Bab 10

9.6K 517 19
                                    

Aku terdiam. Minda dan hati mula tak senada. Bertentangan antara hati yang mulai menerima apa yang dikatakan Haril, manakala minda berterusan memilih untuk membenci kerana papa memang layak untuk dibenci. Terasa geram dengan apa yang dirasai membuatkan aku menggenggam besi pagar balkoni dengan kuat. Kalaulah semuanya mampu dileraikan dengan mudah.

"Khalisya..." Suaranya agak lembut memanggil. "... tenangkan diri, hmm? Sekarang dah masuk zohor, pergi solat dan mengadu dengan Allah. Dia mampu tenangkan kau lebih daripada yang orang lain mampu buat."

Aku tak menjawab. Apabila kepala aku angkat kelihatan dia sudah berpaling masuk ke dalam apartmennya. Dia lelaki yang pelik, kan? Aku pasti dia tahu macam mana kehidupan aku, tapi dia tak jemu mengingatkan aku tentang semua tu. Sama ada dia tak malu atau dia memang bersikap perihatin.

Nafas aku hela.

***

Usai membersihkan diri dan mengenakan pajama kuning kegemaranku, tubuh aku rebahkan ke atas tilam. Memerhatikan kipas yang ligat berputar pada siling dengan khusyuk. Biasanya malam begini aku akan keluar untuk mencuci mata tetapi mood aku agak kacau sejak pagi jadi berada dalam rumah lebih baik. Aku tak nak orang lain nampak aku dalam keadaan macam ni. Bibir tanpa senyuman dan wajah pucat. Ini bukan aku.

Sejujurnya apa yang dikatakan Haril agak menyakitkan, tapi dalam masa yang sama ia memberikan satu perasaan yang asing. Perasaan tenang sehingga membuatkan seluruh sendi aku seperti pulih daripada lenguh. Dan akhirnya aku mulai mempersoalkan sesuatu, Haril hadir dalam hidup aku untuk apa? Dia orang yang akan mengubah hidup aku ke?

Telefon berdering menyedarkan aku. Nama Haril terpampang di skrin. Nafas aku hela lagi. Perasaan ni hadir lagi, berdebar. Lama barulah aku jawab. Tak sempat bertanya dia sudah menjawab.

"Aku ada depan pintu."

Bingkas aku bangun keluar. Pintu aku buka mendapati dia berdiri di luar dengan kedua belah tangan diseluk ke dalam poket hoodienya. Bibirnya mengukir senyuman.

"Jom keluar."

Aku diam. Mata memerhatikan rambutnya yang dibiarkan jatuh ke depan menutupi dahinya. His cuteness and immature side. Perlahan aku angguk sambil mengangkat lima jari. "Lima minit."

Gila! Tadi beriya tak nak keluar! Sempat aku mengutuk diri sendiri dalam hati.

Sebaik dia mengangguk, pintu aku tutup kembali. Bergegas aku buka almari. Mata meneliti pakaian yang sesuai. Akhirnya jeans hitam aku pakai dipadankan dengan knitted sweater berwarna hitam. Rambut aku biarkan lepas natural. Dompet dan telefon aku capai bersama wedge desert boots. Pintu aku buka, berhenti sekejap untuk meminta pendapatnya. Entahlah, mungkin kerana aku sudah terbiasa mendengar komennya setiap kali hendak keluar.

Dia hanya melihat pakaianku sekilas sebelum mengangguk. Macam tu je? Mana perkataan perfect dan good macam selalu? Oh, tolonglah Nara! Kenapa dia perlu sebut semua tu untuk berasa yakin? Sebelum jumpa dia aku tak pernah pun---- aku dah biasa dengan pujian dia. Cukup!

"Jom!" Sebaik pintu aku kunci, kaki terus aku atur ke lif. Dia hanya diam walaupun senyuman masih terukir di bibir merahnya.

Gosh, Nara please behave your eyes!

Desmond menyapa seperti biasa apabila tiba di lobi. Dia meneka yang kami akan pergi ke Sweet & Cheese, aku iyakan tapi Haril pantas menggeleng. Berkerut sekejap dahi. Aku ingatkan dia ajak ke tempat biasa, rupanya tak. Jadi nak ke mana?

My Beautiful Disaster ✔Where stories live. Discover now