Bab 43

7.7K 361 41
                                    

Long time, miss me? You better say you miss me!

_________

Balik saja dari Sabah bermakna waktu untuk berbulan madu dah habis. Tapi, bagi aku tak! Aku dah janji dengan diri sendiri aku akan cuba mewujudkan suasana bulan madu setiap hari antara kami berdua. Terutamanya bila dah berpindah masuk ke penthouse milik Haril ni. Kami hanya sempat mengemas apa yang patut dibantu oleh Rika yang ringan membantu hari ni memandangkan dia dah siapkan awal kerja mengepos barang.

Atur apa yang patut sebelum waktu Maghrib tiba. Dengan bantuan Mama Mirah, Mak Milah dan Mama Kina yang memasak hidangan, dapat juga menjamu tetamu yang hadir untuk majlis sederhana kesyukuran sekali dengan doa pindah ke rumah baharu.

Selesai segalanya, mereka mengambil keputusan untuk pulang walaupun aku dan Haril beriya agar mereka bermalam di sini. Ish, sikit aku nak merajuk dengan Mama Mirah. Beriya diajak beriya juga tak nak. Alasannya esok kena pergi kerja. Mama Kina pun sama bagi alasan kena pergi PJ untuk mesyuarat. Rika, Nora dan Ben pun sama. Tak apalah. Aku redha.

"Dah, janganlah buat muka macam tu."

Aku hentak kaki perlahan melepaskan rasa rajuk mendengar teguran Haril. "Bencilah."

Dia tersenyum. "Suka sangat merajuk. Kenapa ni?"

"Taklah. Cuma rasa sedih sebab mereka tak nak bermalam dekat sini. Kan kita baru pindah, saya tak biasa sangat dengan rumah ni lagi."

"Abang kan ada."

"Tahu." Aku gigit bibir. "Tapi esok abang dah masuk pejabat balik."

Dia tergelak. "Habis tu? Nak merajuk lagi?"

Aku tekup wajah sambil merebahkan badan ke belakang, atas tilam. "Habis tu esok saya sendirilah dekat sini."

"Sayang sendiri yang cakap hari tu. Kononnya tak sabar nak tunggu abang masuk pejabat balik supaya sayang boleh kemas rumah ni."

Aku tak menjawab. Entah mengapa aku berasa hiba malam ni. Sejak melihat Mama Mirah dan Mama Kina yang mengusik aku bakal hidup berduaan saja dengan Haril. Hati aku terasa kosong sesaat sebelum berganti dengan perasaan sedih seperti saat ini. Aku pun tak faham.

"Sayang?" Terasa dia duduk di sebelahku lalu menarik tanganku dari wajah. "Kenapa ni?"

Aku kemam bibir sambil menyembamkan wajah ke dadanya. Tangannya mengusap belakangku perlahan.

"Kenapa sedih, hmm? Apa yang berlaku?"

Aku geleng.

"Habis tu? Sedih sebab mama tak nak bermalam dekat sini?"

Aku angguk.

"Lain hari pun boleh, sayang."

"Tak, cuma rasa sedih."

"Tanpa sebab?"

Aku melingkarkan tangan ke belakangnya. "Ada sebab tapi tak dapat nak dijelaskan."

Dia tergelak perlahan. "Tak apalah. Kalau macam tu biar abang peluk sampai sayang tenang, hmm?"

Aku angguk.

***

Usai menunaikan solat subuh, aku dengan semangatnya tak tidur balik. Dalam hati dah bertekad ingin menjadi isteri yang baik. Jadi setelah cuci muka dan buat rambut gaya messy bun, aku terus menyediakan bajunya. Setiap inci kemeja putihnya aku seterika dengan penuh fokus dan kasih sayang. Tak mahu ada seinci pun bahagian yang kusut. Seluar slack hitamnya pun aku pastikan tajam lipatannya. Biar kertas jatuh terkena seluar ni boleh terbelah dua. Heh!

My Beautiful Disaster ✔Where stories live. Discover now