Bab 2

13.7K 579 16
                                    

Mundar-mandir sendiri aku dalam bilik memikirkan hutang kelmarin. Kad miliknya di tangan aku tenung berulang kali. Ah, macam mana ni? Duit dalam akaun tak cukup untuk bayar semua tu. Nak minta daripada papa, tak mungkin bila tahap kebencian aku melebihi segalanya. Rika pun tak dapat bantu aku memandangkan dia bukan berasal daripada keluarga berada dan yang lain? Mereka tak tahu pasal masalah ni. Ugh!

Sekarang dah jam dua petang, semakin lama aku pasti lelaki gila tu akan kejar aku sampai dapat. Lagi teruk kalau papa dapat tahu tentang perkara ni. Nasib baik semalam isu bengkak di dahi aku tak berpanjangan. Dahi yang bertampal aku raba perlahan. Apa yang patut aku buat?

Apa yang perlu aku buat untuk selesaikan hutang tu? Merayu? Berpura-pura sakit? Larikan diri? Aku menjerit penuh frustasi sambil merebahkan badan ke atas tilam. Berguling ke kiri dan kanan sehingga terhenti apabila mendengar deringan telefon. Melihat nama Rika yang tertera pada skrin, terus aku jawab.

"Jam empat nanti Chris nak buat party dekat rumah dia, nak datang tak?"

Aku mengurut pelipis. "Party apa?"

"Untuk geng kita. Datanglah, aku boleh ambil kau."

Ugh! Mana tahu aku boleh pinjam duit daripada mereka. "Okey, tapi tak apa. Aku datang sendiri." Bersorak dia mendengar persetujuan aku. Talian ditamatkan. Telefon aku lempar ke atas tilam sebelum berlalu ke bilik air. Usai membersihkan diri dan touch up muka sedikit, almari pakaian aku buka. Akhirnya legging hitam dan off-shoulder shirt putih menjadi pilihan. Rambut aku buat messy bun, ringkas!

Biasanya kalau perjumpaan macam ni kami akan menghabiskan masa dengan bermain dan makan. Geng memang selalu buat perjumpaan. Kadang di restoran Nora juga. Dompet dan telefon aku capai sebelum berlari turun ke tingkat bawah. Ruang tamu sunyi, bermakna mereka masih tak balik dari kerja. Sneakers aku capai dan sarung dengan pantas. Seketika kemudian aku sudah memandu Hilux milik papa keluar.

Tiba saja di rumah Chris, mereka menyapa aku dengan senyuman. Saling bertepuk dan berpeluk dalam tawa. Chris, Rika, Benjamin dan Nora. Mereka ialah kawan baik aku sejak universiti lagi. Teman bila aku susah dan senang. Tak kesahlah apa pandangan orang lain yang penting aku tahu seteruk kami, tak pernah sakitkan orang lain.

"Nah!" Benjamin melontar setin cola, dan aku sambut. Masing-masing duduk mengelilingi meja bulat dengan pen yang terletak di tengahnya. Mainan kegemaran kami semua, truth or dare!

Rika memutarkan pen dan muncung berhenti ke arah Nora. Kami semua bertepuk tangan teruja ingin mendengar pertanyaan Rika.

"Nora, truth or dare?"

"Truth?"

Kami membuat bunyi terkejut. Saling berpandangan dan semakin teruja. Matanya melirik aku sekejap tanpa riak resah.

"Apa yang kau akan buat kalau suatu hari kau terjumpa lelaki idaman kau tapi dia bermulut jahat?"

Aku menjongket kening. Aku tak bagitahu Rika tentang ciri-ciri lelaki gila tu, kenapa soalan dia macam nak kenakan aku? Argh, menyesal aku mengadu pasal sikap kurang ajar lelaki tu.

Nora memutarkan mata sebelum tergelak halus. "Let's see if he can fight me but if I truly loves him... I'll let him win but at the same time I will turn into a sweet talker."

"Wohoo!" Benjamin dan Chris sekali lagi membuat bunyi mendengar jawapan Nora.

Aku tergelak. Tak pernah aku dengar jawapan Nora yang macam ni. Sangat girly. Giliran Nora memutarkan pen, berhenti pada Benjamin. Kemudian giliran Benjamin dan akhirnya bila Chris memutarkan pen muncungnya menghala kepada aku. Aku membulatkan mata sambil menegakkan badan, tak percaya giliran aku dah tiba. Semua mata memandang aku.

My Beautiful Disaster ✔Where stories live. Discover now