Turun saja ke lobi, kelihatan Haril sedang berbual dengan Desmond. Nampaknya dia pun rapat dengan lelaki Cina ni. Aku menghampiri mereka dengan senyuman. Sebelah tangan memegang donat coklat yang sudah separuh digigit, aku bungkus semalam untuk sarapan hari ni.
"Selamat pagi!"
Desmond menghadiahkan senyuman lebar. Matanya menjadi sepet, comel. "Selamat pagi, Cik Nara!"
Haril mengerling aku, atas dan bawah sebelum tergelak dalam. Aku mengerutkan dahi sambil menjongketkan kening.
Dia menggeleng. "It's just, this outfit suit you perfectly."
Wah, dia memuji aku! Rambut aku seka ke belakang. "Thanks."
Desmond turut menaikkan kedua belah ibu jarinya. Maka tak sia-sia aku bongkar bagasi pagi tadi hanya untuk mencari seluar hitam potongan lurus dan blouse biru berlengan panjang ni. Berbaloi!
"Nak pergi kerja sekarang ke? Nak tumpang aku tak?"
Aku melirik Desmond. "Carpool?"
"Hmm, kebetulan aku ikut jalan yang sama."
Desmond mengangguk jadi aku tersenyum lalu mengiyakan. Haril menghela nafas sambil mencapai telefonnya dan membuat fist bump dengan Desmond dan berjalan pergi. Aku turut melambai sebelum mengekor.
Masuk saja ke dalam kereta, fikiran aku terbayang balik kejadian tu. Badan aku pusing sedikit memandangnya yang memandu.
"Kau kerja apa?"
Dia melirik aku sekejap. "Kenapa nak tahu?"
Bahu aku angkat. "Saja sebab kereta kau semuanya jenis mahal. Rumah kau mewah dan tengoklah pakaian kau ni." Mata menatap suitnya. "Kerja berpangkat tinggi eh?"
Dia tergelak. "Rumah mewah, maksud kau banglo mama dan papa aku? Marcedez tu aku punya, bertahun aku kumpul duit nak beli. Alphard ni papa hadiahkan sempena kenaikan pangkat aku."
"Tetap kereta mewah. Lagipun hari aku langgar kereta kau tu, ada pemandu yang bawa kereta kau ni. Orang suruhan kau?"
Dia menggeleng. "Setia usaha aku."
Aku membulatkan mata. "Perempuan dekat pejabat kau hari tu? Wah!"
"Dia personal assistant aku juga."
Kalau dah macam tu mengaku jelah dia kaya. Buat apa nak leret panjang-panjang? Takut aku kikis harta dia ke apa? Eh, tapi tapi kejap!
"Kenapa kau tinggal dekat apartmen yang tak seberapa macam tu? Kenapa tak cari yang lagi mewah?"
Dia membelok ke kiri. "Cukup selesa bagi aku."
Jawapan dia makin ringkas, bermakna dia makin tak sukakan soalan aku. Nafas aku hela sambil memandang ke depan. Kelihatan butik milik Datin Kina tidak jauh dari sini. Tali pinggang aku buka.
"Turunkan aku dekat sini. Aku nak beli kopi sebelum ke sana."
Kereta diberhentikan. Pintu aku buka dan keluar. "Terima kasih."
Pintu aku tutup dan terus berjalan menuju ke kafe. Selesai membeli kopi panas, hairan bila melihat kereta dia masih elok terparking di tempat tadi. Dia tunggu orang ke? Mata aku lilau ke sekeliling. Tak ada, rasanya. Jadi aku kembali mendekati keretanya dan mengetuk cermin. Mata hazelnya menjadi tatapan apabila cermin diturunkan separuh.
"Kau tunggu orang ke?"
Dia tak menjawab sebaliknya menaikkan cermin dan terus berlalu pergi. Aku termangu. Wah, wah! Dalam hati mengutuk dia sejuta kali sebelum ke butik. Tak guna! Aku tanya je kut!
YOU ARE READING
My Beautiful Disaster ✔
Lãng mạnNara Khalisya. Hidupnya tak pernah berputar pada satu paksi. Bebas tak terikat. Angkuh tak terkata. Sehingga kehadiran Haril Yusuf, mengubah segalanya. Egonya sama tinggi dan bicaranya tajam menusuk, namun kata cinta seringkali dihulur. "Kalau semua...