Bab 37

9.2K 520 54
                                    

Make me smile by push that star button and drop your comments.
_____________

Hari bahagia.

Aku berdebar. Tangan gementar dan lutut terasa goyah. Ya Allah, kenapalah aku sampai macam ni? Sungguh aku berasa gementar meski pun bersalut rasa teruja. Semua bridesmaids aku dah siap cantik sejak tadi tinggal menunggu aku. Dulang hantaran semua dah siap dihias cantik.

Aku?

Masih berjubah kuning dengan tulisan bride-to-be di bahagian belakang masih duduk di hadapan cermin. Muka dah siap dimekap indah dan rambut pun dah disanggul, tapi disebabkan keadaan berdebar aku yang melebihi maksima ni. Aku tak dapat berdiri.

Bibir aku kemam sedikit, tak mahu merosakkan gincu. Kak Zetty, juru solek aku tak henti mengurut bahuku agar lebih tenang. Masih gagal.

Sehingga Mama Mirah melangkah masuk dan mengarahkan mereka meninggalkan kami berdua di bilik. Kerusi diputar menghadapnya.

"Sayang okey tak? Kenapa ni? Mama risaulah." Tanganku digenggam dan diusap memujuk.

Aku menggelengkan kepala. "T-Tak tahu. Nara okey tapi kaki, tangan, semua anggota badan Nara tak henti gementar."

Mama Mirah menghela nafas. Faham dengan panik yang biasa dialami sang pengantin di hari bahagia. Makanya pantas dipanggil papa dan abang. Masuk saja mereka, bahuku segera ditepuk papa. Beberapa kali dengan perlahan sebelum meminta aku memejamkan mata. Nafas dihela berulang kali sebelum kedengaran papa membaca surah Al-Fatihah dan 3 Qul sebelum dihembus ke bahagian ubun kepalaku. Lalu segelas air kosong dibawa, meminta agar aku menghabiskannya.

"Okey?" soal abang setelah aku meneguk habis.

Aku membuka mata memandang wajah papa, Mama Mirah dan abang bergilir. Senyuman aku ukir.

"Dah okey sikit."

Barulah wajah mereka berubah lega. Debaran semakin kurang dan tenaga kembali pulih perlahan-lahan. Namun rasa sebak pula yang datang menyerbu dada. Lantas papa aku peluk menghamburkan tangis yang tak dapat dikawal.

"Maafkan Nara sebab dah banyak buat salah. Nara tak patut salahkan Mama Mirah sebab berkahwin dengan papa. Nara tak patut abaikan papa disebabkan pemergian arwah mama."

Belakangku diusap oleh Mama Mirah. "Nara anak yang baik. Jangan fikirkan kisah yang lalu lagi bila dah buka kisah yang baru, sayang."

Aku mengangguk sambil meleraikan pelukan. Air mata diseka oleh papa. Mereka berdua menangis dan abang membuang wajah ke tepi. Enggan aku melihat wajahnya. Dan itu semakin membuatkan aku berasa sebak. Lepas ni tentu aku akan merindukan mereka semua.

Papa mengusap kepalaku. "Papa masih ingat lagi malam tu. Papa tengah bermesyuarat dan pihak hospital telefon yang arwah mama dah bersalin. Papa tinggalkan semua kerja papa, memandu melebihi had laju tapi tersekat dekat lampu isyarat. Jadi papa ambil keputusan untuk berlari sampai ke hospital. Disebabkan tu papa kena saman sebab memandu melebihi had laju dan parking kereta di tengah jalan."

Aku tersenyum nipis. "Lepas tu?"

"Papa rasa semua tu berbaloi. Anak papa, satu-satunya anak perempuan papa dah lahir. Lahir dalam keadaan sempurna tanpa menyakiti arwah mama sedikit pun sepanjang proses kelahiran tu. Mata bulat dan bibir merah, berkulit mulus dan tangisannya membawa petanda kebesaranNya."

Aku menangis lagi. Kali ni abang menghampiriku, mengusap bahuku dengan lembut.

"Sejak kecil Nara selalu lawan cakap abang. Degil tak nak dengar nasihat, lepas kena bebel dengan papa baru nak datang mengadu dengan abang."

My Beautiful Disaster ✔Where stories live. Discover now