk Tok Ketua menggunakan tongkat kayu. Sakit! Tu kayu ke besi tu?

"Tahu sakit... yang pergi terjun tu dah kenapa?! " Marah Tok Ketua. Aidan terdiam bila di marah.

"Dah, kamu Aidan pergi balik rumah. Dah lewat malam ni, nanti kamu sakit pula. Malam ni kamu tak payah datang. Biar kawan kamu ni yang bertugas. Yang lain pergi temankan Pak Abu hantar pencuri ni ke balai. " Arah Tok Ketua penuh tegas. Mereka akur dengan arahan Tok Ketua. Aidan pantas berlalu ke rumah Tok Ketua di mana dia meninggalkan motor ex5 miliknya.

Kunci di cabut selepas motor di parkir di bawah rumah. Perlahan dia naik mendaki tangga. Kunci pintu rumah di masukkan ke dalam lubang tombol pintu dan di pusing. Pintu di tolak perlahan dan memboloskan diri ke dalam.

"Baru balik? " Tegur satu suara di dalam gelap. Aidan menggigit bibirnya perlahan. Ingatkan semua penghuni dalam rumah tu dah tidur, rupanya masih ada yang belum tidur.

"Ayah.... " Tegurnya perlahan. Sesekali tangannya naik memeluk tubuh yang terasa sejuk. Di raba poketnya yang kosong sebelum memandang ayahnya. Dia kena cepat sebelum dia terlambat.

"Masuk dulu yah. " Ujarnya pantas sebelum laju melangkah masuk ke dalam biliknya yang terletak di bahagian dekat dengan dapur. Laci di tepi katil di tarik laju. Inhaler di capai sebelum di halakan ke mulut dan di sedut beberapa kali.

Encik Ismail menggeleng perlahan bila melihat anaknya masih memerlukan alat itu. Lama dia memerhatikan belakang tubuh anaknya itu.

Dia hairan, hampir setiap malam anak bongsunya itu keluar malam. Paginya tidur, bila malam keluar merayau. Telinganya dah naik pekak bila ada orang kampung sering mengadu padanya perihal anak bongsunya itu. Aidan sangat berbeza dengan dua lagi anaknya.

Dua anaknya lagi suka pekerjaan yang besar tapi Aidan hanya mahu duduk di rumah dan merayau. Sudah penat mulutnya mahu menegur namun Aidan tetap sama. Degil hinggakan membuatkan hubungan mereka sekeluarga dengan Aidan renggang.

Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now