Bab 14

7.9K 371 9
                                    

Sebaik melabuhkan punggung di tempat kegemaran aku dalam Sweet & Cheese ni, kedua belah tangan aku tongkat ke pipi. Mata tunak merenung wajahnya yang sedang menatap telefonnya. Sabar menunggu dia selesaikan urusannya.

"Kau belanja aku malam ni sebab?"

Aku tersengih. "Lepas kau letak telefon tu baru aku jawab."

Dia hela nafas sambil meletaknya ke tepi. Matanya membalas renunganku. "Okey, biar aku teka. Kau dinaikkan pangkat?"

Geleng. "Tak."

"Kau dapat gaji awal?"

Mustahil! "Tak."

"Kawan sekerja luahkan perasaan cinta dekat kau?"

Aku tergelak. "Sebelum luahkan pasti aku dah sekeh leher mereka."

Dia turut tergelak. Wajahnya mula kelihatan lebih tenang. "Jadi?"

"Aku akan pergi Singapura sebab terlibat dalam urusan perkahwinan pelanggan. Tahu maksudnya apa? Maksudnya datin dah percayakan aku untuk uruskannya dan aku dapat serlahkan bakat sebenar aku. Haril, aku rasa teruja sangat untuk mulakan semuanya."

Ugh, Tuhan saja tahu betapa melonjaknya perasaan aku saat ni. Ada banyak yang aku dah rangka dan susun dalam minda sekarang ni. Gaya dan fesyen yang sesuai untuk sesi penggambaran tu nanti. Ah, seronoknya! Macam inilah rasanya bila dapat kerja sesuai dengan minat.

"Kau dapat bayangkan tak, Haril? Aku akan ambil gambar bakal pengantin tu sehingga buat mereka kagum. Lagi bila aku yang cantik ni akan buat mereka terpegun dengan bakat aku."

Wuu, kaki turut dihentak lembut mengikut kegembiraan. Tak sabar, tak sabar dan tak sabar!

"Mereka tentu akan berpuas hati dengan hasil kerja kau tu nanti, Khalisya. Aku turut gembira dengan peningkatan kau." Dia tergelak sebelum bertepuk tangan.

Aku tersipu malu. "Kan? Ugh, tak sabar!"

"Ini kali pertama aku nampak kau gembira sampai macam ni. Bermakna pilihan aku tepat, kan?"

Aku mengangguk. "Terima kasih, Haril. Terima kasih sebab suruh mama kau ambil aku bekerja. Kau mudahkan semuanya untuk aku. Kau selalu ada untuk aku dan kau selalu lindungi aku. Terima kasih."

Dia mengangguk. "Sama-sama."

Keadaan senyap sekejap. Kekok pula tiba-tiba. Jadi aku capai chop stick. "Jom makan. Kita hanya sekejap saja, kan? Kau sibuk."

Dia angguk lagi. "Maaflah kebelakangan ni aku sibuk. Terpaksa kerja lebih masa juga untuk cover perjumpaan dengan pelanggan, memandangkan waktu tengah hari aku ada mesyuarat."

Ah, ya! Aku patut tanya tentang pekerjaan ni. "Kau kerja apa?"

"Kau tak tahu? Hari tu kau pergi pejabat aku, kan?"

Ah, pasal hal tu. Aku hanya sempat tengok nama dan alamat saja. Nak cepat punya pasal disebabkan rancangan keji tu. Lepas tu saja aku dah tak tahu dekat mana keberadaan kad dia.

"Aku rasa aku kehilangan kad tu."

Dia menghela nafas. "Nampak sangat aku tak penting untuk kau."

"Eh, mana ada!" Kepala aku gelengkan. "Aku cuma--- ugh! Salah aku, maaf. Janganlah marah."

"Buat apa nak marah?"

Yakah? Tapi kenapa masih juga nak hela nafas macam tu? Macam nak tunjuk rasa kecewa je?

"Aku kerja dekat HK Foundation."

Ah, iya. Aku baru ingat yang bangunan aku pergi hari tu ialah HK Foundation. "Jawatan apa?"

My Beautiful Disaster ✔Where stories live. Discover now