Dagu aku tongkat di atas pagar balkoni. Cincin di jari aku perhatikan lama. Sejak semalam aku tak dapat tidur lena hanya disebabkan benda ni. Gatal tangan ingin terus menyentuh dan membelek tanpa sebab yang pasti. Cuma hati terasa tenang setiap kali berbuat begitu. Terasa juga debaran, namun debaran kali ni menenangkan. Perasaan yang tak pernah aku rasa. Lain macam.
Cuma kelmarin, Haril tak ikut sekali. Kata isteri papa tu, tak payah nak ikut macam orang lain yang nak buat majlis besar-besaran hanya untuk pertunangan saja. Makanya hanya beberapa orang terdekat saja yang dijemput sebelum diakhiri dengan menikmati hidangan tengah hari. Tak pernah aku bayangkan betapa ringkasnya majlis tu.
Apa-apa pun paling penting ialah tempoh pertunangan cuma empat bulan. Lagi cepat lagi bagus, aku suka. Orang luar pun dah jarang nak bercakap tentang kami, tentang Haril sebenarnya. Jadi maksudnya aku hanya perlu jadi tunang dia untuk beberapa minggu lagi sebelum membatalkan perkahwinan tu.
Hmm, walaupun datin dan isteri papa tu mula sibuk semacam untuk uruskan semua benda. Papa dan dato pun dah nampak suka sangat. Seakan sudah bersetuju untuk teruskan saja perkahwinan agar nama baik syarikat tak terjejas.
Tunggu jelah.
Telefon yang berdering menyedarkan aku. Kaki aku atur masuk sebelum melabuhkan punggung di birai katil. Telefon dicapai dan dilekap ke telinga.
"Assalamualaikum, adik."
Kejap! Skrin telefon aku lihat semula. Tadi aku tengok juga tapi entah apa yang aku fikir sampai tak sedar rupanya abang yang telefon.
"Wa'alaikumusalam, abang! Lamanya tak telefon?"
Dia tergelak. "Eh, siapa yang lama tak telefon ni? Selalunya abang yang telefon, jadi ingatkan bila diam macam ni retilah dia nak telefon. Rupanya tak, entah sibuk apa. Tup tup mama Mirah bagitahu yang adik dah bertunang."
Aku tersengih. Wanita tu yang bagitahu rupanya. "Alah tak penting punlah, abang. Bukannya adik nak kahwin. Kalau tunang je maksudnya boleh putus bila-bila."
"Hmm, buat apa bertunang kalau tak serius? Apa yang berlaku?"
Tu, abang dah boleh hidu masalah sebenarnya. "Tak adalah."
"Bagitahu abang, semua ni ada kaitan dengan berita hari tu?"
Bibir aku kemam sesaat. "Berita apa?"
"Abang pun terlibat dalam dunia bisnes, Nara. Lupa yang sekarang Syarikat N. Khalish tu makin dikenali ramai?"
"Hmm tak lupa pun, Nadim Khalish. Maksudnya abang ada bacalah pasal isu tu?"
"Ada, cuma tak sangka yang adik boleh berkenalan dengan Haril. Bukan sembarangan perempuan boleh dekat dengan dia sampai boleh berlakon jadi tunangan."
"Siapa bagitahu abang?"
"Siapa lagi? Mestilah mama Mirah."
"Oh." Memangnya serapat macam mana hubungan mereka sampai semua benda wanita tu nak cerita dekat abang? Syak betul aku macam mana abang boleh terima wanita tu dengan mudah.
"Oh apa?"
"Tak adalah. Maksudnya abang tahulah adik cuma berlakon dengan Haril masa isu tu keluar?"
"Tahu, lepas tu untuk elak nama syarikat terjejas, jadi secara rasmi korang ditunangkan. Tapi yang abang pelik, bukan adik memang suka dengan Haril ke?"
Aku tergelak sinis. "Siapa kata?"
"Gambar tu, adik senyum lain macam."
"Mana ada. Abang tahu yang adik ni memang pandai berlakon, kan? Sebelum ni pun dah banyak kali bantu Chris dengan Ben."
YOU ARE READING
My Beautiful Disaster ✔
RomansaNara Khalisya. Hidupnya tak pernah berputar pada satu paksi. Bebas tak terikat. Angkuh tak terkata. Sehingga kehadiran Haril Yusuf, mengubah segalanya. Egonya sama tinggi dan bicaranya tajam menusuk, namun kata cinta seringkali dihulur. "Kalau semua...