Bab 46

7K 328 23
                                    

No 200 votes yet its here.
_______

"Argh!" Pap!

Spontan tangan hinggap di dadanya. Haril tergelak kecil sambil mengusap tempat tamparanku tadi. Aku mengurut dada, cuba menarik balik semangat yang terbang kejap tadi. Mana tak, buka je pintu bilik air Haril dah tercegat dekat situ.

Aku membetulkan balutan tuala di tubuh sambil melangkah masuk ke dalam ruangan closet. Haril mengekor dari belakang. Ish, dia nak apa? Badan dipusing menghadapnya

"Baik abang pergi sarapan dekat bawah. Saya dah siapkan semuanya. Sekarang masanya untuk saya bersiap, kalau tak abang lambat masuk pejabat nanti."

Haril buat tak dengar. Aku menghela nafas seraya bercekak pinggang. Wajah selambanya aku pandang.

"Abang nak apa?"

Dia gariskan senyuman sambil mengangkat telefon di tangannya. "Mama membebel sebab tak bagitahu dia awal pasal kejadian semalam. Sikit lagi dah tak nak mengaku abang ni anak dia."

Aku tergelak. "Habis tu? Abang kata apa?"

Dia menggeleng. "Tak ada. Cuma minta maaf je. Dia tak bagi sayang pergi kerja hari ni."

"Mana boleh. Saya okeylah, buat apa nak cuti lagi."

Haril berdiri menghampiriku sebelum tunduk memeluk tubuhku. "Sekarang ni abang rasa... sayang patut berhenti kerja."

Aku tersentak. "Kenapa pula?"

"Banyak benda tak baik berlaku kalau abang tak ada dengan sayang. Abang risau."

Tanganku naik mengusap belakangnya. "Insya Allah, tak ada apa. Semua tu dugaan. Kita kena jadi lebih kuat, bukannya lemah."

Dia mengeluh. "Rasa nak duduk rumah je. Peluk sayang, manja-manja, tak nak lepaskan sayang."

Aku tergelak. Gatal! Pelukan dileraikan. Laju tangan menolak tubuhnya keluar walaupun dia mengeraskan badan. Bila dah tutup pintu baru rasa aman sikit. Nafas dihela panjang. Pagi tadi geng aku dah bisingkan balik group whatsapp tu. Masing-masing terkejut bila Chris tiba-tiba minta maaf. Aku tak bagitahu pun, Chris yang cerita sendiri. Katanya malu sebab orang yang cuba buat hal ialah abangnya sendiri.

Ugh! Papa dan mama Mirah pun asyik telefon bertanya khabar dan keadaanku.

***

Tak sampai tengah hari bekerja, Mama Kina dah keluarkan arahan untuk ikut dia balik. Mahu tak mahu aku terpaksa kemas semua barang dan ikut. Nampak sangat dia risau bila awal pagi lagi Amira dah diarahkan untuk buat iklan pengambilan sekuriti. Memandangkan Hadi diberikan cuti maka Nana diarahkan untuk menghubungi syarikat CCTV untuk menambah baik semua kamera di dalam dan luar butik ni. Pihak polis pun dihubungi untuk memeriksa macam mana Justin boleh pecah masuk butik semalam memandangkan dia tak masuk dari pintu hadapan.

Masuk saja ke dalam kereta, Mama Kina mengeluh. Wajahku dipandang. "Mama risau sangat dengan kamu. Nasib baik kamu tak apa-apa, sayang."

Aku sekadar tersenyum. Tangannya diraih ingin memujuk. "Nara okey, mama Kina jangan risau eh?"

Mama Kina mengetap bibir. "Ni semua salah Aril. Sampai hati tak nak bagitahu kami?"

Aku menggelengkan kepala laju. Kasihan suami aku yang tak bersalah. "Nara yang suruh abang jangan bagitahu. Lagipun dah malam, tak nak susahkan mama."

Dia terdiam sekejap sebelum menghela nafas. "Yalah, asalkan Nara selamat. Ni, mama nak ke rumah mama Mirah. Kamu ikut ya?"

My Beautiful Disaster ✔Where stories live. Discover now