Bab 9

8.7K 473 14
                                    

Vote and comment :)
______________

Aku duduk bersila di atas sofa dengan mata tertancap pada kaca tv tapi fikiran terbang ke tempat lain. Sesaat nafas aku hela kasar. Sebal pula rasanya. Makanan tak dapat membantu, tv pun tak dapat membantu. Haril lagilah tak dapat membantu!

Patut ke lepas papa balik tadi dia terus tunjuk bengang dengan aku? Aku tak maksudkan pun semua tu. Tu hanyalah taktik agar papa tak paksa aku balik. Yalah, bila aku dah ada teman lelaki yang tinggal bersebelahan apartmen, itu dah kira bonus keselamatan aku meningkat. Dia boleh jaga aku.

Papa percaya sebab lepas tu dia terus bercakap dengan Haril tentang sesuatu yang aku tak pasti. Mana taknya kalau mereka bercakap di luar kedai dobi tu. Tapi aku pasti, papa takkan teruskan niat jahat dia nak paksa aku balik lagi. Hmm.

Kedengaran bunyi bising dari sebelah, kepala aku jengulkan ke luar balkoni. Haril ada dekat situ tengah mengemas kerusi meja dia. Aku tak tahu kenapa tapi dia macam saja nak bagi aku dengar. Mengemas apa, aku rasa macam dia nak hancurkan je. Lepas tu bila dia perasan aku dekat sini, lagi kuat dia hentak kerusi. Matanya siap jeling aku dengan bibir dijuih penuh menyampah.

Oh, wow!

"Haril, are you still mad?"

Dia tak jawab. Majalah dicapai lalu duduk. Setiap helaian diselak dengan kasar. Aku menahan gelak. Dia bengang dengan aku atau merajuk ni? Lelaki ni pelik betullah. Patutnya dia tunjuk muka dingin, kan?

"Haril, I swear that is so childish! I didn't meant any of it, okay? I was desperated! Sorry..." Suara aku kendurkan. Aku maksudkannya.

"Sorry mean nothing if you don't mean it."

Aku sentap. "I meant it."

"I'm surprised you meant it."

Dia sindir aku lagi. Oh, kenapalah lelaki ni susah betul aku nak faham? Kejap dia mudah tergelak sampai buat aku selesa. Kejap dia serius sampai nak tengok dia pun gerun. Kejap dia dingin sampai buat aku tak senang. Kejap dia jadi imam muda yang asyik nak sentapkan aku. Macam sekarang!

"Ini kali kedua aku kata maaf sepanjang kita berkenalan, Haril. Aku takkan kata maaf kalau aku tak maksudkannya."

Majalah diletak ke atas meja sebelum bangun menghampiri pagar balkoninya. Kedua belah tangan diletak ke atas besi tersebut dengan mata merenung aku lama. Dia hanya diam tanpa sepatah bicara pun sehingga membuatkan aku berasa agak kekok.

"Apa?" Aku mengemam bibir. Tak betah dalam keadaan begini terus. "Kenapa?"

"Kenapa?"

Aku mengerutkan dahi. Dia tanya aku balik pula. "Maksud kau apa? Kenapa tanya aku?"

Dia mengangkat bahu. "Kenapa menipu dengan papa sendiri?"

Aku terdiam sekejap sebelum menghela nafas. "Aku... aku bencikan dia, Haril. Aku tak suka tinggal dengan dia. Jadi aku pindah ke sini. Aku..."

Aku berhenti sekejap ingin melihat reaksinya. Sama ada dia tertarik dengan luahan aku atau tak. Dan ya, dia kelihatan begitu ingin mendengarnya. Pandangannya menghantar isyarat agar aku meneruskannnya, kerana dia ada di sini untuk mendengarnya. Dia ada di sini untuk menenangkan aku.

Dia percayakan aku.

"Papa kahwin lain tanpa pengetahuan arwah mama." Nafas aku hela mencari kekuatan. "Aku selalu kata dengan diri sendiri yang papa buat semua tu untuk kami. Jadi aku kena faham kalau papa tak balik rumah atau tak dapat luangkan masa dengan kami. Sehingga suatu hari mama telefon yang papa ada dekat rumah. Jadi aku sanggup skip class untuk balik rumah, berniat ingin gunakan kesempatan tu untuk family time. Aku rasa teruja sampai siap beli makanan, ala nak pergi piknik dengan mereka dekat belakang rumah."

My Beautiful Disaster ✔Where stories live. Discover now