Hari yang dinanti tiba. Aku tersengih melihat dia yang terlentok lena di bahuku. Letih sangat agaknya sebab sejak awal pagi dia yang uruskan semua sehinggalah berada dalam kapal terbang ini. Tak sampai sejam dia dah tertidur macam ni. Makanya aku berusaha menahan bahuku agar dia berasa selesa.
Pandangan aku buang ke luar tingkap. Papa kata aku suka melancong ke luar negara, sebab aku suka menikmati langit. Segalanya yang berada dan dari langit akan menjadi pilihan mataku. Matahari terbit dan terbenam, awan, hujan dan salji. Mungkin kali ni ada hikmah mengapa aku harus menurut permintaan Haril untuk berbulan madu di Sabah. Mungkin untuk memberiku peluang menikmati langit dari tempat lain pula.
Tengoklah nanti.
Bila pengumuman pesawat akan mendarat dibuat, Haril tersedar dari lenanya. Aku hanya memerhatikannya dengan senyuman. Kelopak matanya digosok beberapa kali sebelum melirik aku.
"Lama ke abang tertidur?"
Aku angkat bahu. Aduh! Lenguh gila jadinya. "Bolehlah. Saja tak nak kejutkan, kasihan abang."
Dia tersenyum. Tangannya naik mengurut bahuku sehingga ke lengan. "Sakit lagi?"
Aku geleng. "Lenguh je."
Aku tiba-tiba menampar dahi bila teringat sesuatu. Dia jadi hairan melihat telatahku. Aku pantas menekup wajah ke dadanya melepaskan tawa perlahan.
"Macam mana saya boleh anggap Sabah ni hutan, hutan dan hutan? Sedangkan saya pernah ke sini dengan Nora membawa diri dulu?"
Haril tergelak kecil. Rambutku diusap lembut. "Suka sangat makan semut. Mana tak jadi pelupa. Ish!"
Aku tersengih. Terasa lucu dengan tahap lembab aku. Mungkin kerana saat itu aku begitu dihantui imaginasi berbulan madu di luar negara. Terlupa terus tentang segala yang pernah kulakukan. Anggap je aku terlalu terluka ketika membawa diri ke Sabah sehingga tak sedar untuk berfikir tentang tempat lain. Kalau tempat Nora dah maju macam tu takkanlah tempat lain masih ketinggalan, kan?
Aduh!
Aku membetulkan duduk bila kapal terbang menyenget mengelak awan. "Mana ada makan semut. Melalutlah abang ni."
Dia hanya tergelak sebelum memegang tanganku erat. "Happy honeymoon, wifey."
Aku tergelak kecil. "Happy honeymoon to you too, hubby."
Turun saja dari kapal terbang dan masuk ke balai ketibaan, mataku terus melilau keadaan sekeliling. Ramai juga pelancong. Okey aku mula rasa teruja. Tak sabar ingin menjelajah tempat ni.
"Pamela!"
Aku kerutkan dahi bila Haril melaungkan nama seseorang. Mata laju mencari pemilik nama itu. Haril memberi isyarat agar aku mengikutnya.
"Kejap!" Aku laju memeluk lengannya. Dia jadi hairan. Aku hanya tersenyum. Memandangkan Haril tak dapat memegang tanganku kerana menolak troli bagasi kami, aku yang akan pegang dia. Pamela atau siapa pun dia harus melihat kemesraan kami.
"Hai, Haril! Apa khabar?" Seorang perempuan berambut potongan pixie menyapa dengan senyuman lebar.
"Alhamdulillah sihat. Kau?"
Dia mengangguk. "Sihat. Eh, ni? Isteri kau? Perempuan yang kau cerita tu ke?"
Aku terus jongket kening kepada Haril. Cerita? Bila masa Haril jumpa perempuan ni dan cerita pasal aku? Haril yang perasan riak wajahku pantas memeluk bahuku.
"Iya, ni isteri aku. Sayang, ni Pamela. Kawan abang sejak zaman UM."
Pamela menghulurkan tangan dan aku sambut.
YOU ARE READING
My Beautiful Disaster ✔
RomansaNara Khalisya. Hidupnya tak pernah berputar pada satu paksi. Bebas tak terikat. Angkuh tak terkata. Sehingga kehadiran Haril Yusuf, mengubah segalanya. Egonya sama tinggi dan bicaranya tajam menusuk, namun kata cinta seringkali dihulur. "Kalau semua...