Aku menyedut straw minuman soya di tangan. Luaran sedaya upaya aku buat seperti biasa walaupun jantung sejak tadi berdegup lain macam. Ah, ni bukan kebiasaan yang aku alami setiap kali keluar dengannya. Tak mungkin disebabkan penampilannya yang santai habis hari ni. Tak mungkin. Kenapa jugalah aku nak setuju untuk keluar berjumpa dengan dia? Hujung minggu macam ni patutnya aku menghabiskan waktu di rumah atau melepak bersama geng.
"Khalisya?"
"Hmm?" Mukanya aku pandang seketika sebelum kembali tunduk. Ugh, jangan pandang aku macam tu!
"Lepas ni kau nak pergi mana-mana tak?"
Aku geleng.
"Kalau macam tu temankan aku pergi airport. Jemput abang aku."
Aku angguk. Hazwan? "Dia dari mana?"
Namun dia diam. Sekali aku menyoal namun masih diam sehingga kepala aku angkat. Mata bertentangan sesaat sebelum dia tergelak halus. Dia ni saja nak kenakan aku betul.
"Are you blushing, Khalisya?"
Mana ada! Muka aku tekup agak lama dan dia semakin seronok gelakkan aku. Tak gunalah!
"Tell me why, hmm?"
Aku menjelingnya sebelum kembali menyedut straw. Kenapa juga aku nak rasa malu? Khalisya, tolong sedar. Emm, maksud aku Nara. Makin berselirat otak aku.
"Kau jadi malu sebab aku terlebih kacak hari ni?"
Aku buat tak dengar. Aku tak pernah kesah pun kalau lelaki tu tak kacak. Cuma aku akan jadi terlebih kesah kalau dia seorang yang berkaca mata, macam Desmond, macam Haril sekarang ni. Aku tak pernah nampak dia keluar macam ni, jadi terpaksa kawal diri daripada tergedik. Bukan apa, lelaki yang berkaca mata ni nampak lebih lelaki dan punya aura seksi tersendiri yang aku tak dapat tolak.
"Atau sebab aku guna kaca mata?"
Spontan aku terbatuk, tercekik air. Dia terkejut melihat reaksiku lalu menghulurkan tisu dengan senyuman yang ditahan. Apa kena dengan aku ni? Asyik nak malukan diri sendiri je hari ni. Bibir aku kesat sebelum menyeka tubir mata yang berair.
"Apa?" Aku meningkah geram. Seronoklah tu tengok aku macam ni.
Dia geleng dengan senyuman senget. "Hari ni kau tertinggal sikap gedik kau dekat rumah eh?"
What? Dahi aku kerutkan. "Haril!"
Dia mencapai tisu lagi lalu menyeka pipiku. "Kau nampak natural hari ni. Sikap kau."
Lagi, muka aku terasa panas kembali. Telefon aku capai mencermin muka di skrin. Ada kotoran dekat muka aku ke macam mana? "Maksud kau apa?"
Dia menghela perlahan sebelum berdehem. "Tak ada apa. Dah jom, nanti lambat."
Bibir aku kemam, berasa lega kerana dia tak teruskan. Tali beg aku pegang sambil mengekornya dari belakang. Masuk saja ke lif, seseorang menepuk bahunya. Seorang perempuan yang cantik bertudung litup.
"Hai, tak sangka jumpa awak dekat sini Haril."
Haril tersenyum sambil merapatkan badan ke belakang. "Hai, awak buat apa dekat sini? Keluar sendiri atau berdua?"
Aku kemam bibir. Rasa macam aku jadi orang ketiga sebab hanya kami yang ada dalam lif ni. Ugh!
"Sendiri, kawan semua sibuk. Awak pun selalunya sibuk, hari ni..." Dia beri memandang aku sekilas. "... teman wanita awak?"
Haril turut memandang aku sebelum tergelak perlahan. "My fiancé."
Dua-dua membulatkan mata. Aku dan perempuan tu. Aku tak percaya yang Haril masih terus berpura-pura tentang hubungan kami sedangkan semua ni tak ada kena mengena dengan butik. Perempuan tu lagilah terkejut, mesti tak percaya.
YOU ARE READING
My Beautiful Disaster ✔
RomanceNara Khalisya. Hidupnya tak pernah berputar pada satu paksi. Bebas tak terikat. Angkuh tak terkata. Sehingga kehadiran Haril Yusuf, mengubah segalanya. Egonya sama tinggi dan bicaranya tajam menusuk, namun kata cinta seringkali dihulur. "Kalau semua...