Vote and comment.
____________Sabar aku menunggu panggilan diangkat. Setelah seminggu aku cuba bertahan tapi gagal. Aku nak bercakap dengan dia.
"Assalamualaikum."
Aku menghela nafas lega bila dia menjawab panggilanku. "Wa'alaikumusalam. Kau sibuk?"
"Ya, ada banyak dokumen yang kena dibaca dan ditandatangan memandangkan dato outstation."
Haih, tak telefon rasa rindu. Bila dah telefon dan dengar suara dia rasa bersalah pula. Menganggu betul! Langsung tak faham! Pentingkan diri sendiri!
Rasa insecured betul.
"Okey, itu je nak tanya. Assalamualaikum."
Dia tak jawab sebaliknya berdehem. "Itu saja tujuan kau telefon aku?"
"Iya."
"Betul? Bukan sebab kau sakit?"
"Tak. Aku cuma nak dengar suara kau. Lagipun kau cuma kata tak boleh jumpa, bukannya tak boleh telefon."
Dia tergelak kecil. "Wa'alaikumusalam."
Tengok, bukannya dia nak mengayat ke apa. Dah tahu bila aku kata nak dengar suara maknanya rindu pun, dia langsung tak nak jawab rindu aku balik. Ish, perangai! Talian aku matikan sebelum melempar telefon ke atas tilam. Tangan dicekak ke pinggang.
Sesaat aku beristighfar perlahan. Manusia macam aku. Bila tak dapat terkejar. Bila dah dapat mulalah asyik mengeluh dengan kekurangannya. Tak reti bersyukur langsung. Harusnya aku sudah faham dengan sikapnya sebab dia bakal suami aku. Hati, bersyukurlah. Ingat balik apa yang diajar ketika kursus kahwin tu. Ingat yang suami isteri kena terima kekurangan masing-masing dan saling melengkapi dengan kelebihan yang ada.
***
Pejam celik mata rupanya tinggal seminggu lagi sebelum hari istimewa tu. Walaupun kebanyakkan perkara penting sudah diselesaikan namun bila disaat akhir macam ni makin banyak benda yang harus dilakukan. Mujur aku berjaya siapkan semua kerja dibutik dan sejak kelmarin telah mengambil cuti.
Itu pun selepas bersama datin pergi ke kedai untuk mencari cincin buat Haril. Hanya untuk Haril sebab kononnya Haril nak buat kejutan. Jadi kami pilih cincin berasingan.
Hari ni aku turut membantu Mak Milah dan Mama Mirah membersihkan bilik tetamu. Kata papa semalam keluarga papa dan Mama Mirah akan datang bermalam jadi banyak benda yang kena disediakan. Bimbang ada yang kurang memandangkan tetamu itu bagaikan raja.
Aku syak bukan hanya dua tiga buah keluarga yang akan datang bermalam memandangkan semua bilik tetamu dibersihkan, ada tujuh buah bilik. Terjawab sudah soalan aku dulu. Kenapa ada banyak sangat bilik tetamu yang dibuat, rupanya untuk tujuan majlis besar yang bakal menjelang tulah.
Lepas siap mengemas, aku jadi pemandu tak bertauliah Mama Mirah dan Mak Milah ke pasar pula. Habis barang Tesco tu kena borong. Sumbat semua dalam kereta macamlah aku bawa lori. Nasib baik juga aku terdetik hati nak bawa Hilux papa, kalau tak mesti bersesak dengan barang kalau bawa kereta aku tadi.
Balik rumah aku terus tersadai dekat sofa. Tak larat untuk bangun menjenguk dapur. Entahlah tenaga apa yang diguna dua wanita kesayanganku itu sampai masih ada tenaga untuk siapkan makan malam. Papa dekat mana pun aku tak tahu. Sejak pagi keluar dengan Dato Ibrahim entah ke mana.
Penat!
***
Aku membelek tubuh di hadapan cermin beberapa kali sebaik pulang daripada melakukan rawatan spa menyeluruh tadi. Atas paksaan Mama Mirah tentunya. Puas menatap diri sendiri, telefon aku capai. Ingin mendail Haril tapi perbuatan terhenti. Tak boleh, dia tengah sibuk. Sabar, Nara. Sikit lagi, lepas tu aku akan habiskan seumur hidup bersama dia saja. Aww, jangan jauh sangat berfikir. Masalah nanti.
YOU ARE READING
My Beautiful Disaster ✔
RomanceNara Khalisya. Hidupnya tak pernah berputar pada satu paksi. Bebas tak terikat. Angkuh tak terkata. Sehingga kehadiran Haril Yusuf, mengubah segalanya. Egonya sama tinggi dan bicaranya tajam menusuk, namun kata cinta seringkali dihulur. "Kalau semua...