Lets stop blaming each other, instead do what we need to do to keep our loved ones safe. Wear mask, wash your hands and stay at home as possible. Follow SOP strictly.
___________
"Ouch!"
Pisau di tangan terlepas ke atas meja. Jari yang berdarah akibat terhiris kubawa ke bibir. Mak Minah yang baru masuk ke dapur laju mendapatkan aku. Risau habis wajahnya melihat darah yang mulai menitik. Tisu dicapai membalut jariku.
"Ya, Allah. Apa yang Nara cuba buat ni? Hiris bawang apanya, ni tangan yang terhiris."
Aku tersengih. "Luka kecil jelah, Mak Minah."
"Tak kesahlah luka kecil atau tak. Mak Minah dah kata jangan masuk dapur. Tinggal tunggu hari je si kecil tu nak keluar. Macam pesan Haril pagi tadi, kalau terberanak kat dapur ni, ingat Mak Minah ni wonder woman ke boleh angkat kamu ke hospital?"
Aku angkat tangan tanda menyerah. "Baiklah, Nara mengalah. Nara cuma bosan asyik duduk je. Sejak Mak Minah tinggal sini, semua kerja mak sorang yang buat. Nara kasihan dengan mak."
"Tak adanya. Ingat Mak Minah ni tua kerepot ke? Masih kuat lagi, tahu? Dah pergi masuk."
Tubuhku ditolak perlahan keluar dari dapur sebelum dia menyambung kerja yang aku tinggalkan. Nafas dihela sambil mengusap perut yang sudah cukup bulan. Telefon yang berdering pantas aku keluarkan dari poket baju.
Joyce?
Aku terus jawab.
"Puan Nara..."
"Ya, saya? Ni kali pertama awak telef---"
"Encik Haril terlibat dalam kemalangan."
Bicaraku terhenti begitu juga dunia di sekelilingku. Mulut ternganga dengan rasa tak percaya apa yang baru saja Joyce sampaikan. Tangan terketar hebat menyebabkan telefon terlepas dan terjatuh ke atas lantai. Mak Minah yang dengar bunyi bising terus keluar dari dapur.
"Apa yang jatuh tu? Nara?"
Aku pusing badan menghadapnya. Gigi cuba diketap menahan tangis namun gagal. Sesaat air mata sudah mengalir hebat seperti degupan jantung ni. Seluruh tubuh terasa lemah dan tak bermaya mendengar berita itu. Begitu cepat kebahagiaan yang dikecapi bersama ini direntap pergi.
"M-Mak... mak..."
Tubuhku diraih. "Kenapa ni? Siapa yang telefon?"
Matanya sempat melirik telefonku di atas lantai. Dapat mengesan berita buruk yang aku terima sebentar tadi.
"Kita pergi hospital. Haril... Haril kemalangan. Mak..."
Mak Minah mengusap perlahan. "Sabar Nara. Sabar sayang..."
Telefon berdering lagi. Mak Minah bingkas mengambil telefonku dari atas lantai. "Papa kamu telefon."
Telefon dilekap ke telinga. Suara papa yang bercakap makin buat aku menangis. "Haril... papa..."
***
Tiba saja di hospital, Mama Kina dan Mama Mirah terus memeluk aku erat. Masing-masing mengalirkan air mata memikirkan keadaan Haril yang masih berada dalam bilik bedah.
"Nara, duduk dulu sayang." Tanganku ditarik duduk di kerusi yang disediakan.
Tisu di tangan aku seka ke hidung. Mata terasa bengkak kerana menangis terus. Aku dah tak dapat berfikir dengan lurus. Aku dah tak kesah apa-apa lagi selain memikirkan keadaan Haril yang masih belum ada jawapan. Dalam kereta papa ketika dalam perjalanan ke mari, Joyce ada hantar gambar kereta Haril yang remuk akibat bertembung dengan sebuah kereta.
YOU ARE READING
My Beautiful Disaster ✔
RomanceNara Khalisya. Hidupnya tak pernah berputar pada satu paksi. Bebas tak terikat. Angkuh tak terkata. Sehingga kehadiran Haril Yusuf, mengubah segalanya. Egonya sama tinggi dan bicaranya tajam menusuk, namun kata cinta seringkali dihulur. "Kalau semua...