Bab 28

7.1K 416 49
                                    

Wajah sedaya upaya cuba aku kawal sebaik melangkah masuk ke restoran ni. Kaki hanya melangkah mengikut Hadi ke meja yang terletak berhampiran tingkap. Restoran ni mewah, bukan seperti yang aku bayangkan. Ingatkan bila dia nak aku temankan keluar kami hanya akan pergi ke tempat biasa.

"Duduklah." Hadi menarik kerusi mempersilakan aku duduk. Aku pandang dia lama sebelum melabuhkan punggung.

Melihat dia sudah duduk di kerusinya, aku berdehem perlahan. "Kalau aku tahu kau ajak aku ke restoran macam ni aku takkan setuju tahu?"

Dia tersenyum senget. "Aku takkan bawa perempuan yang aku suka ke tempat biasa-biasa je, Nara. A precious girl like you deserve a fancy venue."

Aku putarkan mata tanda menyampah. Dah mula ayat buaya. Dalam otak aku ni masih lagi terbayang semua benda yang Haril kata dulu.

Beberapa minit kemudian, makanan mula dihidangkan. Stik, salad dan jus oren. Di tengah meja siap diletakkan lilin, candlelight dinner. Rasa sebal semakin menebal. Menyesal aku layan permintaan dia.

"Makanlah, kau akan sukakannya. Aku dah banyak kali rasa stik ni, memang terbaik. Hanya dekat restoran ni je ada."

Aku mencemik. "Dah banyak kali?"

Dia yang sedang memotong stik terhenti. Matanya bergerak ke kiri dan kanan sebelum berdehem. "Dengan kawan."

"Hadi, jujur jelah. Bukannya aku tak tahu perangai sebenar kau."

Dia hela nafas. Sesaat matanya berlari ke meja sebelah yang baru tiba pelanggannya. Aku tiba-tiba rasa berdebar bila terasa aura seseorang yang aku kenal. Lantas mata turut dilarikan ke sebelah.

Haril.

Cuma dia langsung tak pandang ke arahku. Matanya hanya tertumpu kepada perempuan di hadapannya yang sedang rancak bercerita. Tolonglah kata yang mereka makan malam di sini atas urusan kerja.

"Hmm, betullah. Aku memang kaki perempuan, tapi aku tak sama dengan lelaki lain."

Aku kembali memandang Hadi mendengar bicaranya. "Maksudnya? Ada beza ke?"

"Ada. Bezanya aku takkan keluar dengan perempuan yang aku suka depan perempuan yang aku pernah suka."

Kenapa dia seakan menyindir Haril? Gosh! Aku mencapai pisau dan garfu. Memotong stik dan menyuap ke mulut. Baik aku tutup mulut atau dia akan makin buat perangai. Aku tak mahu dia menyindir Haril. Pertunangan kami putus disebabkan kebodohan aku yang kini menjadi racun dalam diri sendiri. Aku yang jadi tak tentu menginginkan dia kembali sedangkan dia sudah berhenti mengejar. Terhegeh-hegeh setelah ditinggalkan.

"So tell me about you, Nara."

"Why should I?"

Hadi tergelak kecil. "I'm trying to win your heart. Give me a chance please."

Aku menjelingnya sekilas. "I don't easily give someone a chance to win over me."

"Habis tu? Macam mana nak lembutkan hati kau? Kau tahu yang aku akan buat apa saja."

"Baik jangan."

"Sombong gila!" Dia menghela nafas. "Sayang betul perempuan cantik macam kau langsung tak ada kekasih. Aku boleh jadi lelaki yang hebat, kau tahu? Rupa, duit dan segalanya ada dengan aku. Semua orang akan cemburukan kita."

Aku menelan perlahan sebelum tersengih. "Semua orang akan gelakkan aku sebab memiliki kekasih seperti kau. Buaya darat, kaki perempuan, kaki kelab malam dan segalanya ada dengan kau."

Merah padam mukanya mendengar aku menyindir pedas. Ya, aku takkan bercakap benda yang palsu hanya untuk jaga hati dia. Baik jujur supaya dia tak salah faham. Aku setuju keluar makan malam hanya sebagai tanda terima kasih sebab simpankan telefon aku. Tak lebih.

My Beautiful Disaster ✔Where stories live. Discover now