Bab 15

7.9K 400 14
                                    

Baru masuk ke dalam lif, telefon berdering. Melihat nama Haril yang tertera laju aku menyambut. Rindu aku ke?

"Assalamualaikum."

Aku menjawab perlahan. Saja nak buat suara ayu sikit. "Ada apa?"

"Kau dekat mana?"

"Lif, kenapa?" Aku tersengih. "Kau rindukan aku eh?"

Dia tergelak dalam. "Untuk apa? Cepatlah, ada orang nak jumpa."

"Siapa?"

"Rahsia."

Kejap, kejap! Jangan kata orang yang dia maksudkan tu ialah kawan baik perempuan dia tu? Hmm, ada kemungkinan dia juga cemburu atau nak tahu siapa lagi cantik. Okey, aku melalut. Kaki aku atur ke apartmen sebaik pintu lif terbuka.

"Oh..." Aku terhenti melangkah melihat Haril sedang menunggu di sana bersama papa. Hasrat ingin melarikan diri terbatal apabila mereka beralih pandang kepadaku.

Apa yang dia nak? Kenapa tak habis nak kongkong aku? Kenapa tak habis nak cari pasal dengan aku? Kenapa tak biarkan aku hidup dalam keadaan aman saja?

"Nara, papa dah lama tunggu." Papa tersenyum. "Haril kata kamu keluar jadi papa tunggu."

Aku tak menjawab sebaliknya memandang Haril tajam. Haril tahu aku tak suka papa tapi dia tak pernah nak tolong aku. Heh, anak yang baik. Aku berdehem sebelum tersengih sinis.

"Kenapa datang? Papa tahu yang Nara tak suka orang ganggu privasi Nara, kan?"

Papa mengangguk, masih dengan senyuman. "Sampai bila nak berkelakuan macam ni? Depan Haril pula tu?"

Aku mengeluh. "Tak ada apa yang Nara nak sembunyikan. Tak ada masa nak menipu diri sendiri untuk puaskan hati orang lain. Kalau benci, Nara akan kata benci."

Kelihatan Haril mengetap bibir. Tahu dia sedang mengawal diri daripada masuk campur dengan urusan ni. Apa yang dia nak aku buat? Jemput papa ke dalam apartmen aku? Malangnya aku tak ada niat sebaik tu sekarang ni. Lebih baik selesaikannya di sini agar papa cepat pergi. Akhirnya Haril meminta diri hendak masuk tetapi papa menghalang.

Oh, serius?

"Kamu bakal menantu papa, kan? Kita akan bincang pasal hal ni sekarang."

Aku mengerutkan dahi. "Apa?"

Papa mengangguk. "Papa datang bukan untuk ganggu kamu, tapi untuk menjalankan tanggungjawab papa yang terakhir."

Aku tak faham. Wajah Haril aku pandang meminta jawapan kerana aku yakin dia tahu apa yang sedang berlaku. Namun dia memilih untuk diam.

"Papa dah buat keputusan."

***

Kahwin? Double triple no, no, no, hell no! Aku meraup wajah dan bibir bawah diketap kuat agar tak menghamburkan sebarang carutan. Seluruh tubuh terasa panas umpama gunung berapi yang bersedia untuk memuntahkan lahar mendidihnya. Egh, tak gunalah! Aku tak pernah berada dalam perhubungan dan tak pernah berfikir untuk serius. Kenapalah papa nak ambil serius sangat bila aku tipu tentang hubungan aku dan Haril hari tu?

"Hari tu kamu sendiri yang kata Haril ialah teman lelaki yang akan kamu kahwini. Jadi papa tak memaksa kamu untuk pulang ke rumah sebab tahu dia boleh menjaga kamu. Tapi bila difikirkan semula, dia tetap seorang lelaki dan papa tak nak apa-apa terjadi, sebab tu papa datang lagi malam ni untuk berbincang tentang perkara ni."

Aku merenung Haril. Kenapa dia tak cakap apa-apa? Tak dengar ke apa papa tengah ragui sikapnya? Cakap sajalah dia boleh kawal perasaan dia dan takkan sesekali merosakkan aku? Kenapa tak nak jelaskan yang dia mampu menjaga aku seperti sebelum ini?

My Beautiful Disaster ✔Where stories live. Discover now