Bab 11

8.7K 455 5
                                    

Klik! Klik! Klik!

Scroll! Scroll!

Okey, cantik! Post!

Sengihan lebar terukir di bibir melihat kecantikan wajah sendiri. Hmm, teringat kata-kata Haril hari tu. You're beautiful with or without it. Aku tahu aku memang cantik semula jadi, tapi tanpa mekap muka kelihatan pucat dan tak bersinar. Walaupun bibir masih merah asli, kata arwah mama aku mewarisinya daripada arwah nenek. Riak kejap!

200 likes in 7 minutes.

"Assalamualaikum."

Aku tersentak melihat Datin Kina yang entah dari mana datang. Pantas aku geser ke tepi memberi ruang untuknya duduk. Dia bawa bekal seperti selalu, tapi untuk duduk dekat sini amat tak selalu. Datin Kina tersenyum lebar sambil menghela nafas.

"Wa'alaikumusalam, datin." Sikit aku terlupa nak jawab salam dia.

"Ini kali pertama saya duduk dekat belakang ni bila makan. Selalunya saya hanya memerhatikan kamu dari dalam."

Aku kembali tersengih. "Seronok tak? Saya suka makan sambil tengok pemandangan, ada angin yang bertiup. Saya suka wujudkan suasana ikut imaginasi saya."

Tak salah berimaginasi, asalkan tak melebih sehingga tak ingat Tuhan. Apa yang aku selalu bayangkan, aku akan cuba wujudkan supaya lebih berasa selesa dan bahagia. Cuma imaginasi aku tak pernah berkaitan dengan dongeng budak-budak lagi.

Datin Kina tergelak. "Hmm, seronok. Rasa jadi muda balik pula."

Aku turut tergelak. "Datin memang masih nampak muda sebab seri datin sentiasa ada."

Lengan aku dicuitnya. Pipi merona agak merah. "Ada je kamu ya?"

"Saya tak reti menipu, datin. Lebih baik jujur daripada jadi racun dalam hati."

Dia mengangguk. "Betul, saya sokong. Jujurnya saya dah tertarik dengan kamu sejak malam dulu lagi."

Kening automatik berangkat. Sejak dulu? Ada kuasa psikik ke apa ni? Wajah Datin Kina aku perhatikan penuh minat, dia cantik sangat. Nak macam dia juga bila dah tua nanti. Hehe.

"Kamu seorang yang istimewa, Nara. Malam tu saya risau sangat bila papanya telefon dan kata yang Haril buat hal."

Aku tergelak bila ingat semua tu balik. Nasib baik rahsia aku selamat.

"Sejak dulu saya berusaha untuk ajar diri sendiri untuk percayakan anak-anak saya. Jujurnya perangai Hazwan, abang dia lebih kurang je dengan Haril. Cuma yang membezakan mereka ialah Haril sangat memilih kawan. Dia tak pernah berkawan dengan perempuan tanpa beritahu saya. Makanya malam tu saya pasang muka ketat bila berdepan dengan kamu."

Aku menahan tawa. Bukan ke datin patut sembunyikan hal tu daripada aku? Dia cerita dengan aku macam aku ni kawan baik dia.

Datin Kina mengangguk. "Betul, sebagai seorang ibu, saya kena banyak taktik untuk kenal kawan-kawan anak saya. Agak seronok lihat kamu tak senang duduk bila saya soal banyak-banyak. Tapi bila tengok sekilas wajah Haril yang beriak selamba ketika disoal oleh papanya buat saya berasa tenang. Anak saya tak pernah tenang macam tu bila bercerita tentang kawan perempuan dia."

Aku tak mahu mencelah, hanya ingin mendengar kerana semakin menarik. Mata melirik tanganku yang dipegang Datin Kina dengan senyuman.

"Saya tahu kamu dah tolak perasaan anak saya."

Oops, kenapa tiba-tiba berubah ke topik ni? Topik tadi dah habis ke? Aku baru je nak korek kejadian di sebalik tawaran untuk bekerja di butik ni dulu. Uh, topik yang sensitif pula tu.

My Beautiful Disaster ✔Where stories live. Discover now