Aku tak kira sibuk macam mana pun dia yang penting hari ni aku kena jumpa dia juga. Sejak seminggu lalu bila aku ajak jumpa mesti dia bagi alasan sibuk. Bukan aku tak tahu yang dia tak pernah kerja lebih masa kecuali memang ada makan malam dengan pelanggan syarikat. Mustahil setiap malam kena jumpa pelanggan.
Makanya petang selepas habis kerja aku terus ke tempat Haril bekerja. Aku yakin dia belum balik lagi sebab dia keluar setengah jam lewat berbanding kami. Jina yang sedang mengemas seakan terkejut dengan kehadiranku.
"Cik... Nara?"
Aku hanya angkat sebelah tangan menyapa sambil melangkah ke lif.
"Cik, kejap! Nak jumpa Encik Haril ke? Dia tengah jumpa sese---"
Tak sempat dia menghampiri, pintu lif sudah tertutup. Nafas aku hela, tak sabar untuk bincang benda ni. Memang petang ni aku akan pastikan pertunangan kami putus. Ugh, hati jangan buat hal!
Keluar dari lif, aku melihat sekeliling. Joyce tak ada, bagus. Kaki terus diarah ke biliknya. Tanpa mengetuk, pintu terus aku tolak. Sesaat, pandanganku bertemu dengannya, dan seorang lagi perempuan.
Oh, wow!
Tengah bincang sesuatu yang menarik nampak? Bukan soal kerja rasanya sebab tak nampak fail apa-apa dekat tangan melainkan telefon dan juga dua gelas teh yang masih bersisa di atas meja.
"What are you doing here?" Haril berdiri.
Aku menarik senyuman. "I came to see my fiancé, can't I?"
Oh, kenapa pula aku cakap macam ni? Patutnya aku gembira bila tengok mereka berdua. Aku dah jumpa alasan untuk putuskan pertunangan ni. Semua orang akan salahkan mereka berdua dan bukannya aku. Ugh, kenapa aku masih nak terus berlakon sedangkan malam hari tu beriya tak nak berlakon lagi?
Perempuan tadi turut berdiri, tersenyum. "Oh, I'm so sorry. Please don't mind me, Khalisya."
"It's Nara." Laju aku menjawab. Cuma Haril boleh panggil aku macam tu. Ergh! Apa yang aku merepek?
Dia tersenyum lagi. "Okay, Nara. I'm going right now, nice to see you. Haril, until next time."
Mata melirik dia yang beredar. Pintu aku tutup dan terus labuhkan punggung di sofa. Liur aku telan, cuba menenangkan diri. Haril kembali duduk dengan riak wajah kurang senang. Oh mestilah sebab aku dah kacau masa mereka berdua nak bermesra. Macamlah aku buta sangat.
"Kalau dah ada dia, kenapa bila aku nak putuskan pertunangan ni kau tak setuju?"
Dia kerutkan dahi. Buat-buat tak faham pula.
"Kau dan dia bercinta, kan? Habis kenapa masih beriya nak teruskan pertunangan kita ni? Kenapa masih nak menipu diri sendiri yang kau cintakan aku sedangkan diri kau tu hanya untuk perempuan tu?"
"Apa yang kau cakapkan ni?" Suaranya mendatar.
"Apa? Takkan tu pun tak faham lagi? Putuskan pertunangan ni, aku akan hantar balik cincin ni. Jadi kau boleh teruskan hubungan korang, make it public so no one gonna talk about us anymore. Senang!"
Dia menggeleng. "Aku tak faham kenapa kau kena marah sekarang ni, Khalisya. Aku dan dia tak ada apa-apa. Cuma berbincang tentang projek dekat Singapura dan langsung tak melibatkan perasaan. Kami kawan, Khalisya."
Aku tersengih sinis. "Tak payah nak acah baiklah, Haril. Bincang projek apa kalau tak ada kertas atau fail? Joyce pun tak ada. Lagi nak tipu aku."
"Sebab kami bukannya bincang tentang pelan bangunan sampai nak guna kertas apa semua. Ia berkaitan kebajikan pekerja dekat sana. Joyce ambil EL."
YOU ARE READING
My Beautiful Disaster ✔
Storie d'amoreNara Khalisya. Hidupnya tak pernah berputar pada satu paksi. Bebas tak terikat. Angkuh tak terkata. Sehingga kehadiran Haril Yusuf, mengubah segalanya. Egonya sama tinggi dan bicaranya tajam menusuk, namun kata cinta seringkali dihulur. "Kalau semua...