Bab 47

6.7K 305 32
                                    

Stay safe everyone. Kerap cuci tangan guna air + sabun. Guna mask (tutup hidung dan mulut). Elak keluar rumah tanpa tujuan penting.
___________

Sampai je rumah, aku terus masuk ke dalam rumah tanpa menunggu. Marah, kecil hati dan sedih dengan keputusannya. Masuk ke bilik air, aku menangis lagi. Tak tahu kenapa keputusannya yang satu ni buat aku sedih sangat. Terasa diabaikan sangat. Diabaikan dengan keputusannya dan perangainya sejak semalam.

"Sayang." Kedengaran panggilan berserta ketukannya di pintu.

Pasti dia rasa bersalah. Biarkan. Biar dia tahu macam mana sakitnya hati aku bila suruh mama Kina pecat aku tanpa amaran. Biar dia rasa gilirannya dilayan acuh tak acuh pula.

Selesai membersihkan diri, aku keluar. Kelihatan Haril sudah menunggu. Tangannya laju ingin mencapai lenganku namun aku mengelak.

"Orang dah ada wuduk."

Dia terdiam. "Jangan marahkan abang, abang buat semua ni untuk sayang. Keselamatan sayang."

Aku tak menjawab. Kaki diarah ke dalam ruangan closet lalu menutup pintu. Biar dia tahu aku benar-benar marah dan abaikan dia. Suka buat keputusan tanpa berbincang, kan? Itu makan dia!

Selesai solat Maghrib, dia memusing badan menghadapku. Aku mencium tangannya sekilas sebelum terus bangun. Kedengaran hela nafasnya. Usai mengemas telekung, aku turun ke dapur. Ingin memasak makan malam. Namun baru ingin menghiris bawang, Haril dah turun menyibuk.

"Biar abang hiris. Abang bantu, hmm?"

Aku hela nafas. "Abang nak bantu? Abang masaklah kalau macam tu."

"Sayang..."

Aku berlalu masuk ke ruang tamu. Televisyen dihidupkan, ingin menghiburkan diri sendiri. Namun perasaan jadi tak senang. Marah macam mana pun, takkanlah aku nak biar Haril memasak tanpa membantu langsung? Tapi dia yang nak sangat membantu. Ugh! Televisyen dimatikan.

Kaki diatur ke dapur. Kelihatan Haril sedang menyediakan bahan masakan. Aku pandang sekilas sebelum mencapai periuk, ingin memasak nasi. Haril memerhatikan aku seketika sebelum menghela nafas lagi. Tahu yang aku tak ingin bercakap dengannya.

Siap memasak dan menghidang, aku duduk di kerusi setelah mencedok makanan ke pinggannya. Mulut tak ingin bergerak untuk memulakan perbualan seperti selalu. Tak, selepas apa yang dia dah lakukan. Tahulah dia suami, tak wajar jika keputusan dilakukan tanpa berbincang denganku dulu. Haril pun tak bersuara lagi. Mungkin menunggu kemarahanku reda dahulu.

Tengah mengunyah, tekak terasa lain. Tangan menekup mulut sambil bangun berlari ke sinki. Makanan yang ditelan tadi keluar balik. Paip air aku hidupkan sambil terus menerus muntah.

"Sayang?"

Terasa Haril menghampiriku sebelum menggosok belakangku perlahan-lahan. "Kenapa ni?"

Badan terasa berkeringat. Perut terasa sakit dan badan makin tak enak.

"Okey tak?" Dia bertanya lagi.

Dah rasa muntah habis, aku berkumur sebelum kembali duduk di meja makan. Makanan yang masih bersisa aku pandang tanpa rasa. Haril berlalu ke ruang tamu sebelum kembali. Kerusinya ditarik rapat denganku sebelum duduk.

"Tengah hari tadi ada makan tak?" Soalnya sambil memusing badanku menghadapnya.

Aku geleng.

Dia berdecit perlahan. "Patutlah perut masuk angin."

Aku merenungnya tajam. "Semua ni salah abang!"

Dia buat tak dengar. "Angkat baju, nak letak minyak angin."

My Beautiful Disaster ✔Where stories live. Discover now