Bab 42

9.3K 406 35
                                    

Late wish but...

Merry chrismas for those who celebrate it! Have a bless day and good nite folks💕
__________

Usai menunaikan solat subuh, kami menghabiskan masa bercerita sambil berbaring di kerusi malas di balkoni. Sementara menunggu untuk menikmati matahari terbit, aku suka bila dia mula bercerita tentang dia, aku dan kami. Sekian lama memendam semuanya sendirian, kini bila dah kahwin segalanya mudah untuk dikongsi bersama.

"Ingat malam tu bila abang datang dan larang sayang turun sebab dah lewat malam? Jadinya kita hanya bercakap melalui telefon. Sayang di balkoni dan abang dekat halaman."

Aku angguk laju. Kedudukan kepala yang beralaskan lengannya aku betulkan. Berasa selesa dengan kehangatan tubuhnya yang membantu menepis rasa dingin di tubuhku.

"Saya faham kenapa abang buat macam tu, tapi saya tak faham kenapa abang tak puji saya sampai habis. Tergantung..." Aku buat suara frustasi.

Dia tersenyum. "Sebab sayang bukan milik abang yang sah waktu tu."

Aku dongak memandang wajahnya. "Maksud?"

"Abang teringin sangat nak cakap waktu tu yang abang sedang melihat seorang perempuan yang sangat cantik. Biasan cahaya bulan pun tak mampu mengalahkan kecantikan yang dimilikinya. Buat abang takut ada orang lain yang akan melihat sayang sama seperti mana abang melihat sayang selama ni. Bidadari pun takkan mampu menewaskan sayang."

"Abang..." Mulutku terbuka dan tertutup tanda sepatah kata terluah.

"Setiap perbuatan sayang tak perlu dipura-purakan. Bila baik, baik amat. Bila jahat, jahat amat."

Pap!

Laju aku menampar lengannya sehingga dia mengadu perlahan namun diiringi tawa. Aku mencebik bibir.

"Ingat nak habiskan pujian tu. Rupanya nak sindir kita pula! Baik tak payah cakap pasal ni!"

Dia mengangguk. "Okey, maaf. Dah, jangan marah lagi."

Aku mengeluh kuat. Benci dengan sikapnya yang satu ini. Baru nak rasa romantik sebab dia dah tak kenakan aku lagi. Rupanya hari ni muncul balik perangai tak senonoh tu. Ish!

Dia mengeratkan pelukannya di pinggangku. "Sayang, sayang. Jangan marah, nanti hilang seri muka."

"Janganlah kenakan orang!"

"Okey, abang gurau je. Jangan marah."

Aku menarik senyuman. "Okey."

Dia menghela nafas lega melihat perubahanku. Kepalaku diusap manja. "Cepatnya berubah mood?"

Aku arahkan telunjuk ke langit. Kedengaran kalimah pujian dari bibirnya sebaik melihat arah telunjukku. Aku tersenyum. Begitu sukar ingin menceritakan perasaanku saat ini. Tak dapat digambarkan dengan apa kekaguman kami melihat matahari yang semakin merangkak naik menyebarkan sinarnya kepada bumi.

Selain itu, yang membuatkan momen ini lagi bermakna adalah kerana aku tak bersendirian seperti sebelum ini. Berdua bersamanya memberikan seribu lebih makna dan kebaikan. Aku sungguh bersyukur kerana Allah mengurniakan cinta-Nya buat kami. Semoga dia kekal buatku hingga ke jannah.

Aneh bukan?

Jika aku masih berkeras menolak Haril tentu aku takkan dapat menikmati kemanisan rumah tangga yang dijanjikan ini. Kemanisan yang berusaha diwujudkan agar aku sentiasa berasa bahagia dan dihargai.

Kalau saja aku tak bersetuju menjadi isterinya.

Aku takkan berasa malas setiap kali dia kejutkan aku untuk bangun solat subuh dan mengaji namun dia tetap memujuk dengan pelbagai cara agar aku bangun. Aku takkan berasa bermakna apabila aroma kopi dan milo menjadi kegemaran setiap pagi bersarapan bersama ditemani usikan manjanya. Perutku takkan dipenuhi rama-rama berkepak riang setiap kali dia memuji dan menuturkan kata ikhlas buatku. Tidurku takkan sentiasa lena dan hangat jika dia tak menyalurkan kehangatan tubuhnya kepadaku melalui sentuhan lembut dan santunnya.

My Beautiful Disaster ✔Where stories live. Discover now