Bab 45

7.3K 384 54
                                    

Jam di pergelangan tangan aku perhati untuk kali kedua. Dua minit lagi masuk jam lapan malam. Mana Haril ni? Emosi jadi tak tentu. Dia di mana? Takkanlah kerja belum habis lagi sedangkan dia kerja tak pernah lebih masa, hanya sekali dulu sebulan sebelum kami berkahwin. Bimbang pun ada. Kalau ada apa-apa terjadi dengan dia macam mana? Dahlah aku seorang dekat pejabat ni. Kalau Haril dah benarkan aku memandu kereta sendiri, dah lama aku sampai rumah.


Tch!

Telefon aku capai, mendail nombornya namun suara operator yang kedengaran. Dia tak jawab pun. Bibir dikemam. Atau patut aku balik naik teksi je? Beg aku capai, ingin mengikut kata hati. Haril tentu faham kenapa aku buat macam ni. Suis lampu aku matikan sebelum bergerak ke pintu. Nanti siaplah Haril aku kerjakan. Berani dia tak jawab panggilan aku. Tak telefon pun kalau ya dia akan lambat ambil isterinya ni.

Tangan baru mencapai pemegang pintu bila bunyi fail terjatuh kedengaran. Spontan aku berbalik tubuh. Mata cuba dibuka luas ingin melihat dalam kegelapan. Agak berdebar bila semua cerita hantu yang pernah dinonton menerjah minda. Kalau aku buat bodoh pasal fail tu, tak apa, kan? Okey.

Laju tangan menarik pintu ingin berlalu bila sepasang tangan kasar memeluk tubuhku dari belakang. Aku menjerit terkejut seraya ingin melepaskan diri. Tubuhku ditarik masuk ke dalam. Makin aku menjerit makin kasar dan kuat dia menarik tubuhku. Ya, Allah! Dia cuba buat apa dengan aku?!

Tubuh badan gigih meronta ingin melepaskan diri. Ilmu taekwando yang pernah dipelajari cuba aku ingat sebaik mungkin. Kaki dan tangan cuba menghantar pukulan namun berjaya dipatahkannya. Jantung berdegup kencang dan badan mula berpeluh. Bila aku meronta lagi, mulutku segera ditekup menggunakan tapu tangan. Aku tahu apa yang dia cuba lakukan. Ya, Allah! Selamatkan aku--- Haril...

Kenapa dia buat aku macam ni? Apa yang dia nak? Hadi? Nama tu terlintas di fikiran. Orang ni Hadi ke? Kepala terasa pening dan makin hilang kesedaran.

"Pity you, Bella."

Sebaris ayat itu dibisik ke telingaku. Nada bicara perlahan dan menakutkan. Frerè Justin--- kenapa dia buat aku macam ni? Apa yang dia nak?

Bila tubuhku mula longlai, terasa dia membaringkan aku di atas lantai. Aku tak dapat bergerak dan semuanya menjadi kelam. Perkara terakhir yang aku ingat hanyalah bunyi bajuku yang direntap kasar.

***

"Khalisya..."

Aku mengeluh perlahan.

"Baby? Are you awake? Sweetheart... sayang..."

Kepala terasa sakit dan bila buka mata saja pandanganku berbalam. Berpinar sehingga memaksa aku memejamkan mata kembali. Kenapa sakit sangat ni?

"Babygirl..."

Minda seakan tersedar. Mata dipaksa buka hanya untuk mencari pemilik suara itu. Bila mataku bertemu dengannya, genggaman di tanganku semakin erat. Dia tunduk merapatkan dahi kami sambil teresak halus.

Apa yang berlaku? Kenapa dia menangis? Kenapa aku boleh ada--- di hospital ni? Katil yang ditutup dengan tabir untuk memberi ruang privasi. Tangan naik memegang pipinya.

"H-Haril..." Suaraku hampir tak terkeluar. Terasa perih. "Apa yang berlaku?"

Dia angkat kepala memandangku agak lama sebelum tunduk meraup bibirku tanpa amaran. Saat itu, aku terus teringat kembali apa yang telah berlaku. Pantas tangan menolak wajahnya dengan tubuh yang gementar. Air mata turun ke pipi tanpa dipinta.

My Beautiful Disaster ✔Where stories live. Discover now