Bab 54

6.8K 263 17
                                    

"Dah sampai pun."

Melihat geng aku yang baru tiba, tangan pantas dilambai. Kaki bergerak ke laman menyambut mereka.

"Mama muda!" Rika yang keluar dari kereta terus memeluk aku. Siap mencium kedua belah pipiku. "Rindunya dekat kau!"

Aku tersengih. "Rindu korang juga. Eh!"

Satu figura yang jarang kelihatan turut keluar dari kereta. Saling berlirikan mata dengan Benjamin dalam senyuman. Aku terus melipat tangan ke dada. Nora, Chris dan Rika hanya mengangkat bahu, tersenyum senget.

"Hai, Nara. Lama tak jumpa." Sapanya dalam slanga Cina. "Sihat?"

Aku angguk. "Sihat, alhamdulillah. Emm, Ben tak bagitahu pun yang dia akan bawa awak ke sini?"

Ben berdehem. "Dia yang nak ikut."

Kesha tersengih sambil menyelitkan rambut ke belakang telinga. "Saya nak jumpa awak. Kita memang tak rapat tapi saya... nak betulkan hubungan kita. Kawan, hmm?"

Aku tergelak. Heih, sejak bila juga aku nak simpan dekat hati. Walaupun Kesha jenis yang suka cemburu dan kadang suka cakap main lepas je. Hmm, tak lama lagi memang merasa nasi minyaklah ni.

"Terima kasih sebab datang. Jangan risau, saya alu-alukan semua orang. Jom, masuk!"

Mereka tersenyum. Nora dan Rika memeluk lenganku sambil berjalan masuk. Haril yang sedar dengan kehadiran geng aku, terus bangun dari kerusi. Berjabat tangan dengan Ben dan Chris.

"Lama tak jumpa? Sihat?" Soalnya sambil menepuk belakang Raykal yang hanya diam memerhati.

Nasib baiklah si kecil ni jenis tak banyak ragam. Sikapnya yang tak mudah menangis bila melihat ramai orang dah jelas menunjukkan yang dia ambil sikapku, peramah.

Bagus, anak kecil.

"Sihat." Ben menjawab ringkas. Matanya lebih tertumpu pada Raykal.

Nora dan Rika dah mula menayangkan sikap bakal penjaga-penjaga yang baik. Cuba membuat Raykal tertawa dengan permainan 'cak-cak' tu. Haril melirik aku seketika. Menghantar pandangan yang aku ertikan.

"Kesha, Nora, Rika. Jom kita pergi dapur. Aku tak boleh buat kerja lagi, jadi korang yang akan ambil alih." Tangan menarik mereka bertiga ke dapur.

Meninggalkan Haril bersama Raykal, Chris dan Ben yang mulai berborak. Tiba di dapur, kelihatan Mama Mirah, Mama Kina, Mak Minah, Mak Milah dan saudara-mara yang lain sedang sibuk memasak dan menyediakan lauk.

Hari ni adalah hari kenduri kesyukuran dan akikah untuk Raykal. Patutnya buat masa hari ketujuh, tapi kena tunda sebab Haril begitu sibuk dengan pelbagai mesyuarat yang tak boleh ditunda, papa dan Mama Kina pun begitu. Jadinya, sampai ke hari ni barulah dapat buat, Alhamdulillah. Papa dan Papa Ibrahim sejak pagi lagi sibuk melayan tetamu-tetamu yang datang dekat laman luar.

Aku turut membantu tapi hanya kerja-kerja yang ringan je. Tak berani aku nak buat kerja berat, empat orang mama aku tu pasti akan menjeling macam nak telan je. Tiba-tiba, bahuku dicuit dari belakang. Toleh saja, wajah Milly menjadi tatapan.

"Assalamualaikum, Nara." Senyuman lebar diukir.

Aku lirik Haril di sebelah yang tersenyum. Aku tersengih, menarik Milly ke pelukan.

"Wa'alaikumusalam, hai Milly."

Riak lega terukir di wajahnya melihat reaksiku. "Haril bagitahu, awak yang jemput saya datang sekali."

Aku angguk. "Mestilah. Kawan-kawan baik saya pun Haril jemput. Takkanlah saya tak jemput kawan baik dia, kan?"

Milly tergelak halus. "Emm... ada kerja tak? Saya nak tolong. Eh, Haril!"

My Beautiful Disaster ✔Where stories live. Discover now