Bab 1

19.2K 662 17
                                    

Done!

Soft smoke eyeliner - check!
Soft dark makeup - check!
Red lips - check!

Waterfall braid - perfect!
White shirt and ripped jeans - perfect!
Perfect perfect and perfect!

Oh dan tak lupa charm ring pemberian mama!

Aku pantas mengambil telefon dan beg kepit dari atas meja sebelum berlari anak turun ke tingkat bawah. Rambut aku seka ke belakang melihat papa yang terpinga melihat aku. Surat khabar di tangannya dilipat lalu diletak ke atas meja kopi.

"Nak ke mana?"

Aku mencapai kunci Audi A5 Cabriolet kesayanganku. Aku tak ada niat lagi untuk jawab pertanyaan papa. Malas.

"Papa tanya ni, kamu nak ke mana? Tak lama lagi mama akan balik. Kamu dah setuju untuk makan malam bersama, kan?"

Tawaku terlepas. My my, sejak bila pula aku setuju ni? Ugh, old man sick! Wedge ankle boots hitam aku ambil dari almari kasut dan pakai.

"I expect an answer, daughter."

Nafas aku hela penuh dramatik. Papa tahu jawapan aku, tapi masih juga nak aku ulang. Wajah papa yang sedang menahan marah aku pandang tanpa rasa takut. Tak lagi selepas aku hilang hormat terhadapnya.

"First, she's not my mama, but just an outsider. Second, I never agreed about dinner or whatsover. Third, I'm gonna find my own place so I can get my ass out of this hell immediately." Aku siap menaikkan tiga jariku.

Papa mengetap gigi. "Ini rumah kamu juga, buat apa nak cari rumah lain? Apa yang kamu masih nak cari? Arwah mama dah tak ada, dah dua tahun kamu berperangai macam ni. Kenapa macam ni?"

Aku menggeleng. Kesal dengan pertanyaannya. Tanpa berlengah aku mengangkat kaki menuju ke kereta. Telinga aku tekup mendengar panggilan dan bebelan papa. Sebaik masuk ke dalam kereta, minyak aku tekan memecut membelah jalan raya.

Tak kira berapa banyak kali aku cakap, papa takkan pernah faham. Takkan sampai bila-bila. Sebaliknya dia akan terus menerus melemparkan pertanyaan yang sama. Kenapa aku berubah? Kenapa aku berperangai macam ni? Kenapa dan kenapa?

The hell! Aku dah tak larat nak hadap muka mereka lagi. Cukuplah ketika abang masih ada tapi bila dia dah berpindah ke KL, aku dah tak nak duduk situ. Kena hadap muka papa, kena hadap muka wanita tak tahu malu tu dan kena bebel setiap hari. Buat hidup aku huru-hara!

Sebaik memasuki lebuh raya, senyuman meleret melihat keadaan yang lengang. Hujung minggu, tentulah semua orang lebih memilih untuk berehat di rumah. Gear aku ubah sambil menekan habis minyak. Kereta meluncur laju dan bebas. Mencilok ke kiri dan kanan tanpa sebarang was. Terasa tubuhku ringan dengan melakukan aksi kegemaran aku begini. Bertambah dengan lagu rancak yang terpasang menjadikan aku semakin seronok.

Young, wild and free!

Rancak aku melepaskan gian, tak perasan ada sebuah kereta yang berhenti di hadapan tiba-tiba. Brek aku tekan laju berharap aku sempat menghentikan kereta tanpa merempuh keretanya.

Bum!

"Shit!" Aku mencarut apabila kereta tak sempat berhenti habis dan merempuh belakang kereta di hadapan. Dahi terhantuk ke stereng agak kuat.

Nafas aku hela penuh geram sambil membuka pintu. Dahi aku raba cuba memastikan tiada bengkak. Baru aku keluar seorang lelaki menghampiri aku dengan riak bengang. Tentulah pemilik kereta itu.

"What the hell, girl?!"

Aku mengembangkan jemariku di hadapan wajahnya. Turut berasa bengang dengan tenkingannya.

My Beautiful Disaster ✔Where stories live. Discover now