Bab 25

7K 360 33
                                    

Hampir dua jam berbaring namun mata masih tak dapat lelap. Kejap badan mengiring ke kanan, kejap ke kiri dan kejap terlentang. Kejap comforter ditarik menutupi badan dan kejap dibuka. Ugh, masih gagal untuk lelap! Akhirnya aku mengalah, bangun duduk dalam keadaan tegak. Jam telefon aku lihat sudah menunjukkan pukul dua belas setengah malam.

Kenapa aku sukar sangat untuk tidur malam ni? Aduh! Jemari aku larikan ke belakang mengusap rambut sebelum tersedar sesuatu. Tangan kiri dibawa berhampiran lampu meja di tepi katil. Kosong. Sekosong hatiku.

Bibir bawah aku gigit menahan sebak yang sekali lagi menggigit tangkai perasaan. Kejadian petang tadi kembali berlayar di ruang mata. Saat di pejabat hingga ke pantai. Dia marah aku dan aku marah dia balik. Bila difikirkan semula, ya aku akui memang kejam.

Aku menyesal sebab terlalu turutkan perasaan sehingga buat dia terasa sampai macam tu. Selama ni aku boleh je tolak perasaan dia dengan baik, tapi mengapa aku gagal kali ni sehingga membuat dia kecewa. Memang aku mahu dia faham dan berhenti berharap, tapi ada satu perasaan asing yang hadir bila dia mengalah.

"Stop it and don't make me hoping for another try, Khalisya. It's officially done, we and us."

Ya, semuanya dah berakhir.

Tapi ia membuatkan aku berasa sedih dan kecewa. Sedangkan aku sepatutnya berasa gembira kerana ini yang aku mahukan. Pipi terasa basah dan sesaat pandanganku makin kabur dan aku mulai teresak.

Apa yang hati aku cuba sampaikan? Kenapa aku sukar sangat untuk memahami diri sendiri? Kenapa aku tak berasa gembira bila dia buat keputusan untuk mengalah dan mengiyakan permintaan aku tu? Kenapa hati aku semakin terasa remuk bila terbayangkan wajah sedihnya tadi? Dia menangis disebabkan aku.

Apa yang berlaku?

Tangan naik menekup muka sambil mengemam bibir yang terketar. Aku tak ingin sesiapa dengar tangisanku.

Lama barulah aku berjaya memujuk diri sendiri. Pipi aku seka berulang kali sambil berlalu ke bilik air. Air dilempar ke wajah berulang kali sebelum menongkat badan di sinki memerhatikan pantulan wajah di cermin. Mata bengkak dan pucat.

What happened to you, Nara?

Mata aku pejam seketika sebelum mencapai tuala untuk mengeringkan muka. Keluar dari bilik air, kardigan aku capai dan gunakan sebelum mencapai telefon dan kunci kereta. Dengan langkah kaki yang perlahan aku turun ke bawah. Hanya dengan bantuan cahaya daripada lampu malam yang dibiarkan terpasang di ruang tamu, kunci kereta aku capai lalu keluar.

Aku tak tahu apa yang bermain dalam fikiran sehingga membawa aku kembali di sini. Di pantai tadi. Keadaan sekeliling yang sunyi dan kosong tanpa manusia lain dan kedai-kedai kecil yang sudah ditutup. Hanya dihiasi dengan bunyi deruan ombak dan cengkerik. Bibir aku kemam sambil menghidupkan lampu dari telefon.

Tiba di tempat tadi, aku terus meraba pasir. Mata aku buka luas mencari keberadaan benda itu. Aku yakin ketika melemparnya tadi, Haril langsung tak mengambilnya. Jadi pasti benda tu ada dekat sini, kawasan ni.

Semakin lama semakin aku memaksa diri untuk terus berharap yang cincin tu akan ditemui semula. Hati mendesak walaupun minda masih keliru dengan tingkah sendiri. Kedinginan makin terasa ke tulang walaupun badan bertutup kardigan.

Hampir saja aku berputus asa, tangan tersentuh sesuatu. Pantas benda itu aku angkat dan halakan ke lampu telefon. Bibir automatik tersenyum. Aku berjaya temuinya. Cincin tu. Tuhan saja tahu betapa leganya perasaan aku saat ni.

Laju aku ingin memasang ke jari manis semula namun serentak juga ayat terakhir Haril bergema di telinga. Tangan terasa bergetar dan aku terduduk di atas pasir dengan perasaan kecewa dan sedih.

My Beautiful Disaster ✔Where stories live. Discover now