Bab 3

12.2K 624 40
                                    

Aku tak senang duduk menyedari yang aku masih menjadi tatapan tajam Datin Kina, mama Haril. Ugh, aku rasa dah masuk kandang buaya. Pertama Haril, lepas tu Dato Ibrahim dan sekarang Datin Kina. Dari pejabat sehingga aku dipaksa ikut ke banglo tiga tingkat mereka ni. Semuanya hanya disebabkan rancangan tak masuk akal tu. Argh, macam manalah aku boleh terfikir nak buat semua tu?!

"Nama kamu siapa?"

Akhirnya bercakap juga. Aku membetulkan cara dudukku. "Nara Khalisya."

Patut ke aku senyum? Nak panggil dia apa? Datin ke mak cik? Ugh, selama ni aku tak pernah terfikir pun nak hormatkan orang lain sampai tahap ni. Sekilas aku melirik ke arah balkoni. Dari cermin pintu kelihatan Haril tengah berbincang perkara yang serius dengan papa dia.

"Dah berapa lama kenal dengan Haril?"

Aku menggaru kepala. "Tak lama mana pun, datin."

Gosh, how can I escape this place?

Nasib baiklah aku dah paksa geng aku balik, kalau tak mesti mereka pun rasa apa yang aku rasa sekarang.

"Haril pernah buat benda yang tak baik dengan kamu ke?"

Ya, ada. Dia cuba ugut aku dengan menumbuk dinding. Ugh! Aku menggeleng dengan senyuman plastik tertampal pada bibir.

"Apa yang berlaku dalam pejabat Haril tadi?"

Mama Haril ni polis pencen ke? Rasa nak menjerit pula bila kena soal macam ni. Naik serabut kepala aku jadinya.

"Aku--- Saya ada hal peribadi yang perlu dibincang dengan dia, datin."

Datin Kina mengangguk. Pandangannya dilempar ke arah balkoni bersama helaan nafas. Sempat dia berpandangan dengan Haril melalui cermin sebelum dia kembali memandang aku. Bezanya renungan tajamnya sudah hilang berganti dengan pandangan lembut. Bibirnya mula menguntum senyuman.

"Nama papa kamu siapa? Mama?"

Aku sepatutnya berasa lega melihat perubahan mendadak dia tapi entah kenapa perut aku memulas dengan perasaan tak enak. Aku menyeka dahi.

"Datuk Megat, datin. Mama..." Aku mengemam bibir. "... mama dah tak ada. Papa dah kahwin lain jadi nama isteri baru dia Amirah."

Datin Kina mengangguk sambil tersenyum. Topik diubah menyedari ketidakselesaan aku. Apa yang aku buat, dah kerja ke belum dan entah apa lagi yang aku terpaksa jawab mahu tak mahu. Tak selesa mendedahkan hal peribadi dengan orang asing.

Tidak lama kemudian Dato Ibrahim dan Haril masuk menyertai kami. Ini yang aku pelik dengan keluarga dia. Kejap tadi dekat pejabat, pandangan Dato Ibrahim macam nak bunuh aku tapi sekarang dia dah tersenyum. Haril hembuskan doa apa ni?

"Nara, kan?"

Aku mengangguk apabila disoal Dato Ibrahim. Nama aku ringkas, tu pun susah nak ingat. Hailah!

"Pertama pak cik nak minta maaf pasal kejadian dekat pejabat tadi. Jina yang hubunyi pak cik, katanya kamu berkelakuan pelik. Yalah kamu kata Haril takkan lepaskan kamu, bertambah lagi dengan isu lima ribu tu buat dia salah faham. Dia ingat kamu ialah teman wanita Haril jadi dia nak pak cik datang untuk pastikannya."

Aku melirik Haril yang hanya diam mendengar. Dalam hati sudah mengutuk Jina. Patutlah setiap kali aku cakap riak wajah dia akan berubah pelik. Inilah manusia, suka sangat buruk sangka.

"Pak cik tanya setiausaha Haril pasal kamu dan agak bimbang sebab Haril tak pernah bekerja lebih masa di pejabat. Bimbang ada perkara tak patut terjadi, pak cik pun terjah masuk."

God, can he just skip that part? Ugh, sabar! Untuk sekali ni saja aku kena bertahan dan lepas tu semua ni takkan berlaku lagi. Kening aku garu menandakan kebosanan.

My Beautiful Disaster ✔Where stories live. Discover now